Selasa, Oktober 01, 2013

Sijil Cuti Sakit Hak Doktor

Pasti kawan-kawan pernah mengambil sijil cuti sakit dari klinik kerajaan atau klinik swasta. Kebanyakan kita mesti selalu ambil dari klinik swasta. Macam aku sebagai guru kami ada Cuti Rehat Khas 7 hari setahun dan Cuti Sakit terhad kepada 14 hari setahun dari klinik swasta.

Bagi yang pernah minta sijil sakit dari klinik kerajaan paham-paham jela memang susah melainkan kita memang kenal doktor tu dan sering dapatkan rawatan dari dia. Jadi sebagai alternatif kita mesti ambil dari klinik swasta. Isu ini dah lama saje aku nak sembang sebab aku pun ambil MC dari klinik swasta.

Kisahnya aku ni tak berapa nak sihat sejak 2 hari ni. Jadi semalam dah pi klinik ambil ubat dan MC. Nak jadi cerita hari ni pun tak sedap badan tapi tak demam cuma seluruh badan rasa bisa-bisa je macam semua urat-urat tersimpul.

Maka pagi-pagi dah mesej cikgu yang uruskan relief, kerani sekolah dan kawan kat sekolah minta no tukang urut..memang terbaik subuh-subuh dah mesej orang huhu...yang cikgu relief dan kerani tu maklum untuk cuti sakit je ye hehehe...

Melilau mencari tukang urut yang boleh datang kat rumah pepagi, nasib baik ada so urut la badan dekat sejam, aduyai sakit gila-gila badan ni weh...banyak angin seluruh badan, patutla badan letih sesangat dan rasa habis tersimpul urat seluruh badan.

Lepas urut ingat nak pi klinik minta MC tapi tangguh sebab nak rehat lepas urut badan. Memang berlengas dengan minyak rasa macam orang minyak pun ada. Last-last pukul 4 baru pi. Nasib tak ramai orang kat klinik. Dalam hati dok pikir semalam dan ambil MC hari ni boleh dapat ke?

Sampai je klinik tunggu doktor sampai sebab dia keluar kejap. Nasib baik sat je, bila masuk jumpa doktor cakap terus terang je badan sakit-sakit minta ubat tambahan sebab semalam ubat masih ada lagi. Doktor cakap tak payah lah ubat lagi cuma tambah MC je. Aku tak mintak lagi pasal MC dah dia bagi...syukur..malas nak mintak2 ni kalau doktor tak bagi memang cuti rehat jela hari ni. Nasib doktor paham dan ucap terima kasih kat doktor aku pun tunggu la kat luar.

Tunggu dalam 5 minit, pembantu klinik bagila kat aku MC, aku tanya berapa nak kena bayar...jeng jeng jeng agak-agak berapa nak kena bayar...hehe...FREE..lagi la selamat aku hehehe..Alhamdulillah dipermudahkan kerja aku, kalau orang biasa-biasa mau RM20 dia cas hehe. Aku pun jarang minta MC tak tentu hala mungkin sebab tu dipermudahkan.

Prinsip aku tentang cuti ni, kalau sebab anak sakit aku akan ambil Cuti Rehat kecuali kalau layak 2 hari je dalam 4 bulan baru terpaksa ambil MC macam aku kena bulan 4 dulu terpaksa minta doktor bagi MC tu pun sebab penyakit anak aku berjangkit kat aku, masa tu anak kena sakit mata, dengan aku sekali kena muahahaha...kira sakit jugak la walaupun mata je dapatlah 2 hari masa tu tapi hari sebelum tu dah ambil Cuti Rehat 2 hari huhu habis cuti tahunan aku. Setakat ini prinsip kalau sakit baru minta MC aku pertahankan.

Sebab bagi aku Sijil Cuti Sakit Hak Doktor, kalau dia main bagi je kat sesapa, dah jadi lain pulak walaupun aku sendiri nampak orang boleh ambil MC sewenang-wenangnya tapi tu orang lain bukan aku. Kejujuran bagi aku lebih penting, kalau bukan diri sendiri yang sakit tak payahlah minta MC. Ambil saja cuti rehat. Itu aku, janganlah kawan-kawan yang lain terasa sebab bukan nak perli sesapa. Cukup untuk aku sahaja, dan kalau ada terasa hati dengan post kali ni aku mintak maaf banyak-banyak, just sharing and caring...hehehe...

Tiada ulasan: