Pagi-pagi bangun terus teringat tepung yang dah aku uli malam tadi. Rancangannya nak buat roti canai sendiri. Tepung 1/2 kilo dapatla dalam 9 keping roti canai yang besar-besar. Kalau kira-kira patutla mamak roti tu untung. Kuah roti canai tak jadi buat kari jadi masak sardin jela tu pun kira sedap jugak.
Bangun pagi terus cuba untuk menebar roti. Tak tebar pun hanya tarik-tarik bagi dia nipis. Nak tebar pun tak cukup tempat hehehe..macam biasa roti pertama tak jadi hahahaha..pastu dah tau senang je yang kendian-kendian tu jadi plak. Cuma satu je faul...pakai kuali bulat bukan yang leper hehehe mana ada yang leper. Sebelum ni dok cari kat kedai tak jual plak hehehe....
Roti yang berjaya digoreng sebanyak 6 lagi 3 simpan tak tau bila nak masaknya hehe..tu pun jenuh nak makan pasal tawar skit. Aku makan je dah 3 keping. Masuk yang ke 3 dah pening-pening makan.
Tetiba ayu tanya camne nak buat capati plak. Huh nak kena cari resepi capati pulak lepas ni tapi kena buat kari laaa takkan dengan sardin lagi kot dan kena beli kuali leper kalau tak susah nak masak capati hehehe..
Papehal pun hari ni hari cuti esok patut cuti tapi ayu keje plak nak buat camne yang penting hati gembira. Hari ni tak tau lagi rancangan nak kemana-mana. Duit pun dah sengkek gaji awal sangat hutang pun banyak lepas bayar hutang terus tak tau kemana duit tu hehehe...
Papehal pun sekarang ni kena jimat dengan apa saja yang nak beli. Kalau tak berjimat memang teruklaa. Gaji lambat lagi jadi memang kena berjimat cermat walauapapun aktiviti yang nak dilakukan. Dah tak tau la nak celoteh apa lagi papehal pun " SEMOGA HIDUP BERJALAN DENGAN SEMPURNA"
Ahad, Disember 28, 2008
Menu pepagi ahad "ROTI CANAI" sendiri buat..
Ahad, Disember 21, 2008
At last...kerja aku masa cuti selesai
Seronok..gembira..letih...pening semua ada. Akhirnya aku berjaya menyiapkan tanda kertas SPM. Letih nak mampus tapi memikirkan ganjaran yang akan dapat ku kuatkan semangat jugak hehehe..(mata duitan).
Hari ni dok rumah dari pagi sampai la malam. Keluar pun pagi tadi beli roti canai pastu sampai malam tak keluar rumah. Hari ni terpaksa tidak menghadirkan diri ke kenduri kahwin sedara Ayu sebab nak buat keje-keje aku yang malam ni baru selesai.
Esok dah mesyuarat jadi macam mana pun malam ni jugak aku kena siapkan segala kerja yang patut siap. Tahun pertama menanda memang masalah skit. Tahun depan aku rasa dah mudah skit pasal ada pengalaman (kalau aku menanda lagi..kot-kot ketua aku tak mau amik aku lagi nak buat camne hehehe). Tapi takpe dah rasa sekali tu kira ok laa ada pengalaman yang boleh aku gunakan untuk mengajar anak-anak murid aku lepas ni. Takdela kalau-kalau lagi macam 2 tahun kebelakangan ni. Cerita dengan budak beria je tapi tak tau camne nak marking dengan betul.
Lepas ni bebudak confident la skit nak bagi aku mengajar diorang. Tahun 2010 aku mengajar MPV plak. Cukup 3 tahun nak try mintak GURU CEMERLANG MPV plak. Mana tak kot-kot ada rezeki aku dan keluarga. Bukan duit jadi masalah tapi gelaran tu membuatkan anak murid hormati dan rasa yakin untuk menerima ilmu dari aku. Walaupun bukan subjek akademik tapi sekurang-kurangnya nanti diorang keluar ada skil dan boleh terus kerja. Dah menjana modal insan jugak kiranya.
Minggu lepas krismas ada mesyuarat guru plak. Aku kena bentangkan topik disiplin sekolah. Jenuh jugak pasal apa benda pun tak prepare lagi. Kena bincang dengan beberapa orang guru plak tu yang bertambah masalah lagi. Takpela aku usahakan jugak untuk buat beberapa draf lepas habis kerja menanda kertas SPM ni.
Jap lagi dah nak tido mesti termimpi-mimpi pasal esok kena berhadapan dengan KPB risau aku punya keje diorang kritik. Aku dah tanda banyak baru perasan beberapa kesalahan tapi nak mencari balik jenuh tak tau yang mana satu.
Nasibla kalau orang tak puas hati dengan keje aku tahun depan takde peluang lagi la nampaknya. Janji ada pengalaman tu yang paling baik untuk aku. Apa-apahal pun tinggal lagi 3 hari untuk aku.....

"MERDEKA...MERDEKA..MERDEKA..."
Langgan:
Catatan (Atom)