Sabtu, September 21, 2013

Dah lama tak ber blog

Salam semua, hampir 4 tahun aku dah tak berblog. Mungkin lepas ini aku cuba mulakan blog balik. Bukan apa sejak ada facebook dan sebagainya lebih senang untuk berinteraksi berbanding berblog ni.

Boog pulak aka jadi macam diari terbuka aku untuk semua orang tahu apa aktiviti aku.

Pasa saat ini, banyak perkara yang menjadi pengalaman aku dan menjadikan aku lebih dewasa dan lebih berfikir secara rasional. Makin bertambah usia semakin banyak berfikir sebekum bertindak.

Lepas ni aku akan cuba bercerita segala yang berlaku, yang aku fikir, yang aku rasa, ilmu yang aku dapat dan macam macam dalam blog ini.

Aku akan ceritakan sedikit pengalaman aku dari minggu lepas sehingga terkini untuk permulaan pengaktifan blog ini semula.

Semoga blog aku ini menjadi satu medan untuk berkongsi ilmu dan sebagainya. Okla waktu untuk taip blog ni adalah waktu subuh. Aku nak bersolat dulu...bye..

Jumaat, Julai 17, 2009

Alisya yang cerdik dan comel

Anak aku dah masuk 3 bulan 17 hari dah..prestasi dia amat mendadak kerana dah cuba-cuba untuk meniarap. Bersungguh-sungguh dia meniarap tapi tak boleh sebab tangan dia tak pandai nak betulkan lagi. Aku rasa dalam 2-3 hari lagi pandaila Alisya meniarap.

Tadi saje bagi dia meniarap dengan bantuan aku sendiri punya excited dia sampai bising-bising mulut dia. Aku layankan aje dia. Seronok plak memain dengan anak aku yang comel ni. Masa dia tak tau pape lagi macam malas nak layan tapi sekarang dia dapat respon apa yang aku lakukan.

Paling aku suka bila aku main-main pipi dia mesti dia akan senyum...Ya Allah punya sejuk hati aku tengok anak aku senyum..kalau tengah marah pun hilang perasaan marah tu.

Kedua-dua anak aku memang ikut perangai aku masa baby dulu (ikut kata mak abah aku laa)..suka senyum kalau ada orang agah-agah...2@3 tahun lagi aku nak sorang baby lagi. Aku akan cuba capai target keluarga aku seramai 8 orang termasuk aku dan Ayu. Kiranya 6 orang anak. Masa kecik memang susah nak jaga tapi keseronokkan tengok anak membesar memang tak dapat dibayangkan oleh sesiapa yang belum ada anak lagi.

Anak-anak makin besar dan aku pulak semakin tua. Mungkin bila aku sedar masa tu anak aku tetiba dah nak kahwin je. Masa berlalu dengan cepat sedar tak sedar dah 2 tahun lebih aku kahwin. Dah dalam tak sedar aku dah ada 2 orang anak.

Begitu cepat masa berlalu...Marissa dan Alisya pada waktu ini memang seronok untuk dilayan. Marissa dianugerahkan dengan kepandaian memahami apa saja yang aku cakap cuma dia masih belum boleh bercakap je. Apa yang aku cakap memang dia paham sampaikan suruh amik puting adik dia nak hisap pun dia boleh buat. Rezeki Allah bagi anak-anak cerdik dan boleh dengar cakap dan aku berharap semua anak-anak aku menjadi anak yang soleh dan tidak menderhaka kepada kami berdua...Insyaallah....