Jumaat, Julai 17, 2009

Alisya yang cerdik dan comel

Anak aku dah masuk 3 bulan 17 hari dah..prestasi dia amat mendadak kerana dah cuba-cuba untuk meniarap. Bersungguh-sungguh dia meniarap tapi tak boleh sebab tangan dia tak pandai nak betulkan lagi. Aku rasa dalam 2-3 hari lagi pandaila Alisya meniarap.

Tadi saje bagi dia meniarap dengan bantuan aku sendiri punya excited dia sampai bising-bising mulut dia. Aku layankan aje dia. Seronok plak memain dengan anak aku yang comel ni. Masa dia tak tau pape lagi macam malas nak layan tapi sekarang dia dapat respon apa yang aku lakukan.

Paling aku suka bila aku main-main pipi dia mesti dia akan senyum...Ya Allah punya sejuk hati aku tengok anak aku senyum..kalau tengah marah pun hilang perasaan marah tu.

Kedua-dua anak aku memang ikut perangai aku masa baby dulu (ikut kata mak abah aku laa)..suka senyum kalau ada orang agah-agah...2@3 tahun lagi aku nak sorang baby lagi. Aku akan cuba capai target keluarga aku seramai 8 orang termasuk aku dan Ayu. Kiranya 6 orang anak. Masa kecik memang susah nak jaga tapi keseronokkan tengok anak membesar memang tak dapat dibayangkan oleh sesiapa yang belum ada anak lagi.

Anak-anak makin besar dan aku pulak semakin tua. Mungkin bila aku sedar masa tu anak aku tetiba dah nak kahwin je. Masa berlalu dengan cepat sedar tak sedar dah 2 tahun lebih aku kahwin. Dah dalam tak sedar aku dah ada 2 orang anak.

Begitu cepat masa berlalu...Marissa dan Alisya pada waktu ini memang seronok untuk dilayan. Marissa dianugerahkan dengan kepandaian memahami apa saja yang aku cakap cuma dia masih belum boleh bercakap je. Apa yang aku cakap memang dia paham sampaikan suruh amik puting adik dia nak hisap pun dia boleh buat. Rezeki Allah bagi anak-anak cerdik dan boleh dengar cakap dan aku berharap semua anak-anak aku menjadi anak yang soleh dan tidak menderhaka kepada kami berdua...Insyaallah....