Isnin, Disember 16, 2013

P1 terkantoi lagi menipu!!!

Tengah lepak-lepak lepas solat maghrib tadi tetiba Tab aku ada bunyi mesej masuk.Rupanya email...cer teka email sape...yeah..email yang aku tunggu-tunggu sangat!! Email dari P1 Penipu no 1.

Apa dia kata.. dia cuba memperbodohkan aku mengatakan dia ada call aku pukul 4 petang tadi sedangkan aku angkat tapi diletaknya selepas betul-betul aku angkat call tu..sekarang ni memang kalau ada call je aku akan angkat sebab nak settle cecepat masalah bodoh melibatkan Penipu1 ni..

Email ni kononnya reply dari laporan ke SKMM yang aku buat lah..sedangkan memang macam tak membantu..aku punyalah hangin satu badan aku pun balas balik secara keras!!

Cer tengok apa yang diorang hantar kat aku...

Ini yang aku dapat lepas maghrib tadi..panas gila hati aku...bagi masa 2 hari suruh settle siap bagi no akaun maybank lagi..silap-silap kalau aku bayar lepas tu kata aku tak bayar pape duit dah ambik kes tak settle...yang bangangnye sepatutnya kes ini selesai dengan cara bersemuka dengan mana-mana wakil supaya kedua-duanya puas hati. Yang ni macam dia menguasai aku plak. Celaka tahap dinosour dah ni!!

Aku pun balas balik dengan email paling sopan untuk P1-Penipu No 1 ni..


Aku tak tau la sapa yang akan call aku balik..malam ni aku nak buat laporan SKMM yang seterusnya..biar sampai 100 kali pun janji aku puas hati...sekurang-kurangnya telefon betul-betul..maklumkan pegawai mana yang boleh dihubungi..ni setiap kali dapat email nama orang lain-lain...jadi siapa yang nak kena jumpa untuk settle...aku dah semakin hangat dengan syarikat bodoh macam ni!!!

Kita tengok apa akan berlaku..aku akan update benda ni selalu sehingga kes aku selesai...sekurang-kurangnya orang lain yang hadapi masalah macam ni dapat sumber rujukan...yang penting bukan tak nak bayar bil cuma bayar apa yang sepatutnya aku dapat bukan apa yang diorang nak!!!


P1 W1MAX Penipu Besar!!!!

Aku adalah salah seorang pengguna P1 yang telah pakai lebih dari setahun dan sememangnya selama setahun aku tiada masalah nak pakai benda ni. Cuma sekarang ianya menjadi masalah pada aku apabila aku nak tamatkan langganan dan aku membuat permohonan untuk tamatkan dengan memberi rebat kerana aku tidak menggunakan langsung alat mereka selama tiga bulan lepas malah ianya langsung tidak dihidupkan selama 3 bulan.

Masalah ini aku cuba selesaikan minggu lepas apabila aku cuba telefon "Customer Service" sebab sebelum ini aku dah pergi ke P1 Center kat Ipoh kononnya nak tamatkan penggunaan dan pulang semua alat diorang tapi diorang suruh aku call dulu.Pelik sebab kalau kita dah ke service center mestilah diorang boleh settlekan. Takpela masa tu aku berfikiran secara baik-baik saje.

Aku dah call dan akhirnya tiada sape yang boleh disambungkan sebab sampai 10 minit aku tunggu takde pun yang boleh sambung ke orang yang boleh bercakap bukan dengan robot. Aku panas hati dah masa tu, aku pun guna online report untuk aku tamatkan servis ( memang masa ni akaun pun dah tak boleh pakai langsung). Dalam tu kata 24 jam tapi lepas 2 hari baru call aku..dah la tu sekali call pastu beberapa minit lepas tu dapat email cakap aku tak angkat padahal aku baru nak angkat dah putus..aku balas la email tu suruh call aku balik. Esok ke lusa lepas tu baru diorang call dan tanya pada aku sebab nak terminate. Aku cakaplah aku memang dah tak pakai sebab sebelum ini aku letak kat tempat lain jadi sekarang tempat tu pun dah takde jadi nak tamatkan langganan. Aku cuba minta rebat sebab sebelum ni aku boleh dapat dengan TM, dan Maxis sebab aku tak pakai servis diorang.

Nak tau apa orang tu cakap, maaf encik memang tak boleh terminate sebab encik kena bayar semua bil dan encik ada masa sampai 14 haribulan ini sebelum bil encik bertambah. Apa...kenapa aku kena bayar benda yang memang aku tak pakai dan aku sendiri mintak untuk dapatkan rebat atas apa yang aku tak pakai...dia siap sound kalau encik nak minta rebat encik kena teruskan langganan dan kami bagi rebate 50% je...50% je..kira 2 bulan yang tak pakai kena bayar jugak..memang celaka!!!(tahap nak mencarut ni..) Aku pun cakaplah aku tak puas hati lah macam tu..aku tak pakai..aku rugi lah..bukan aku mintak semua tak payah bayar..aku akan bayar bulan pertama je sebab memang aku pakai masa tu walaupun aku tak pakai habis kuota yang ada sebab tanggungjawab aku..yang lebih-lebih tu aku MEMANG TAK PAKAI..kenapa aku kena bayar...bukan sikit-skit bil baru 3 bulan dan kena bayar RM 280++


Korang boleh tengok macam mana diorang cas kat aku...

Ni Bulan pertama RM79 tu pun sebab aku aktifkan balik akaun kena cas RM10 ( padahal tak perlu pun cas bukan kena guna banyak tenaga pun)

Ni bulan kedua..dahla akaun tak boleh pakai (memang aku tak on pun modem) tapi cas tetap berjalan seperti aku melayari nikmat internet dia!!!

Ni bulan ketiga (selambe je bertambah) aku dah cuba call customer service tapi mintak aku bayar semua (APAHAL!!! AKU TAK PAKAI PUN DAN MEMANG DAH TAKDE SERVIS)

Ni aku nak buktikan memang akaun aku dah suspended..sepatutnya masa ni dah tiada cas yang boleh dikenakan (masa ni aku dah call customer service untuk tujuan rebat dan tamatkan langganan..

Yang ni bil hari ni yang sepatutnya dah tak bertambah!! Celaka tak!!!

Aku ada email minta untuk hentikan bil cycle aku supaya ianya tak bertambah!! Cer tengok


Dan korang tengok apa yang dia balas..

Akaun tidak boleh di"suspend" sebab memang dah suspended...apakah maknanya ini...bila nak call customer service selalu tak dapat cakap dengan sesapa...

Bawah ni tarikh aku report pada P1 untuk maklumkan aku nak terminate


Cer tengok tarikh dia call dan email..cakap dalam 24 jam akan call pelanggan balik tapi....


Yang bawah ni notis nak tamatkan servis dengan dia...tapi kenapa dari 02/12/2013 hingga 16/12/2013 baru ko nak email bagi notis sedangkan masa 2hb tu bil baru RM 286...sekarang dah RM 355....apakah maknanya tu...


Rasanya ramai lagi yang terkena macam aku....malah ada yang dah capai beribu ringgit benda yang mereka tak pakai...aku setuju untuk bayar RM79 pada bulan pertama tu tapi yang lain aku tak setuju sebab kalau akaun tu masih aktif dan boleh pakai aku setuju sangat-sangat ni langsung tak boleh pakai!!!!


Kalau sesapa rajin sebar-sebarkan lah..sekarang ni memang ada banyak topik yang hangat tapi buat masa ni benda ni yang perhangatkan hati aku...ingat senang ke nak cari duit!!

Selasa, Disember 03, 2013

Hari ini birthday aku!!

Hari ni merupakan hari lahir aku yang ke XX hehehe..masih muda bergetah lagi..dan memang bermakna pulak tahun ni.

Isteri tercinta telah memberi kejutan kat aku, selalunya dia tak buat kejutan hanya terus bagi hadiah je. Tapi tahun ni dia buat sedikit kelainan sebab aku pun tengah bercuti jadi dia minta satu kedai bunga hantar bunga kat aku..

Lawak la pula sebab penghantaran sepatutnya sampai kat aku terus kat sekolah sebab cadangnya aku memang nak buat keje kat sekolah tapi aku batalkan sebab anak-anak meragam. Terkantoi jugak sebab kedai tu terpaksa telefon aku sebab aku takde kat sekolah dan ada kat rumah.

Tapi nasib baik orang tu tak berkira, aku mintak hantar ke rumah aku hehe dia hantar tapi aku tetap takde kat rumah sebab aku keluar menguruskan dokumen klien takaful aku kat pekan Ipoh. Tukang hantar siap telefon lagi so aku mintak dia tinggalkan kat depan pintu rumah. Kesian plak nak suruh dia tunggu aku lama sangat.

Tapi masa tengahari isteri aku balik rumah sekejap waktu rehat, dia bagi aku satu jam yang agak branded yang aku sendiri tak tau benda tu branded sebab biasa dengar Casio, Swatch dan Seiko je. Harga pasaran boleh tahan gak mahalnya tak mampu nak beli kalau sesaja je..

Kira surprise kedua lah...hehe..aku bukan kisah sangat hadiah ni sebab bagi aku ada seorang isteri yang memahami dan anak-anak yang riang ria pun dah cukup. Bersyukur sangatlah kalau ada orang sambut kalau tak sape lagi nak sambut huhu..

Dengan ucapan banyak-banyak terima kasih kepada isteri aku yang banyak berkongsi suka duka. Tak lupa jugak kawan-kawan yang wish dalam FB, adik-adik, anak sedara, dan sedara-sedara yang wish hari ini. Mak abah yang mesej wish pada aku punya birthday pun special terus aku call mak huhu..sembang-sembang sekejap. Esok nak ke KL ada training PRUDENTIAL. Bolehla singgah rumah mak abah jap sembang-sembang.

Malam ni kena tido awal la nampaknye. Esok sesudah subuh dah nak bertolak. Training pukul 9 kat ampang. Nanti lambat dah tak syok la plak..sekali lagi kepada semua yang mendoakan aku, harap ALLAH MAKBULKAN..Terima Kasih Semua!!!

Genap Setahun...

Bulan ini genap setahun aku mengambil keputusan untuk menyertai kawan-kawan di dalam bidang Insurans dan Takaful, walaupun pada mulanya masih was-was dan rasa tidak yakin sebab aku bukan jenis orang yang suka berjumpa dengan orang dan merayu-rayu untuk menjual sesuatu.

Bulan depan pulak genap setahun aku dikontrak menjadi Ejen Insurans & Takaful, memang banyak cabarannya. Hati mana yang tak kecewa kalau nak buat sesuatu banyak sangat halangan dan kekangan. Sama jugaklah buat perniagaan insurans dan takaful ni..memang banyak sangat halangan tapi selalunya Allah permudahkan.

Bukan duit yang aku kejar, tapi keseronokkan berkongsi dengan kawan-kawan tentang kelebihan insurans dan takaful, walaupun aku memang hanya menjual takaful sahaja. Seronok menceritakan pengalaman pada kawan-kawan yang aku sendiri pengguna Takaful untuk seluruh ahli keluarga aku. Apabila diuji dengan anak yang demam teruk takaful yang membantu. Pengalaman ke klinik kerajaan yang sentiasa menyuruh anak dibawa balik walaupun masa tu anak dah tak boleh langsung bangun menyedarkan aku bahawa kepentingan takaful sewaktu sakit ( bukan nak cerita pasal keburukan klinik kerajaan tetapi paham keadaan hospital yang penuh dan mereka pun terpaksa ambil hanya kes dah tahap kritikal sahaja ).

Pengalaman menjadi ejen memang bagi aku berharga, belajar cara mengurus kewangan walaupun kadang-kadang sengkek, cuma banyak yang membantu. Dari seorang yang tak pandai menyimpan kepada orang yang sanggup pastikan sebahagian duit disimpan di dalam takaful.

Banyak jugak kata-kata negatif dari luar, ejen insurans kaya lah, untunglah makan komisyen, buat duit banyak dengan simpanan kitorang..tapi tu semua suatu asam garam yang seronok didengar, sebab sekali sahabat yang tandatangan atas borang proposal seumur hidup nak kena berkhidmat untuk dia. Sebab perkara ini lah aku sedaya upaya mengekalkan status aku sebagai ejen walaupun sekadar separuh masa.

Benda-benda seperti "aku benci betul la nak layan ejen insurans ni" perkara yang biasa di dengar dan kadang-kadang membuatkan aku lemah untuk meneruskan aktiviti penerangan. Tetapi ramai yang dah celik info tentang takaful jadi kebanyakannya memudahkan aku untuk beri penerangan cuma kekangan kewangan yang membuatkan mereka belum terbuka hati untuk menyimpan bersama takaful.

Aku paham sebab aku pun macam tu jugak sebelum mengambil keputusan untuk menyertai takaful. Kalau tak kerana isteri tercinta yang paksa memang sampai sekarang aku takkan ada polisi takaful untuk anak-anak. Dulu kerana cetek ilmu dan malas nak pikir tentang perkara-perkara ini. Sape tak terasa kalau ada duit RM500 kena bayar tiap-tiap bulan pada syarikat takaful. Macam-macam dalam otak memikirkan, "habislah duit aku", "kalau aku sengkek macam mana nak dapat balik duit ni","RM500 tu banyak boleh beli", "rugila bagi kat takaful bulan-bulan apa aku dapat", dan macam-macam lagi lah.

Tetapi "one turning point"  aku tentang takaful, bila sekali dua orang anak aku sakit selepas setahun aku ambil takaful, selepas pergi ke klinik kerajaan, doktor suruh bawak balik dulu dan bagi makan ubat kalau masih belum kebah baru masuk hospital. Rupanya lepas balik tu suhu badan anak aku terus mendadak naik dan siap muntah-muntah..pagi-pagi esoknya terus bawak ke hospital swasta dan kelam kabut nurse dan doktor menyejukkan balik suhu badan kedua-dua anak aku. Doktor siap sound lagi encik ada duit ke tak mesti admit ke dalam wad untuk rawatan. Masa tu doktor tanya aku ada panel mana-mana syarikat atau insurans. Aku hanya bagitau perlahan saya ada kad prudential je. Terus dilayan macam VIP sebab dengan kad medikal prudential. Tak menyempat aku nak isi borang diorang terus hantar masuk wad kanak-kanak.Nak jadi cerita plak kad medikal pun dah hilang, kelam kabut call ejen merangkap kawan U aku dan merangkap manager aku sekarang tanya macam mana nak buat. Yang terbaik, hanya bagitau no polisi dan no ic anak-anak sahaja terus boleh admit. Memang terbaik bila kita dalam keadaan terdesak semuanya dipermudahkan.

Dipendekan cerita keseluruhan bil RM6000 aku hanya bayar RM600 sebab 10% ko-takaful yang wajib bayar. Masa tu takde lagi Full Cover untuk anak kecil. Sekarang untung lepas PRUBSN melancarkan polisi terbaru semua anak kecil boleh dapat Full Cover. Lepas sebulan dapat cek RM1200 dari PRUBSN sebagai elaun untuk anak-anak yang dimasukkan ke dalam hospital.

Masa tu aku terfikir sesuatu..aku baru langgan setahun RM400 sebulan (masa tu Harraz masih dalam kandungan lagi) darab dengan 12 bulan dan aku baru bayar RM 4800. Aku dah guna RM 6000 tolak RM 600 jadi RM 5400 untuk bil hospital. Kemudian dapat lagi RM 1200 untuk elaun. Jumlah aku dah pakai RM6600 hanya dengan setahun melanggan untuk sekeluarga. Beza RM 1800 dari apa yang aku sumbangkan. Sejak dari hari tu aku memaksa diri untuk menyimpan dalam takaful walaupun aku terasa sengkek macam mana pun benda tu yang paling penting.

Memang sangat berharga menjadi ejen insurans dan takaful. Bukan sekadar nak buat duit tapi dalam hati aku hanya fikir aku nak semua klien aku merangkap sahabat aku merasai pengalaman yang aku lalui. Semalam terjumpa anak murid yang dah menyertai Takaful, lagi aku seronok sebab walaupun mereka tak berapa cemerlang di dalam akademik tetapi keputusan untuk menyertai takaful sebagai ejen adalah yang terbaik aku rasakan untuk anak-anak murid aku. Kadang-kadang tersenyum sendiri aku melihat kalaulah anak-anak murid aku ramai yang dahulunya memang dianggap "tak boleh pakai" sebab kenakalan mereka dan apabila mereka cuba nak menjadi seorang yang berguna untuk masyarakat hati aku sejuk dan tetap mahu mereka berjaya dalam hidup kerana bagi aku akademik yang cemerlang belum tentu masa depan mereka cemerlang. Cuma akademik menjadi satu platform untuk lebih berjaya.

Dua benda terbaik untuk aku dalam kerjaya ialah menjadi GURU dan Ejen Takaful. Banyak yang memberi pengalaman. Jadi NIKMATILAH HIDUP ANDA WALAU APA PUN YANG ANDA SEDANG LAKUKAN.. sedikit nukilan dari aku yang sentiasa mencari-cari kehidupan yang menyeronokkan.

Ahad, Disember 01, 2013

Pizza Panas..

Hari ni menambah lagi satu aktiviti mengarut di petang hari..mulanya jalan-jalan kat Tesco je nak beli susu anak tapi disebabkan dah hari ketiga promosi semuanya dah abis so jenjalan beli barang lain. Ntah kenapa otak dah short kot terus rancang nak buat pizza. Selambe je aku beli bahan-bahan pizza kat Tesco Extra Ipoh.

Hasilnya balik rumah je terus uruskan anak-anak dan solat. Habis solat barulah membancuh doh pizza. Mulanya rasa macam renyah tapi ianya mudah dari yang disangkakan. Kita tengok resepinya yang aku songlap dari internet tapi ada ubahsuai skit.

Resepi

Doh Pizza

220 gm Tepung Roti (Hi Protein)
20 gm   Minyak Sayuran
22 gm   Yis
5 gm     Gula Halus
3 gm     Garam
1/2 cawan Air Suam ( Letak skit-skit sampai jadi doh )

Topping

Keju Mozarela
Keju Cheddar
Sos Preggo / Tomato Puree
Bawang potong bulat-bulat
Sosej (potong nipis-nipis)
Isi Ketam (Potong dadu)
(lain-lain isi boleh je)

(Resepi takde sayur sebab kononnya nak masak untuk anak)

Cara-cara

1. Masukkan tepung, yis, gula dan garam.
2. Gaul sebentar sampai nampak macam dah bercampur.
3. Masukkan minyak dan sedikit air suam.
4. Uli sampai sebati. Campurkan air suam sedikit demi sedikit sampai doh tak melekat.
5. Bulat-bulatkan doh dan perap selama 60 minit menggunakan penutup plastik wrapper atau tutup dengan kain lembap sehingga menjadi dua kali saiz asal.
6. Selepas 60 minit uli sekali lagi dan perap dalam 10 minit.
7. Panaskan oven dengan suhu 200C selama 10 minit.
8. Bentukkan doh atas loyang yang telah disapu dengan pan grease / mentega / minyak sayur.
9. Boleh bakar dulu doh selama 10 minit baru letak topping atau letak topping sekali dan bakar.
10. Letakkan sos preggo atau paling simple tomato puree atas doh.
11. Koyak-koyakkan cheddar cheese atau parutkan cheddar cheese atas tomato puree.
12. Letaklah segala bahan yang nak letak atas cheese tu (bawang, sosej, isi ketam, dan sayur-sayur lain kalau nak)
13. Dah puas letak segala bahan baru taburkan Mozarela cheese yang diparut atas semua topping tu. Lagi banyak lagi sedap rasanya..
14. Bakar Pizza dalam oven selama 20 - 30 minit.
15. Wallaaaa siap untuk dimakan..

Memang terbaik untuk cubaan yang pertama. Cuma kena improve tekstur roti. Nak kena cari resepi yang lain pulak. Rotinya okla sebab ala itali tapi nak buat roti ala malaysia plak. 

Kalau berani cubalah!!!