Guru Cemerlang

Guru bukan lagi diibaratkan sebagai lilin. Lilin membakar diri dan akhirnya dirinya sendiri terkorban. Sekarang guru diibaratkan sebagai haruman bunga yang semakin lama semakin ingin didampingi dan semakin lama ditinggalkan semakin teringat kepada haruman itu.

Masa Dan Tarikh Hari Ini
Album Foto Keluargaku

Tarikh Istimewa Bagiku
Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath Next Aniversary Ticker Lilypie Kids birthday Ticker Lilypie Kids birthday Ticker
Komen Dari Rakan
Monetized Your Blog
Alisya yang cerdik dan comel
Jumaat, Julai 17, 2009
Anak aku dah masuk 3 bulan 17 hari dah..prestasi dia amat mendadak kerana dah cuba-cuba untuk meniarap. Bersungguh-sungguh dia meniarap tapi tak boleh sebab tangan dia tak pandai nak betulkan lagi. Aku rasa dalam 2-3 hari lagi pandaila Alisya meniarap.

Tadi saje bagi dia meniarap dengan bantuan aku sendiri punya excited dia sampai bising-bising mulut dia. Aku layankan aje dia. Seronok plak memain dengan anak aku yang comel ni. Masa dia tak tau pape lagi macam malas nak layan tapi sekarang dia dapat respon apa yang aku lakukan.

Paling aku suka bila aku main-main pipi dia mesti dia akan senyum...Ya Allah punya sejuk hati aku tengok anak aku senyum..kalau tengah marah pun hilang perasaan marah tu.

Kedua-dua anak aku memang ikut perangai aku masa baby dulu (ikut kata mak abah aku laa)..suka senyum kalau ada orang agah-agah...2@3 tahun lagi aku nak sorang baby lagi. Aku akan cuba capai target keluarga aku seramai 8 orang termasuk aku dan Ayu. Kiranya 6 orang anak. Masa kecik memang susah nak jaga tapi keseronokkan tengok anak membesar memang tak dapat dibayangkan oleh sesiapa yang belum ada anak lagi.

Anak-anak makin besar dan aku pulak semakin tua. Mungkin bila aku sedar masa tu anak aku tetiba dah nak kahwin je. Masa berlalu dengan cepat sedar tak sedar dah 2 tahun lebih aku kahwin. Dah dalam tak sedar aku dah ada 2 orang anak.

Begitu cepat masa berlalu...Marissa dan Alisya pada waktu ini memang seronok untuk dilayan. Marissa dianugerahkan dengan kepandaian memahami apa saja yang aku cakap cuma dia masih belum boleh bercakap je. Apa yang aku cakap memang dia paham sampaikan suruh amik puting adik dia nak hisap pun dia boleh buat. Rezeki Allah bagi anak-anak cerdik dan boleh dengar cakap dan aku berharap semua anak-anak aku menjadi anak yang soleh dan tidak menderhaka kepada kami berdua...Insyaallah....

Label: , ,

nukilan oleh Cikgu Maarof @ 11:32 PM 0 comments
Hadiah Hari Bapa 2009
Ahad, Jun 21, 2009
Hari ini hari bapa dan untuk pengetahuan semua aku tak tau plak hari ini hari BAPA pasal aku ingat dah lepas hehehe...tapi ia tetap hari-hari yang biasa bagi aku.

Hadiah hari bapa tahun ini aku cukup puas hati dengan perkembangan anak sulung aku Marissa sebab gigi dia tumbuh lagi hehehe..lepas ni banyak lagi gigi akan tumbuh dan tak lama lagi dia boleh bercakap.

Harap-harap rahun depan dia dah boleh bercakap tak kisahla pelat tapi boleh sembang-sembang dengan dia. Sekarang pun dia anak yang paham apa yang kita cakapkan cuma kadang-kadang dia ikut hati dia je nak dengar atau tak.

Bijak memang bijak tapi kena kawal takut jadi anak yang tak dengar cakap. Mendidik anak bukan mudah. Ramai yang kecundang sebab salah didik. Tu la yang aku hadapi kat sekolah ibu bapa gagal didik anak dengan baik. Semua serah kat cikgu-cikgu kat sekolah. Kita rotan anak dia panggil orang politik sana orang politik sini. Tau dia je yang betul.

Kali ini tiada gambar hanya nukilan biasa sebelum aku nak tidur malam ni. Esok dah keje macam biasa. Keje banyak sampai tak terbuat. Apa keje cikgu... jangan anggap cikgu dok goyang kaki je kat rumah lepas keje.

Hujung minggu ni aku akan pi ke Pengkalan Hulu bawak budak 3 hari 2 malam ada Pertandingan Robotik. Harap-harap menangla dapat aku pi Korea walaupun sekarang tengah kecoh pasal H1N1 aku pedulik apa..janji dapat jalan hehehe (gile ko tak pedulik boleh mati oo kalau kene hehehe). Semasa pertandingan nanti nak amik gambar banyak-banyak aku akan upload kat blog ni. Okla itu je nak coretkan malam ini. Silalah lawati blog isteri aku..ada perkara menarik yang dia buat hujung minggu ini...Layan..... http://mummycuppies.blogspot.com

Label: , ,

nukilan oleh Cikgu Maarof @ 9:32 PM 1 comments
Perkara yang menarik yang dah lama aku tunggu.....
Isnin, Jun 15, 2009
Semalam ada satu perkara yang baru aku tau tentang anak aku yang sulung...

Masa tu aku tengah bagi dia makan dengan menggunakan sudu besi. Tengah sibuk-sibuk bagi dia makan tetiba aku dengan macam ada benda berlanggar dengan besi sudu tu. Aku pun pelik setiap kali aku bagi dia makan ada bunyi tu.

Last-last aku tengok bebetul..rupa-rupanya gigi dia dah mula tumbuh...wahahaha seronok betul aku dengan isteri aku. Dah lama kami tunggu akhirnya tumbuh jugak gigi dia. Tapi yang peliknya tumbuh kat bahagian gusi dia yang luka minggu lepas. Kami dah risau takut-takut gigi tak tumbuh kat bahagian tu tengok-tengok tumbuh yang pertama kat situ.

Aku dengan terujanya tangkap gambar gigi anak aku secara paksa hehehe..gambar tak berapa jelas tapi aku akan tunjukkan jugak kat dalam blog ini....


Kalau tengok gambar ni tengok kat area jari ada warna putih situla gigi baru dia hehehe....

Label:

nukilan oleh Cikgu Maarof @ 6:33 PM 3 comments
Jenjalan di Teluk Batik
Ahad, Jun 14, 2009
Semalam lepas aku, Ayu dan Marissa pi kenduri kahwin di Bota Kiri singgah la kejap kat Teluk Batik. Kali terakhir aku pi masa tahun 2004 dengan kawan-kawan siap tido kat sana lagi.

Sempat la Marissa nak main pasir dengan air laut. Marissa takut skit dengan ombak laut sampai kasut dia basah kena air.

Aku seronok tengok telatah dia dengan ada tocang kat atas kepala. Orang-orang yang lalu lalang kat situ mesti cubit-cubit dia sebab nampak comel.

Kami kat sana tak lama 30 minit je sekadar nak tengok apa ada. Ramai betul orang yela minggu ni minggu terakhir cuti sekolah tu yang bawa keluarga pi mandi laut.

Aku ni tunggu Marissa dan Alisya besar skit baru boleh bawak. Marissa ni pantang skit dapat main air laut. Tunggu la nanti diorang dah besar aku akan bawak diorang pi jalan-jalan. Kesian kat Alisya sebab tak bawak bukan apa takut demam jenuh kami. Kena tinggal la dia ngan makcik dan mak ngah dia kat rumah.

Aku sampai rumah je Alisya terus macam mengada-ngada mungkin rindula kot dari pagi tinggalkan dia hehehe...

Bawah ni ada la gambar skit-skit masa aku pi teluk batik...





Label: , , ,

nukilan oleh Cikgu Maarof @ 9:05 AM 1 comments
Coretan Majlis Aqiqah dan Cukur Jambul Nur Alisya Humaira
Jumaat, Mei 29, 2009
Dah lama benar aku tak buat blog. Aku kembali dengan cerita yang tidak kurang menariknya pada kali ini.

Kisahnya adalah...kenduri yang pertama aku uruskan sendiri dengan bantuan ibu bapa mertua dan ibu bapa aku sendiri. Aku uruskan serba sedikit tentang lokasi kenduri iaitu di rumah sewa aku sendiri hehe...segala persiapan yang ringkas tetapi kos yang agak mahal sedikit.

Semua perbelanjaan mencecah 3k tapi puas hati sebab ramai yang datang dikalangan kawan-kawan sekolah aku dan jiran-jiran tetangga tidak lupa juga saudara mara. Nak cerita lebih-lebih pun buat penat je jadi aku sisipkan dengan serba sedikit dengan gambar yang tak banyak di ambil.





Label: ,

nukilan oleh Cikgu Maarof @ 7:48 PM 0 comments
Mengenai Saya

Nama: Cikgu Maarof
Lokasi: Ipoh, Perak, Malaysia
Tentang Saya:
Lihat Profil Lengkap Saya

Blog Sebelumnya
Arkib Blog
Pautan
Maybank2u
Google
Tutorialku
Dikuasakan oleh

Planet Blog Template

BLOGGER

© 2009 Guru Cemerlang Template by Cikgu Maarof