Sabtu, Mei 02, 2009

Penat + seronok...

Semalam genap sebulan alisya dilahirkan. Bila aku fikir-fikirkan tak sangka sudah ada 2 orang anak. Gembira tak terkira. Letih melayan kerenah 2 orang sekarang tapi seronok betul bila tengok telatah mereka berdua. Marissa suka sangat kalau dapat baring dengan adik dia. Mesti senyum dan keluar suara seronok. Banyak kali aku letakkan Alisya sebelah dia sama je reaksi dia.

Marissa dalam sebulan ni dekat 3 kali demam, panas pulak tu. Aku naik risau jugak. Sehingga blog ni ditulis Marissa masih lagi demam. Tapi dah kebah skit. Tapi memang comel betul kalau tengok telatah Marissa.

Alisya pulak sangat comel kalau dia baru bangun tido dan semasa tengah tido. Muka tak bersalah je. Alhamdulillah kedua-dua anak aku bukan jenis meragam macam anak orang lain asyik menangis je. Anak perempuan memang macam tu kot. Aku tengok banyak budak lelaki jenis melalak tak tentu pasal.

Setakat ini keluarga aku memang dalam keadaan gembira dan sentosa. Memang nikmat mempunyai anak berbeza dengan hidup berdua suami isteri. Aku bersyukur aku dikurniakan anak 2 orang buat masa ini.

Ayu lepas ni mungkin amik perancang supaya tak mengandung buat masa tertentu. Kami rancang paling awal pun 3 tahun lagi baru dapat sorang lagi anak. Harap-harap masa tu Alisya dah boleh bercakap. Boleh Marissa dan Alisya bergilir-gilir jaga adik dia nanti.

Untuk kawan-kawan yang dekat dengan aku maksud aku dok dekat area Ipoh, aku menjemputlah anda-anda semua datang ke kenduri Aqiqah anak aku pada 24 Mei 2009 nanti di alamat No 30, Jalan Tawas Baru 2, Taman Tasek Damai, 30010 Ipoh.

Semoga majlis ini nanti dapat berjalan dengan meriah dan lancar.

Tiada ulasan: