Selasa, Disember 03, 2013

Genap Setahun...

Bulan ini genap setahun aku mengambil keputusan untuk menyertai kawan-kawan di dalam bidang Insurans dan Takaful, walaupun pada mulanya masih was-was dan rasa tidak yakin sebab aku bukan jenis orang yang suka berjumpa dengan orang dan merayu-rayu untuk menjual sesuatu.

Bulan depan pulak genap setahun aku dikontrak menjadi Ejen Insurans & Takaful, memang banyak cabarannya. Hati mana yang tak kecewa kalau nak buat sesuatu banyak sangat halangan dan kekangan. Sama jugaklah buat perniagaan insurans dan takaful ni..memang banyak sangat halangan tapi selalunya Allah permudahkan.

Bukan duit yang aku kejar, tapi keseronokkan berkongsi dengan kawan-kawan tentang kelebihan insurans dan takaful, walaupun aku memang hanya menjual takaful sahaja. Seronok menceritakan pengalaman pada kawan-kawan yang aku sendiri pengguna Takaful untuk seluruh ahli keluarga aku. Apabila diuji dengan anak yang demam teruk takaful yang membantu. Pengalaman ke klinik kerajaan yang sentiasa menyuruh anak dibawa balik walaupun masa tu anak dah tak boleh langsung bangun menyedarkan aku bahawa kepentingan takaful sewaktu sakit ( bukan nak cerita pasal keburukan klinik kerajaan tetapi paham keadaan hospital yang penuh dan mereka pun terpaksa ambil hanya kes dah tahap kritikal sahaja ).

Pengalaman menjadi ejen memang bagi aku berharga, belajar cara mengurus kewangan walaupun kadang-kadang sengkek, cuma banyak yang membantu. Dari seorang yang tak pandai menyimpan kepada orang yang sanggup pastikan sebahagian duit disimpan di dalam takaful.

Banyak jugak kata-kata negatif dari luar, ejen insurans kaya lah, untunglah makan komisyen, buat duit banyak dengan simpanan kitorang..tapi tu semua suatu asam garam yang seronok didengar, sebab sekali sahabat yang tandatangan atas borang proposal seumur hidup nak kena berkhidmat untuk dia. Sebab perkara ini lah aku sedaya upaya mengekalkan status aku sebagai ejen walaupun sekadar separuh masa.

Benda-benda seperti "aku benci betul la nak layan ejen insurans ni" perkara yang biasa di dengar dan kadang-kadang membuatkan aku lemah untuk meneruskan aktiviti penerangan. Tetapi ramai yang dah celik info tentang takaful jadi kebanyakannya memudahkan aku untuk beri penerangan cuma kekangan kewangan yang membuatkan mereka belum terbuka hati untuk menyimpan bersama takaful.

Aku paham sebab aku pun macam tu jugak sebelum mengambil keputusan untuk menyertai takaful. Kalau tak kerana isteri tercinta yang paksa memang sampai sekarang aku takkan ada polisi takaful untuk anak-anak. Dulu kerana cetek ilmu dan malas nak pikir tentang perkara-perkara ini. Sape tak terasa kalau ada duit RM500 kena bayar tiap-tiap bulan pada syarikat takaful. Macam-macam dalam otak memikirkan, "habislah duit aku", "kalau aku sengkek macam mana nak dapat balik duit ni","RM500 tu banyak boleh beli", "rugila bagi kat takaful bulan-bulan apa aku dapat", dan macam-macam lagi lah.

Tetapi "one turning point"  aku tentang takaful, bila sekali dua orang anak aku sakit selepas setahun aku ambil takaful, selepas pergi ke klinik kerajaan, doktor suruh bawak balik dulu dan bagi makan ubat kalau masih belum kebah baru masuk hospital. Rupanya lepas balik tu suhu badan anak aku terus mendadak naik dan siap muntah-muntah..pagi-pagi esoknya terus bawak ke hospital swasta dan kelam kabut nurse dan doktor menyejukkan balik suhu badan kedua-dua anak aku. Doktor siap sound lagi encik ada duit ke tak mesti admit ke dalam wad untuk rawatan. Masa tu doktor tanya aku ada panel mana-mana syarikat atau insurans. Aku hanya bagitau perlahan saya ada kad prudential je. Terus dilayan macam VIP sebab dengan kad medikal prudential. Tak menyempat aku nak isi borang diorang terus hantar masuk wad kanak-kanak.Nak jadi cerita plak kad medikal pun dah hilang, kelam kabut call ejen merangkap kawan U aku dan merangkap manager aku sekarang tanya macam mana nak buat. Yang terbaik, hanya bagitau no polisi dan no ic anak-anak sahaja terus boleh admit. Memang terbaik bila kita dalam keadaan terdesak semuanya dipermudahkan.

Dipendekan cerita keseluruhan bil RM6000 aku hanya bayar RM600 sebab 10% ko-takaful yang wajib bayar. Masa tu takde lagi Full Cover untuk anak kecil. Sekarang untung lepas PRUBSN melancarkan polisi terbaru semua anak kecil boleh dapat Full Cover. Lepas sebulan dapat cek RM1200 dari PRUBSN sebagai elaun untuk anak-anak yang dimasukkan ke dalam hospital.

Masa tu aku terfikir sesuatu..aku baru langgan setahun RM400 sebulan (masa tu Harraz masih dalam kandungan lagi) darab dengan 12 bulan dan aku baru bayar RM 4800. Aku dah guna RM 6000 tolak RM 600 jadi RM 5400 untuk bil hospital. Kemudian dapat lagi RM 1200 untuk elaun. Jumlah aku dah pakai RM6600 hanya dengan setahun melanggan untuk sekeluarga. Beza RM 1800 dari apa yang aku sumbangkan. Sejak dari hari tu aku memaksa diri untuk menyimpan dalam takaful walaupun aku terasa sengkek macam mana pun benda tu yang paling penting.

Memang sangat berharga menjadi ejen insurans dan takaful. Bukan sekadar nak buat duit tapi dalam hati aku hanya fikir aku nak semua klien aku merangkap sahabat aku merasai pengalaman yang aku lalui. Semalam terjumpa anak murid yang dah menyertai Takaful, lagi aku seronok sebab walaupun mereka tak berapa cemerlang di dalam akademik tetapi keputusan untuk menyertai takaful sebagai ejen adalah yang terbaik aku rasakan untuk anak-anak murid aku. Kadang-kadang tersenyum sendiri aku melihat kalaulah anak-anak murid aku ramai yang dahulunya memang dianggap "tak boleh pakai" sebab kenakalan mereka dan apabila mereka cuba nak menjadi seorang yang berguna untuk masyarakat hati aku sejuk dan tetap mahu mereka berjaya dalam hidup kerana bagi aku akademik yang cemerlang belum tentu masa depan mereka cemerlang. Cuma akademik menjadi satu platform untuk lebih berjaya.

Dua benda terbaik untuk aku dalam kerjaya ialah menjadi GURU dan Ejen Takaful. Banyak yang memberi pengalaman. Jadi NIKMATILAH HIDUP ANDA WALAU APA PUN YANG ANDA SEDANG LAKUKAN.. sedikit nukilan dari aku yang sentiasa mencari-cari kehidupan yang menyeronokkan.

Tiada ulasan: