Rabu, November 20, 2013

Kursus Persediaan Master

Hari ni hari ketiga aku menghadiri Kursus Persediaan Master. Banyak sangat maklumat untuk aku gunakan sebagai salah satu persediaan untuk membuat tesis secara penyelidikan. Kepala pun dah naik pening nak fahamkan macam mana nak buat tesis. Kebanyakan maklumat lebih kepada kajian sains sosial. Yelah cikgu punya penyelidikan memang lebih kepada kajian sains sosial.

Banyak yang boleh dikongsi sepanjang aku menghadiri kursus ini. Semalam ada satu slot bersama dengan seorang penceramah tentang bagaimana mereka memilih calon untuk menerima biasiswa tahun ini. Dengar penerangan dia, aku merasa sepatutnya aku tak patut dapat, tetapi diorang pilih yang terbaik dari calon-calon yang ada untuk penuhkan koata yang telah disediakan. Rupanya memang pemilihan sangat sengit antara calon-calon. Aku merupakan orang yang bernasib baik kerana menerima biasiswa.

Bayangkanlah masa temuduga kalau korang tak tau tentang asas untuk buat penyelidikan memang kena reject terus. Melalui penceritaan penceramah tentang pengalaman dia menemuduga, dia akan tanya kaedah apa calon nak gunakan untuk buat penyelidikan, dan kalau calon teragak-agak atau langsung tak menjawab dengan betul terus dia akan minta tamatkan temuduga dan diminta keluar dari bilik temuduga. Aku memang bernasib baik sebab masa aku ditemuduga memang aku langsung tak tahu asas penyelidikan.

Kertas cadangan aku pula boleh dikatakan lemah sesangat selepas mendengar penerangan dari penceramah. Aku memang bernasib baik bila fikir-fikir dari maklumat yang aku terima.

Faktor-faktor yang penting untuk calon-calon temuduga ialah PROPOSAL yang lengkap dengan asas penyelidikan yang hendak dilakukan, TEKNIK menjawab semasa sesi temuduga, PENGETAHUAN & PERSONALITI sepanjang proses temuduga, dan MARKAH PRESTASI 3 tahun kebelakang.

Secara umumnya, proposal yang calon kena sediakan mesti ada pernyataan masalah yang jelas, literature review, kaedah penyelidikan, rujukan-rujukan untuk membuat penyelidikan, rancangan penyelidikan yang jelas dan beberapa lagi faktor. Sepanjang tiga hari aku mengikuti kursus ni baru tau benda-benda yang aku nyatakan tadi cuma aku belum faham sepenuhnya.

Hari ni je belajar tentang apa itu literature review. Dari tak tau langsung kepada nampak sedikit gambaran untuk aku bersedia bila dah mula penyelidikan walaupun mini penyelidikan. Walaupun mini tetap sama prosedur dari mula sampai akhir ada caranya. Semalam penerangan tentang apa itu penyelidikan, apa yang perlu ada, apa yang tidak patut ada, jenis-jenis penyelidikan dan beberapa perkara yang amat penting dalam menyiapkan tesis.

Teknik menjawab temuduga pun dilihat oleh penemuduga, sefaham aku setiap calon akan diuji dari sudut mental dahulu, semua penemuduga akan provok sampai dia dapat lihat kita langsung tak boleh jawab. Kalau kita sampai tahap tak boleh jawab memang menjadi faktor gagal temuduga. Diorang lihat kita bersedia dari segi mental dan fizikal. Selain dari proposal yang mantap cara menjawap untuk mempertahankan proposal juga akan dinilai. Kalau kita pertahankan proposal tapi fakta dan nilai takde pun tak guna. Hanya pandai jawab tapi tak berlapik dengan fakta dan maklumat yang betul pun faktor gagal. So jangan ingat apa yang diorang tanya kita dapat jawab menjadi faktor kita akan berjaya. Sebab tu kalau aku fikir-fikir balik, aku bernasib baik sebab boleh katakan aku takde pun kriteria tu semua. Hanya aku paham apa aku nak buat untuk master aku saje. Aku pertahankan projek aku untuk digunakan dalam P&P sebagai alat untuk murid-murid boleh guna untuk projek SPM je.

Faktor yang ketiga plak markah prestasi kita tiga tahun sebelum mesti lebih dari 85 markah..kalau ada salah satu bawah dari 85 memang susah nak dapat panggilan temuduga dan seterusnya ditawarkan HLP. Cara pengiraannya senang je..markah tiga tahun prestasi dicampurkan dan diambil purata kemudian diambil peratus ke 50 markah. Contoh markah prestasi kita 3 tahun dapat purata 88 markah...88/100 dapatlah 0.88 darab dengan 50 maka dapatlah 44 markah. Jadi kita dah ada markah permulaan 44 dari 100 untuk dibawa semasa temuduga. Lagi 50 bergantung kepada masa interview. Proposal je dah bawak 30 markah, yang lain-lain 20 markah. Memang agak ketat pemilihan. Aku ingat mudah je tapi bila dapat penerangan macam tu barulah terasa diri tu kecil sangat.

40 markah yang melibatkan personaliti ada berkait dengan cara menjawab, pengetahuan asas tentang dasar pendidikan, dan sumbangan-sumbangan luar bilik darjah. Jadi kalau nak dapat 40 markah ni memang kena ada elemen tambahan seperti yang dinyatakan. So lepas ni kawan-kawan yang nak sambung belajar ke peringkat Master dan PhD sila pastikan semua ni ada.

Posting ni pun untuk aku jugak sebab untuk peringatkan aku lepas ni. Aku nak sambung sampai PhD sebab aku dah nampak apa yang perlu aku buat, cuma mungkin terpaksa buat 2 PhD..satu dalam bidang Kejuruteraan dan satu lagi bidang Pendidikan dengan menggunakan elemen kejuruteraan yang aku dah buat. Cakap macam mudah je tapi sebenarnya peratus untuk berjaya dalam PhD adalah 10% je. Kalau tak disertakan dengan pengorbanan yang banyak memang kita tergolong dalam golongan 90% yang gagal.

Banyak ilmu yang aku dapat, betul lah sangkaan aku, seronok dapat HLP sekejap je, bila dah kursus baru tau ianya bukan semudah dan segembira yang disangkakan pada awalnya. Walaupun aku ambil mixed mode program dan memang pensyarah cakap ianya mudah dari full research tapi cabarannya pada peringkat PhD nanti, sebab pendedahan untuk PhD amat kurang dalam program mixed mode ni. Sebab tu pihak Bahagian Tajaan buat kursus macam ni kepada semua penerima biasiswa supaya boleh bersedia secara umum dan tak rasa terkejut dengan suasana belajar yang baru.

Banyak jugak yang berkongsi maklumat dan pengalaman sepanjang kami berkursus. Geng-geng berkursus pun dah macam kawan yang dah lama kenal. Seronok bercampur dengan orang baru. Kami pun didedahkan untuk sentiasa berkongsi pelbagai maklumat kepada semua peserta supaya ianya menjadi budaya kami semasa kami sambung belajar. Apa yang paling penting adalah sentiasa baca-baca-baca. Semua penceramah cakap benda yang sama jadi mesti menjadi perkara yang paling penting untuk master dan PhD ni.

Mungkin selepas ni kami akan tubuhkan group facebook, whatsapp dan apa-apa medium yang memudahkan kami berkongsi maklumat walaupun kami berbeza bidang kajian. Kalau dah ada nanti aku akan share jugak dalam blog ni bagi semua boleh dapat maklumat yang kami ada. Sekurang-kurangnya orang lain pun boleh mendapat maklumat. Jangan kedekut ilmu, tu yang paling ditekankan dalam kursus ni. Lagi banyak yang diluahkan dan dikongsi dengan ramai orang lagi banyak kita akan dapat.

Mungkin lepas ni dah ada group yang interaktif boleh la buat sesuatu untuk tesis dan terus kongsi dengan kawan-kawan yang lain untuk dikomen dan ditambah baik. Hanya dengan macam tu kita boleh dapat yang terbaik. Semoga ALLAH  memudahkan kami semua!!

1 ulasan:

Unknown berkata...

Assalamualaikum. Cikgu, saya pun berjaya dpt HLP tapi sy belum hadir kursus sbb saya maybe bersama kumpulan Sabah dan Sarawak.