Rabu, Februari 18, 2009

Rakyat Malaysia Tidak Suka Menabung

Buletin Utama TV3 melaporkan bahawa kajian Standard Charterd Bank (ntah apa kenamanya) melaporkan bahawa hanya 2 dari 5 orang Malaysia akan menambung di dalam bank dan ada beberapa statistik lagi yang aku tak berapa ingat.

Kenapa perkara ini terjadi...kita sama-sama fikirkan kenapa...

Pada pandangan aku perkara ini terjadi kerana ramai RAKYAT Malaysia bergaji kecil dan pendapatan mereka cukup-cukup untuk menyediakan keperluan asas hidup mereka dan keluarga. Secara amnya kalau kita tengok orang-orang yang berbelanja kebanyakannya orang yang bergaji besar dan bagi aku RAKYAT yang berpendapatan rendah tidak patut dikira masuk di dalam statistik ini kerana mereka hanya mampu bekerja dan gaji yang mereka dapat untuk menyediakan yang paling asas sahaja.

Statistik ini sepatutnya diukur dari golongan yang berpendapatan tinggi sahaja baru kita terima pakai sebab golongan ini sahajalah yang mempunya duit yang sangat lebih sampai tak tau nak buat apa dengan duit itu sampai menggunakan kepada benda yang pelik-pelik.

Kita bayangkan kita seorang Pengawal Keselamatan yang bergaji RM500 sebulan. Dengan kehidupan bergaji sedemikian nak menanggung makan anak, isteri, sewa rumah, pakaian anak-anak tak termasuk kalau pasangan atau anak mempunyai penyakit yang pelik-pelik. Saluran manakah yang perlu untuk menyimpan duit. Kita dapat bayangkan macam mana hidup yang macam itu. Kita patut bersyukur dengan apa yang kita ada.

Banyak "Pemimpin" yang mengatakan mereka memperjuangkan hak rakyat tapi ramai juga "Pemimpin" yang songlap duit rakyat. Itu ke yang dipanggil memperjuangkan hak rakyat dengan meratah duit hasil titik peluh rakyat demi kepentingan sendiri. Kita tak rasa pelik ke kalau jadi ahli politik rumah mereka mesti besar sekurang-kurangnya banglo bernilai RM1juta. Mana mereka dapat duit untuk membeli rumah berharga sedemikian. Sedangkan gaji ADUN dan Ahli Parlimen paling banyak pun dalam RM5k-10k (rasanya la sebab pernah terdengar dan tolong betulkan kalau aku salah) tetapi dengan gaji yang sedemikian boleh ke membeli rumah yang berharga RM1juta dan memakai kereta mewah yang harga pun dekat-dekat dengan harga 1 biji bas. Mana mereka dapat duit sedemikian rupa. Kalau kita kira dengan cara kasar 1 tahun jadi ahli politik (dengan gaji RM5k) baru ada RM60k. 1 penggal dalam 4 tahun lebih kurang baru ada RM240k. Macam mana mereka boleh membeli bebenda macam itu. Kecuali mereka tak guna langsung duit yang mereka dapat bulan-bulan untuk bayar rumah dengan kereta sahaja tetapi mustahil...nak makan apa kalau semua dok bayar hutang je.

Jawapannya senang (ikut pendapat aku la...) mereka ada syarikat sendiri....jadi macam mana nak jalan syarikat ini....masing-masing dapat bayangkan macam mana...tak boleh nak terangkan lebih-lebih nanti aku kena GAM hehe...

Walaupun macam itu tetap ada lagi manusia yang ingat pada RAKYAT yang mereka wakili cuma tak banyak. Kebanyakannya untuk mencari duit yang tak pasti ianya adalah HALAL ataupun HARAM tapi bagi mereka bebenda tu semua tak penting janji ada duit....








FIKIR-FIKIRKANLAH...

Selasa, Februari 17, 2009

Politik Perak makin menjadi-jadi dimana kesudahannya...

Isu ini panas diperkatakan sekarang. Malah orang macam aku pegawai kerajaan pun teragak-agak untuk membincangkannya secara terbuka kerana kami tahu silap kata dan langkah ada yang akan mengambil kesempatan. Tetapi Malaysia membenarkan hak bersuara jadi tak salah untuk membincangkannya.

Bukan apa dari mula saat kerajaan "Haram" Perak diperkatakan masing-masing mengatakan pihak lawan salah tetapi kita lupa untuk mencari akar umbi yang menyebabkan masalah ini terjadi. Rasionalnya kenapa perkara ini terjadi adalah disebabkan oleh ketamakan dan kerakusan sesetengah pihak untuk berkuasa dan yang penting bagi mereka berjaya di dunia kerana mencapai apa yang mereka ingini. Hakikatnya mereka sendiri takut dengan bayang-bayang mereka sendiri. Sampaikan nak bergerak kemana-mana di dalam Perak terpaksa di kawal rapi oleh polis kerana takut diapa-apakan oleh orang awam. Kalau tak salah buat apa nak takut.

Aku kurang berminat dengan politik kotor yang digunapakai oleh pihak tertentu kerana ingin mencapai kehendak yang bukan hak mereka. Ingatlah sekiranya Allah menjadikan sesuatu kepada kita itu adalah ujian dan hak kita. Jadi sebagai manusia kena pandai pilih mana yang baik dan mana yang buruk. Tak guna salahkan orang lain sekiranya kita tidak melihat diri kita sendiri. Kena berfikiran secara waras dan rasional.

Aku naik menyampah dengan "Pemimpin" yang rasa diri mereka bagus sangat. Kalau bagus kenapa nak buat pekara yang tak elok. Media sekarang pun berat sebelah. Kenapa tidak boleh menjadi seperti media antarabangsa bebas suarakan yang benar dan kalau ianya berita palsu pihak yang berkenaan boleh menyaman mereka dengan undang-undang sivil negara masing-masing. Itu lebih baik dari keadaan media Malaysia sekarang yang tak tau mana yang patut diberitakan kerana jaga poket masing-masing tanpa fikir halal dan haram.

Keadaan sekarang masih kritikal dan aku tertunggu-tunggu apa akan jadi dalam tahun 2009 dan aku tak sabar nak tau pihak mana yang akan menang dan kalah. Yang penting kita banyak bersabar.