Khamis, Januari 29, 2009

Saman...saman...saman...

Aku baru balik dari Sungai Siput selepas mengajar tuisyen Matematik Moden. Kelas mula pukul 8.30 malam sampai pukul 10.00 malam. Aku makan siap-siap pastu tengok cerita Puaka Niang Rapik baru balik ke Ipoh.

Apa yang menarik malam ini adalah aku hampir disaman oleh polis hanya kerana no plet aku WQH 7196 ada masalah. Apa masalahnya...no 7 aku patah tetapi masih lagi nampak bentuk nombor 7. Aku ditahan polis di Kanthan bebetul depan balai polis Kanthan dan aku tau tiap-tiap malam memang ada road block kat situ.

Aku pun dengan muka yakin lalu depan polis dan polis terus suruh aku berhenti tepi. Datang la sorang polis muda lagi dari aku. Dari slang cakap aku agak orang Terengganu. Dia minta leseng aku hehehe..aku bagi dengan yakin (walaupun aku tau dia akan tahan aku pasal plet patah) sebab bulan 4 baru tamat tempoh lesen aku tu.

Kemudian dia minta aku turun kereta. Aku pun turun dengan yakinnya (sebab dah tau apa yang dia nak tegur hehehe) dan dia terus tunjuk kat plet aku pakai lampu suluh dia. Aku pun buat-buat macam tak paham. Pastu dia tanya nampak apa..aku selamba cakap ooo plet no 7 patah.

Pastu mamat tu cepat je cakap ni nak kena samang ni. Aku pun balas la "Erm..nak kena saman ke? Kalau nak saman, saman jela nak buat camne!" (nada baik) Lepas tu mamat tu terus mati idea nak cakap apa lagi. Aku pun tunggu la kot-kot nak keluar surat saman. Tetiba mamat tu cakap "Erm esok tolong betulkan plet ye". Dalam pikiran aku ada 2 je, positif dan negatif (hehehe).

Positifnya dia memang tak mau saman tetapi nak bagitau aku plet aku patah. Negatifnya dia tak dapat duit sebab aku tak mau bagi rasuah disebabkan ayat baik aku "Kalau nak saman, saman jela nak buat camne!". Tetapi hati dia Allah je yang tau. Jadi aku amik yang positif.

Dalam dunia ni bagi aku apa saja kesalahan yang aku lakukan, aku cuba untuk mengaku dan tak mau lari dari tidak mengaku. Kalau aku nak kena saman atas kesalahan lalulintas, saman jela sebab nak buat macam mana dah memang kita salah. Bukan jenis aku untuk bagi duit ke apa ke untuk lepas.

Kalau aku bagi duit apa beza aku dengan pemberi rasuah yang lain. Aku cikgu tetapi aku tunjukkan benda yang tak elok dengan merasuah polis. Jadi ingatlah kalau kita salah dan nak disaman jangan sesekali kita merasuah. Walaupun nilainya RM10 ia tetap rasuah. Biarlah orang lain merasuah jangan kita terlibat sama. Aku jadi cikgu pun disebabkan aku nak lari dari perkara yang melibatkan rasuah masa aku kerja sebagai kontraktor elektrik dulu.

Kita pikirkan apa yang kita bagi anak isteri makan itulah yang akan jadi darah daging mereka. Kalau kotor duit yang kita bagi kotorlah darah daging mereka.


"JAUHILAH RASUAH"

Rabu, Januari 28, 2009

Marissa seronok bermain air di ...

Seronok bebenar aku tengok Marissa bermain air di Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) hari Isnin lepas. Kami pergi seramai 6 orang terdiri dari aku dan anak beranak, mak aku, adik aku 2 orang. Kami bertolak dari rumah ke BMLR pukul 9.30 pagi dan sampai di sana dalam pukul 10.30. Masa kami sampai pun dah ramai orang terus aku pergi ke kaunter tiket. Disebabkan anak aku comel jadi dia tak kena bayar hehehe...

Tiket yang aku bayar sorang RM10 je pasal ada kupon BMLR yang aku dapat dari sekolah. PROMOSI jadi aku pun layankan je. Ingat dapat less RM10 dan kena bayar lagi RM12 sebab nak masuk waterpark kena bayar RM22. Rupa-rupanya memang dapat tiket harga RM10. Jadi dapatla masuk ke waterpark dengan bayaran RM50 je.

Masuk kat dalam je Ayu terus minta aku beli pelampung untuk Marissa harga RM29.90 memang gile punya mahal. Tapi nak buat camne dah harga macam tu bayar jela. Marissa macam seronok bila aku cuba pakaikan pelampung tu kat dia. Budak-budak mana tau apa yang dia ingat mainan je hehe dan dia tak tau sebentar lagi dia lagi seronok.

Lepas beli pelampung terus kami pergi ke tempat mandi untuk bebudak. Tapi pelik aku tengok orang dewasa plak yang main kat situ hehehe sebab dia macam bentuk sungai jadi org suka hanyutkan pelampung kat dalam tu sambil tido hehehe...

Tukar pakaian Marissa terus aku dan Ayu pi layan air. Mak aku tolong jaga barang sebab dia tak mau mandi-manda. Adik-adik aku pi sewa pelampung pastu suruh diorang pi main apa yang diorang nak hehehe aku layan Marissa dengan Ayu lagi best. Tetempat camni memang seronok dengan anak kecil sebab diorang yang akan main lelebih pun hehe..

Marissa punya seronok sampai masuk je air terus tak sabar-sabar nak berenang-renang. Dia tepuk-tepuk air lepas gian sebab masa pergi mandi kat kolam air panas di Taiping tak bagi mandi lama-lama.

Dekat 2 jam jugak kami berendam sampai kulit Marissa kecut dan jadi biru tapi tu pun dia masih nak main lagi. Seronok tengok Marissa main air tak dapat digambarkan. Kami pun bersiap-siap balik dan dalam pukul 1.30 tengahari kami pun balik tetapi singgah dulu di R&R Gunung Semanggul untuk makan tengahari dan terus balik ke rumah selepas kenyang.

Macam-macam perasaan kami dapat sepanjang hari. Dan apa jadi pada Marissa....dia punya penat sampai tidur banyak kali dalam satu hari. Sampaikan hari esoknya pun dia masih penat. Baru tau betapa penatnya main-main air...




Selasa, Januari 20, 2009

Marissa dah boleh berdiri sendiri....

Aku teruja...seronok..gembira...terkejut dan macam-macam lagi apabila anak kesayangan aku tetiba berdiri tanpa jatuh walaupun dalam beberapa saat...tak dapat digambarkan sebab Marissa belum lagi cukup setahun....

Agaknya inilah perasaan mak dan abah aku masa aku dan adik-adik aku masa kecik dulu. Memang tak dapat digambarkan. Bila pikir-pikir balik masa mula-mula kami mendapat Marissa dan perkembangannya kami lihat dari kecil memang lain dari yang lain. Bersyukur sangat Allah berikan kami anak yang bernama Nur Marissa Syifa. Memang sejak kecil dia kurang buat perangai dan kurang bermasalah.

Dikala kami berdua sibuk Allah telah jadikan Marissa seorang anak yang menyenangkan hati kami dan menambahkan lagi keseronokan hidup. Paling seronok melihat gelagat dia yang kadang-kadang geram dan kadang-kadang melucukan. Paling seronok apabila melihat dia selongkar habis baju-baju dia yang mama dia susun dalam bekas. Habis berterabur rumah dan kami saje tak mau kemas sebab ada nostalgia anak kami sepah-sepahkan rumah (sebenarnya malas hehehehe). Bukan apa bila balik keje tengok baju yang dia sepah-sepahkan timbul rasa seronok sebab dulu takde sape nak sepah-sepahkan sekarang dah ada anak dara sorang yang suka sepah-sepah sebab dia suka tengok baju-baju dia.

Tak lama lagi adik dia pula yang lahir di dunia ini dan berharap sangat anak aku yang kedua ini sihat tanpa ada masalah yang sukar untuk kami tangani. Kembali balik kepada rutin kami yang terpaksa berjaga 2-3 kali untuk menyusukan baby. Masa mula-mula dulu angin satu badan kalau tak cukup rehat sekarang dah biasa dah. Adik Marissa belum kami pilih nama lagi takde hidayah lagi nak bagi nama apa cuma yang penting nama papa dan pangkalnya je dah tetap hehehe nama tengah je belum tau nak letak apa hehehe...

Tinggal lagi berapa bulan aje kami akan mendapat orang baru dalam keluarga dan setiap detik itu aku lalui dengan penuh rasa seronok walaupun mamanya risau untuk rasa sakit bersalin. Kesian tapi nak buat macam mana walaupun perempuan dilahirkan lemah tetapi sebenarnya dia ada seorang yang lebih kuat dari lelaki kenapa...sebab dia boleh mengandungkan anak selama 9 bulan yang mana lelaki tak boleh buat.

Bila terkenang kepayahan seorang ibu teringat aku satu lagu lama yang aku sedut jugak dari kawan aku yang aku ikut blog dia bukan nak tiru atau ciplak tapi memang antara lagu kegemaran aku...dengarlah dari Aris Ariwatan..


Ahad, Januari 18, 2009

2 minggu telah berlalu...

Tanpa disangka....

2 minggu telah berlalu waktu persekolahan yang bermula pada 5 Januari 2009. Tahun ini sampainya seorang guru Fizik dari sekolah lain dan dengan bangganya mengganti aku mengajar tingkatan 6. Aku yang bangga pasal dapat lari dari penyiksaan mengajar budak tingkatan 6. Apa yang tersiksa...persediaan mengajar tu yang paling tersiksa...aku merupakan guru yang melibatkan diri dengan 3 bidang dalam sekolah. Pada mulanya aku terlibat dengan kokurikulum, kemudian disiplin pelajar dan tahun lepas terlibat dengan kurikulum sekolah. Tahun ini bertambah lagi satu pengurusan maklumat murid haha..boleh jadi gila kalau tahun pertama aku pegang bebenda macam ni.

Alhamdulillah aku hanya mengajar pelajar tingkatan 4 dan 5 sahaja. Senang skit persediaan kerana ambil masa dalam 5 minit kemudian terus mengajar tapi kalau tingkatan 6, 5 minit punya persediaan untuk mengajar 2 minit hahaha..sekarang dah lega tetapi pening dengan pengurusan maklumat pelajar dan disiplin tapi takpe janji aku seronok bekerja.

Aku merupakan seorang guru yang garang tapi dalam kelas mesra. Pelajar pun kadang-kadang kecut bila terserempak dengan aku tapi kadang-kadang diorang ok dengan aku tengok pelajar la. Kalau memang dia seorang yang bermasalah disiplin memang takut la jumpa aku. Sejak memegang jawatan dalam disiplin banyak telah aku belajar dalam pengurusan manusia. Bukan senang nak mengawal anak remaja. Ada yang baik dan ada yang nakal. Setakat ini aku belum jumpa dengan pelajar yang jahat.

Mengawal anak remaja banyak cabarannya terutamanya yang jenis degil-degil. Pelajar sekarang rasanya tidak jauh beza dari pelajar dulu cuma sekarang ini banyak pendedahan dari segi informasi. Banyak teknologi yang menyebabkan pelajar sekarang terlalu terdedah dengan perkara yang negatif.

Macam-macam perkara telah berlaku dalam masa 2 minggu sehingga aku sendiri tak dapat buat blog setelah sekian lama. Mana nak buatnya balik dari sekolah pun paling awal pukul 4 sejak minggu lepas pukul 6 baru balik kerana menyiapkan maklumat pelajar yang berterabur. Harap-harap minggu depan selesai tentang pendaftaran pelajar.

Tahun ini aku terpaksa membuat persediaan untuk mengajar MPV Pendawaian Domestik yang dijangka akan bermula pada awal tahun depan. Mungkin terpaksa pi kursus 2-3 minggu harap-harap buat kat ipoh jela tak payah aku tinggalkan anak-anak dan isteri aku sebab boleh ulang alik dari rumah je.

Bangunan bengkel sudah 90% siap dan hanya tinggal barangan perabot sahaja untuk dimasukkan ke dalam bengkel. Selepas ini aku ada port baru nak lepak jadi senang skit nak buat kerja-kerja yang melibatkan disiplin atau pengurusan pelajar. Lebih baik macam itu dari tempat sekarang ini.

Sekarang dah bulan Januari. Tak lama lagi akan cuti tahun baru cina. Kemudian masuk bulan Februari dan ada pertandingan petanque peringkat negeri. Dah mula latih pelajar dan aku berharap tahun ini dapat sekurang-kurangnya masuk ke peringkat separuh akhir. Tahun lepas nyaris untuk sekolah kami masuk ke peringkat separuh akhir tetapi disebabkan aku merasakan kami perlu banyak lagi berlatih aku menyuruh pelajar mengundur diri tetapi dengan memberikan saingan yang sengit kepada lawan kami. Mereka tersentak kerana sekolah yang julung-julung kalinya menyertai pertandingan ini memberikan saingan yang sengit. Tengokla sape jurulatihnya hehe...

Tahun ini aku harap dapat menjalankan tugas dengan lebih baik. Yelah lagi 7 tahun aku boleh dinaikkan pangkat ke gred DG44 dan sekiranya prestasi tidak memberangsangkan susah untuk aku naik pangkat. Apa yang aku perlukan sekarang adalah pengurusan kerja yang teratur dan berharap perkara yang dirancang berjalan dengan lancar tanpa ada masalah yang rumit untuk diselesaikan.

Rasanya dah banyak sangat berceloteh pepetang ni. Papehalpun kepada semua kakitangan kerajaan selamat menerima gaji esok 19 Januari 2009. Gaji pertama pada tahun ini berbelanjalah mengikut keperluan bukan kehendak yang tak munasabah atau munasarawak hahaha....



"SELAMAT HARI GAJI JANUARI 2009"

Khamis, Januari 01, 2009

Selamat Tahun Baru 2009

Selamat tahun baru diucapkan kepada semua kawan-kawan. Ramai yang terfikir tahun baru kena ada azam baru tetapi aku tiada apa-apa azam pun untuk tahun ini. Sebab rasanya sepanjang tahun aku telah menetapkan azam baru. Kita selalunya dikongkong dengan ketibaan tahun baru mesti ada azam baru. Kalau tahun depan tiba pun kena buat azam baru.

Sebenarnya pemikiran macam itu boleh dikatakan sebagai salah (bagi aku laa) kenapa...bagi aku setiap azam tu merupakan satu cita-cita dan cita-cita atau kehendak mesti diimpikan setiap hari sampai ianya tercapai dan terlaksana dan terus menetapkan azam yang lain untuk kita capai jadi tak perlu tunggu tahun baru untuk kita tetapkan azam yang baru.

Manusia memang penuh dengan kehendak yang tidak pernah puas dengan apa yang ada dan itu adalah fitrah manusia. Kalau seseorang tu merasa puas dengan apa yang telah dia ada sekarang dan merasa tidak ada apa lagi yang diingininya maknanya dia menunggu masa untuk dipanggil oleh penciptanya.

Sedang ramai orang keluar untuk menyambut kehadiran tahun baru di luar aku dan keluarga dirumah tido sepuas-puasnya. Aku rasa lebih baik duduk dirumah dari menyertai program yang mengarut di luar. Bukan apa bila tengok anak bangsa yang lupa apa yang lebih penting dari bebenda macam itu. Bangsa apa yang teruk bangsa melayu juga.

Semalam aku keluar makan dengan anak dan isteri dan ternampak sekumpulan budak-budak sekolah berbasikal ditengah-tengah bandar ipoh @ kita kadang-kadang sebut mat rempit junior berlegar-legar kononnya nak meraikan tahun baru. Pelik tapi benar kenapa ibubapa dengan sewenang-wenangnya membenarkan anak mereka merayau di kawasan bandar ipoh yang kadang-kadang merbahaya sebab terdedah dengan aktiviti jenayah yang mungkin berlaku pada mereka.

Institusi kekeluargaan sekarang ni dah mencapai tahap lemah apabila anak sendiri sudah tidak boleh dikawal. Kenapa sayangkan anak sampai semua kehendak anak kita nak turuti. Kalau benda itu baik takpe ni kalau budak-budak tu merayau-rayau tak tentu hala dan ada perkara buruk yang terjadi siapa perlu disalahkan. Mereka ini semua dibawah umur jadi apa-apahal pun memang ibubapa akan disalahkan.

Walaupun aku risau tengok anak bangsa sekarang tetapi aku bangga dengan beberapa bekas anak murid aku walaupun aku tak mengajar mereka di dalam kelas, mereka menjadi manusia dan tidak menjadi tak tentu hala walaupun masa sekolah mereka nakal dan aku percaya ramai yang akan jadi macam itu apabila telah mencapai tahap kematangan dan tau tanggungjawab sendiri. Aku risau pada anak murid aku yang tetap tak paham tentang kematangan walaupun tiada guru-guru nak tegur mereka tentang apa yang betul dan apa yang salah. Rasa bersalah akan terbit sekiranya aku tahu anak murid aku yang tidak menjadi manusia yang baik. Paling aku risau kalau anak murid aku menjadi penjenayah dan perosak anak bangsa.

Pelbagai perkara bermain didalam kepala aku. Banyak memikirkan masalah pelajar dan keluarga. Aku berdoa pada tahun-tahun akan datang aku berjaya membentuk banyak lagi insan-insan yang akan membuat negara dan agama bangga terhadap mereka. Itula tugas seorang guru. Biar jasa kami tidak dikenang tetapi yang penting hasil yang nampak.Menjadi satu kepuasan bagi aku yang bergelar "CIKGU".