Memaparkan catatan dengan label Aktiviti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti. Papar semua catatan

Jumaat, November 22, 2013

Mudahnya kumpul pahala

Kenapa mudahnya dapat pahala, ini adalah perkongsian dari penceramah untuk kursus persediaan HLP aku hari ni. Seorang pemegang dokterat PhD tapi tak pernah makan diluar walaupun mampu untuk makan diluar hanya memasak untuk 9 orang anak dan seorang suami. Memegang kata pesan mak beliau, walau apapun terjadi kena masak dirumah apabila semua ahli keluarga ada dirumah.

Beliau berkongsi, bila suami habis makan, langsung tak benarkan suami basuh pinggan kerana dia minta tugasnya sebagai isteri mendapat pahala dengan membantu suami sebagai bekalan di akhirat nanti. Ada betulnya dia cakap, selagi kita menganggap apa yang dilakukan untuk suami / isteri sebagai satu sedekah, maka ianya menjadi satu pahala untuk kita. Beliau siap share minta dalam hati agar suami yang balik kerja campak je stokin ke baju ke merata-rata tempat supaya dapat dikutipnya sendiri dan dengan harapan suami redha dan anggap ia pertolongan dari isteri menguruskan hidup si suami.

Berbalik kepada tajuk diatas, aku pun terfikir apa yang boleh buat isteri aku gembira, dahla hari ni dia punya birthday, aku plak dengan ada kursus balik pun dah lambat, jadi aku dok pikir beli kek la kat secret recipe. Aku pun beli lepas ambik anak-anak kat pusat jagaan. Suruh anak-anak pilih kek, siap rancang dengan anak-anak camne nak surprise mama diorang. Seronok jugak dengar cadangan anak-anak, baru terasa diorang dah ada idea. Kak yong siap cadangkan nyorok kat dalam rumah lepas tu kalau mama balik je terus jerit "mama ada kejutan" hehehe..

Anak-anak siap berlatih menyanyi lagi macam diorang buat kat sekolah, lawak pun ada hehe..anak-anak aku memang kreatif jugak mungkin dapat idea dari teacher kat sekolah diorang. Bagus jugak bagi diorang masuk tadika awal, otak bergeliga dalam beri idea yang buat diorang gembira. Bagi aku bila isteri aku dapat tersenyum sebab sambut birthday dia pun dah cukup seronok. Yela bukan senang jadi isteri ni macam-macam kena fikir dan buat.

Malam ni aku bawak isteri dan anak-anak makan malam kononya nak makan kat restoran malaysia raya rupanya dah tutup. Kedai yang terbaik dah tutup, lepas ni nak kena cari kedai makan yang best yang lain plak..yang penting aku dapat gembirakan diorang semua so terpaksalah makan kat Taman Kanak-Kanak Ipoh, dekat dengan gerbang malam, makan kat situ pun ok jugak janji kenyang hehe tu untung ada isteri dan anak-anak.

Teringat kisah salah seorang kawan yang menyertai kursus HLP bersama, dia sembang hampir kehilangan seorang isteri yang koma selama 3 bulan kerana menghidapi penyakit denggi berdarah. Bayangkan dalam masa 3 bulan terpaksa menguruskan anak-anak dan rumah yang sebelum ini hanya isteri dia yang uruskan walaupun isteri dia pun bekerja. Doktor siap maklumkan kepada ahli keluarga untuk bersiap-siap kerana tiada harapan untuk meneruskan hidup. Harapan untuk hidup memang sangat tipis. Aku sendiri bertanya macam mana tetiba boleh selamat, dia cakap beberapa hari dia buat bacaan yassin, solat hajat bersama pelajar tahfiz dan macam-macam lagi. Memanglah kalau bukan ajal kita Allah akan biarkan kita sembuh, jadi nak jadi cerita sehari selepas doktor maklumkan bahawa isteri dia takde harapan nak hidup, kuasa Allah semua mesin berfungsi dan terus membantu untuk isteri dia sembuh. Selepas 2 minggu isteri dia pulih tapi masih tak dapat kawal diri dari segi kawalan otot. Tu cerita dia 2 tahun lepas. Kalau jadi kat aku, pilihan antara hidup dan mati mesti aku tak tenteram dan mesti semua benda tak jadi.

Nak tambah lagi 2 tahun sebelum isteri dia koma, ibu dia meninggal disebabkan dilanggar lari, ibu dia selepas kena langgar memang takde apa luka dan kecederaan serius siap boleh maklumkan orang ramai mana rumah dia dan mintak orang panggil dia. Mak dia dibawa naik ambulans dan doktor scan tiada kecederaan. Tetapi tiba-tiba mak dia nazak, rupa-rupanya mak dia masa kemalangan tu kena gilis bahagian perut dan doktor kesan pundi kencing mak dia dah pecah, dan tak lama lepas tu selepas mak dia mengucap kalimah syahadah banyak kali terus meninggal didepan dia sendiri. Kalau aku la tak tau camne dan apa yang aku akan buat.

Nak tambah lagi, 2 tahun sebelum mak dia meninggal, bapak dia meninggal selepas beri salam pada jemaah surau kat area rumah sebelum nak solat. Tetiba bapak dia rebah dan terus meninggal. Ya Allah bila aku dengar cerita dia terus aku pikir memang kita patut hargai orang yang kita sayang selagi diorang masih berada disekeliling kita. Bila kita dah kehilangan diorang baru kita rasa sesak.

Berbalik semula kepada tajuk, kita nak dapat banyak pahala senang sangat, gembirakan orang sekeliling kita terutamanya keluarga kita. Setiap yang kita lakukan untuk menggembirakan diorang Allah akan balas kat tempat lain. Jadi percayalah what goes aroung comes around..

Khamis, November 14, 2013

Makan..makan..makan..

Hari ni hari ke dua meeting di Hotel Sri Petaling. Memang letih..letih makan. Belum sempat makanan yang sebelumnya hadam dah makan lagi. Risau badan naik gegila hehhe..balik Ipoh nanti benda pertama yang perlu dicari adalah penimbang.

Pagi ni ada nasi lemak la plak, lepas tu ada kentang wedges, karipap dan awas-awas yang lain. Memang kena selera la nampaknya. Tapi kena beringat jugak, badan dah tak terkawal gemuknya. Nak kena turunkan balik seksa bebeno..

Makanan kat sini okla tapi belum jadi yang terbaik lagi mungkin pasal menu terhad kot. Yela ramai sebab ada meeting oleh beberapa badan kerajaan je kat sini. Sedap memang sedap cuma menu kurang je.

Ahad ni sambung kursus MAKAN selama dua minggu, camne nak kurus ni. Benda dah depan mata memang kena rasa. Konon nak rasa skit tapi sikit sikit menjadi bukit. Macam banyak benda nak settle lepas ni. Insurans klien yang pending 5 kes yang kena jugak settle secepat mungkin. Kalau tak susah la kalau jadi oape kat klien.

Hujung tahun ni sangat sibuk yang tak disangka-sangka tapi semua tu adalah pengorbanan yang perlu diberi untuk mendapatkan yang terbaik. Kesian jugak kat isteri dan anak-anak tersayang kena tinggal. Tapi kena jugak sekali sekala tinggalkan baru rasa sayang tu bertambah. Lepas ni sambung mesyuarat plak, memang terbaik, masa sekejap je berlalu. Yang siap keje hanya ciput tengok-tengok dah habis banyak masa..

Rabu, November 13, 2013

Taklimat HLP & CBBPTB 2014

Semalam aku kena hadirkan diri untuk sesi penyerahan surat tawaran HLP & CBBPTB 2014. Memang terasa seronok sangat sebab yang memohon lebih dari 3000 orang yang dapat hanya 390 orang je..tu pun yang hadir semalam hanya 319 orang, yang lain tu mungkin menolak. Rasanya yang menolak tu mungkin ramai dari CBBPTB kot. Yela dapat cuti belajar je tak dapat biasiswa.

Taklimat pertama je dah cerita tentang pecah kontrak. Kalau langgar kontrak lepas dapat tajaan dari KPM nak bayar tu memang pengsan setahun hehe.. Tapi bagi aku dah kita tak buat salah buatpe nak risau. Jaga je diri sampai habis kontrak mesti ok..master plak kontrak 4 tahun. Kalau lanngar kontrak maunye kena bayo RM100,000. Ada duit?

Sembang-sembang dengan kawan-kawan yang dapat HLP seronok sebab masing-masing cerita pengalaman masa interview hari tu. Kebanyakannya memang semua jawab dengan cara yang terbaik. Kami siap sembang kalau kita kumpulkan semua cerita boleh buat buku lagi hehehe..

Selepas majlis penyerahan surat tawaran secara simbolik kepada 14 orang wakil bagi setiap jenis tawaran kami mengambil sendiri surat tawaran di kaunter. Selepas tu semuanya bergambar macam konvokesyen la plak heheh punya seronok..yela bukan senang nak dapat walaupun rasa macam mudah. Banyak pengorbanan kena buat untuk dapatkan HLP ni. Yang penting kalau nak kena usaha.

Banyak jugak info yang berguna untuk panduan kami semua,tapi akan disambung pada kursus 2 minggu kat pusat latihan masing-masing. Aku kena pi Pusat Latihan UiTM Kg Gajah dari 17/11 - 29/11. Lepas tu kena pandai -pandailah nak survive. Yang PhD lagila 3 minggu..tapi memangla pengalaman macam ni bukan semua orang dapat. Lepas ni jadi student balik lagi mencabar. Aku target untuk dapatkan Gold Medal, insyaallah..

Selasa, November 05, 2013

Kena pi kursus HLP...

Minggu lepas keputusan HLP dan CBBPTB dah keluar 31 hb yang lepas. Keputusannya aku lulus dan dapat HLP untuk sambung MASTER di IPTA sahaja dengan Mod Campuran (Akademik dan Projek).

Bukan senang kalau nak sambung belajar Sarjana Kejuruteraan kalau ambil separuh masa. Allah beri peluang untuk aku sambung. So keputusannya minggu cuti sekolah untuk dua minggu yang pertama aku kena menghadiri kursus dari 17hb sampai 29 hb. Perancangan untuk bercuti bersama anak-anak terpaksa ditangguhkan ke pertengahan bulan 12 nanti sehari selepas aku habis mesyuarat tanda kertas SPM Sains pulak.

Apa yang nak share pada kali ini adalah aku kena pi kursus dua minggu dan sedikit kenangan sebelum aku pi  temuduga yang aku hadiri dulu. Ada beberapa faktor yang aku fikirkan punca kenapa aku dapat HLP ni. Pada pendapat aku sahajalah apa-apahal pun benda ni merupakan rezeki, kalau ianya bukan untuk aku memang tak dapat pun.

Kita sembang pasal kursus HLP dulu, dalam surat panggilan kursus, aku kena hadiri selama dua minggu. Tempat tinggal dan makan minum diberi secara percuma. Hari pendaftaran hari Ahad, memang terbaik!! Yang bestnye aku kena hadir ke kursus di Pusat Latihan UiTM di Batu Gajah. Rezeki lagi memang dekat dengan rumah. Kalau dia suruh tinggal kat sana malam balik la rumah kecuali kalau program habis sampai tengah malam, harap-harap tak la hehehe..

Pada fikiran aku mesti kursusnya di buat sehingga malam sebab dengar-dengar dan baca entri blog lain kursus tu sebulan tapi time aku jadi dua minggu mesti dia akan buat sampai malam. Sesiapa yang dari jauh kalau pi Batu Gajah memang takde ke mana la, kecuali diorang berjalan kat Ipoh. Harap-harap bebas la dari program malam sebab boleh balik rumah hehehe..

Mengimbau kenangan sebelum temuduga hari tu, aku dah bersedia sebelum isi borang permohonan lagi, mana taknye nak try minta kejuruteraan elektrik kuasa tapi tak disenaraikan dalam pemilihan kos yang ditawarkan, yang ada elektrik elektronik sahaja. Melilau cari no telefon Bahagian Tajaan KPM dan tanya macam mana nak apply dan nak tanya apa projek yang boleh aku buat.

Lepas dapat call dan bertanya kepada Bahagian Tajaan tentang tesis yang perlu aku buat, pegawai yang dapat aku bercakap tu cadangkan semua proposal mesti melibatkan pengajaran dan pembelajaran sahaja untuk diterima. Memang otak sangkutla nak kaitkan kejuruteraan elektronik dengan sekolah, nak pulak sekolah menengah biasa sahaja. Dalam keadaan aku tak tau nak buat projek apa apply dengan hati yang kering, lepas isi borang aku terus cuba cari pensyarah yang boleh membantu di USM. Sebab pemilihan USM sebagai tempat aku nak sambung belajar ialah kerana ianya dekat dan kalau dapat sambung belajar nanti sekejap sahaja boleh tetapkan temujanji untuk berbincang dengan pensyarah.

Minggu cuti sekolah terus aku pi jumpa pensyarah dan bertanya tentang projek yang boleh dibuat bersama dengan dia. Alhamdulillah pada mulanya aku langsung tak dapat nak pikir projek apa tapi selepas jumpa dia aku dapat idea untuk kaitkan P&P terus aku terfikir tentang subjek REKACIPTA yang memang ada tajuk elektronik dan ianya boleh dinaiktarafkan kepada sistem elektronik yang lebih berkesan di dalam P&P.

Memang sepanjang masa selepas memohon secara online sehingga aku periksa keputusan temuduga, aku tak ada idea nak mulakan kertas cadangan yang boleh dihantar untuk temuduga. Yang terbaik dalam masa aku nak sediakan kertas cadangan projek masa tu pulak sibuk dengan latihan PSKPP, dan benda-benda lain yang aku sendiri pun dah tak ingat. Kalau dikirakan aku hanya ada 2 hari yang lengkap sahaja sempat aku nak siapkan kertas cadangan tu. Sempat lagi sehari sebelum aku nak pi temuduga aku ubah suai sedikit isi kandungan yang aku rasa dapat membantu menguatkan lagi kertas cadangan tu.

Malam sebelum temuduga aku terpaksa memandu sendiri ke Kuala Lumpur sebab kena ambil anak-anak dulu sebelum balik ke KL. Nak naik bas tak tentu pukul berapa baru sampai. Hari temuduga tu pun terpaksa ambil CRK kerana tak dapat cuti tanpa rekod. Malam tu baca balik kertas cadangan dan terasa macam apa je. Dahla nipis je ada la dalam 9 muka surat tu pun selepas aku ubah-ubah bagi banyak. Memang banyak kelemahan pada proposal. Tapi hati dok pujuk, boleh la dari takde hehehe..

Hari temuduga tu memang aku kecut perut, nak plak sampai pukul 7.30 lebih kurang daftar nama dapat giliran ke empat, kira ada orang yang awal datang dari aku, senarai nama beberapa orang je lelaki, yang lain semua perempuan. Masa temuduga yang paling syok sebab pada mulanya aku gagap sebab suruh bercakap dalam bahasa inggeris, boleh la cakap tapi dalam keadaan tertekan habis keras lidah.

Bila disuruh bercerita tentang proposal terus aku bantai bahasa melayu, sampai tak sempat diorang nak tanya apa-apa sebab memang macam bertih jagung aku cakap huahuahua...


Jadi semua tu rezeki nak cerita lelebih pun banyak dah lupa cuma yang penting nak berkongsi tentang beberapa TIPS yang mungkin kawan-kawan lain boleh ambil sebagai satu cara yang menguatkan lagi korang dapatkan HLP ini.

TIPS-TIPS

  1. Borang permohonan dilengkap seawal yang boleh dan diposkan ke bahagian tajaan segera. Kalau boleh 3 atau 4 hari sebelum tarikh tamat. Ataupun buat macam aku, hantar pada hari tarikh tutup secara by hand dan dapatkan cop pengesahan terima (ini kos sikit, rezeki aku masa ni tak perlu ambil cuti sebab memang cuti sekolah)
  2. Pastikan semua checklist yang perlu dilengkapkan mesti telah disiapkan dan ditanda sebelum hantar ke bahagian tajaan.
  3. Borang tu pastikan korang tidak tinggalkan apa-apa maklumat kosong bagi elakkan korang ditolak bulat-bulat semasa permohonan.
  4. Kalau korang berjaya untuk temuduga, pastikan korang buat beberapa perkara dibawah
    1. Proposal mesti kaitkan dengan P&P walau apa cara pun sekali.
    2. Proposal mesti kaitkan dengan perkembangan pelajar setelah anda siapkan projek
    3. Proposal mesti untuk menaik taraf sub topik atau keseluruhan topik dalam mana-mana subjek.
  5. Cari pensyarah yang boleh membantu selepas korang buat permohonan untuk dijadikan sebagai reference dan memang ianya membantu aku semasa temuduga hari tu.
  6. Bincang dengan pensyarah yang boleh membantu supaya bila temuduga boleh maklumkan korang memang dah berbincang tentang projek yang boleh digunakan kepada penemuduga.
  7. Semasa temuduga pastikan  korang dah siapkan proposal sebanyak empat set, rasionalnya ada masanya penemuduga ada seramai tiga orang, maka kena bagi sorang satu, manakala satu lagi untuk korang pegang agar kalau diorang bertanya boleh terus rujuk dan terangkan. (Masa aku hari tu nasib baik dua orang saje, so aku bawak masuk tiga sahaja)
  8. Sepanjang masa temuduga pastikan korang terangkan apa yang dia nak dan ceritakan asas kenapa korang mahu buat proposal ni tanpa rasa gagap dan gugup (kalau gagap dan gugup mesti korang tak paham apa projek yang korang nak buat)
  9. Terangkan kepada temuduga macam mana korang dapat idea untuk buat projek ini dari P&P yang korang kaji (konon-konon la kaji, tapi memang aku kaji skit hehehe)
  10. Bercakap dan terangkan sampai diorang tak tau nak tanya apa. (Rezeki aku memang diorang tak tanya pape sebab aku terangkan agak detail sampai hampir nak cerita tentang programming hehehe)
  11. Yang paling penting buat rileks sahaja sebab kadang-kadang diorang bukan paham pun cuma diorang nak dengar kita menaiktarafkan P&P yang ada. (maklumat ni pun pegawai dari Bahagian Tajaan yang mintak aku buat sebab sembang dalam telefon dalam 15 minit untuk penerangan)
  12. Jangan dengar proposal dari rakan-rakan temuduga yang lain sebab buat tambah nervous je baik korang sembang dengan diorang tentang sekolah ke, budak-budak sekolah ke yang takde kena mengena dengan proposal.
  13. Proposal tak perlu tebal sebab diorang tak sempat baca pun pasal masa yang diberi 15 minit seorang je kalau lama nanti yang belakang-belakang akan balik lambat sebab ramai sekali. Cukup sekadar info-info penting yang korang rasa perlu ada dalam proposal dan jangan sampai melalut.
  14. Berdoalah sepanjang masa dan mengharapkan yang terbaik dari ALLAH.
Kalau sesiapa yang nak minta idea atau pendapat aku yang tak seberapa boleh la call @ SMS di 012-5919015. Kalau tak dapat call SMS je dulu dan bagitau la nama sebab kalau takde nama malas skit nak layan hehehe.. papehal semoga Allah permudahkan perjalanan aku sebagai PELAJAR universiti lepas ni dan aku berharap nak dapatkan GOLD MEDAL kali ini. Jeles tengok orang lain dapat kita tengok je sebab masa Degree dulu malas hehehe!!!

Khamis, September 26, 2013

Membuat tart sendiri

Dah berapa hari takde post apa-apa kat blog ni..so saje melayan membako kuih tart cheese blueberry dan coklat (seperti dalam gambo).

Teringat 4 tahun dulu macam mana boleh terjebak dengan bidang bakeri ni. Lawak pun ada sebab minat tu ada tapi sebab isteri tak minat malas nak bising-bising.

Punca mula-mula terjebak ni sebab Ayu, diajak kawan-kawan kilang dia join satu kelas butter cupcake kat kolej komuniti. Dah kata kawan-kawan yang ajak tak sampai hati nak menolak. Bayaran pun murah sangat. Balik kelas tu poyo-poyo postkan kat dalam facebook sape nak order. Sekali tu ada jugak yang nak hehee..

Kek banyak-banyak yang dapat dari kelas tu aku bawak ke sekolah sebab takde sape nak makan, lepas tu ada plak kawan sorang order untuk kenduri akikah, apa lagi keknya dalam 100 biji je terus beli satu oven yang dah pakai sampai sekarang.

Lepas tu belajo buat coklat plak, mula dari situla macam-macam Ayu blajo, tapi yang terbaiknya, dia yang blajo aku yang buat pelik hahaha...malah lebih hebat lagi hahaha...

Sampailah sekarang, kami ada banyak resepi sampai resepi meletup kami sampai sekarang tak putus-putus orang order hasil ubah suai aku terhadap resepi asal, jangan memain aku dahla cikgu disiplin mengajar pendawaian, kat rumah hati bunga bako kek hahaha, anak murid aku semua tau aku boleh bakeri so diorang pun tak heran pun.

Itula kisah satu masa dulu...banyak kenangan..

Ahad, September 22, 2013

Temuduga Hadiah Latihan Persekutuan (HLP)

Hari ini terasa ingin berkongsi dengan semua tentang temuduga HLP yang telah aku lalui hari Rabu yang lepas. Persediaan yang aku lakukn memang minimum disebabkan oleh kekangan masa. Dalam masa aku nak bersedia untuk temuduga, masa yang sama juga ada aktiviti lain.

Kita bercerita tentang HLP ajela kang melalut plak.

Aku menyiapkan kertas cadangan yang terakhir pada hari Selasa dan bersiap segala dokumen yang perlu dibawa seperti yang diperlukan dalam surat panggilan temuduga. Nasib baik sepanjang hari takde kes disiplin atau kes-kes lain, kalau tak memang kelam kabut aku nak selesaikan.

Aku bertolak balik ke rumah mak abah di SELAYANG pukul 8.30 malam, bawak biasa biasa je sampai pukul 10.30 malam terus ajak mak abah aku pi makan, kesian diorang tunggu aku sampai kelaparan. Lepas makan malam balik rumah, kononnya nak study pape yang patut, tapi sebab dah lama tak balik rumah mak abah, menyembang sampai tengah malam, dah ngantuk sangat tidola sebab temuduga pukul 8.30 pagi kena bertolak paling lambat pukul 6.30 pagi.

Pagi esoknya dah bangun awal tapi rasa mengantuk lagi lepas azan subuh baru bangun terus mandi dan siap siap solat bagai. Pukul 6.30 pagi bertolak dengan mak dan abah. Sepanjang perjalanan tu sembang je bukan nak membaca pape..huhu..

Sampai di Cyberjaya, pejabat KPM Bahagian Tajaan dalam pukul 7.45 pagi sebab jalan agak sesak. Terus salam mak abah dan masuk daftar nama. Masa ni belum ramai lagi, tapi dah rasa kecut perut dah skit skit. Pendaftaran hanya perlu tandatangan dan tuliskan giliran kehadiran. Aku dapat giliran yang ke 4. Sebelum aku ada 3 orang dah sampai dahulu semuanya perempuan. Senarai nama tu ramai ada beberapa je lelaki untuk kejuruteraan.

Aku pun masuk ke dewan menunggu, tengok dah ada beberapa orang dah menunggu siap membaca macam-macam. Tak boleh jadi ni mesti rasa nak terkucil, memang ye pun terus pi tandas ambik port. Masa ni jangan cakapla hilang selera makan weh..

Pihak BTKPM sediakan sebungkus roti dan air minuman untuk semua calon, aku lalu minum je tu pun susah sangat nak telan. Menunggu dalam dewan tu memang menjadikan hati tak keruan. Wakil BTKPM bagi makluman lepas ada sedikit bacaan doa dan ayat ayat alquran, dia memaklumkan bahawa sesi kami adalah yang terakhir jadi cikgu cikgu tak perlu takut, gelabah dan sebagainya. Eleh diorang yang seronok sebab dah habis keje..kami ni huru hara dalam hati hehehe...

Lepas tu nama-nama dipanggil untuk masuk ke bilik temuduga. Ada 5 bilik semuanya, aku bilik yang ke 3, bila tanya orang lain yang bilik 3 semuanya kejuruteraan. Sambil menunggu tu sembang dengan calon lain bagi hilang menggeletar.

Nama aku pun dipanggil, rupanya kena tunggu depan bilik temuduga sebab calon sebelum tu masih ada kat dalam lagi. Lama sungguh aku menunggu sampai calon bilik-bilik lain dah dua orang masuk, aku masih tak tengok pun calon sebelum aku keluar. Hati lagi gundah gulana, ntah apa yang ditanya sampai tak keluar-keluar. Dekat 15 minit lepas tu aku pun terdengar pintu bilik dibuka, semangat ni, tup tap tengok calon yang keluar perempuan, mata merah pastu cakap saya rasa nak nangis ni. Waduh waduh..boleh pengsan aku nanti..

Aku tanya dia tanya apa je, dah tak terkata dia, cuma sempat cakap dia ambil kejuruteraan awam lepas tu dia cakap kena sound pasal kenapa tukar course ke awam. Memang menggerunkan hati aku, dah memang baca macam-macam la aku. Tunggu kat luar lagi dalam 5 minit pasal tunggu loceng berbunyi tanda dibenarkan masuk. Aku dah tak boleh duduk dah, jiran sebelah siap masuk dan dah keluar aku masih lagi kat luar bilik menunggu. Memang mencabar iman aku weh.

Tiba-tiba "ting", masa untuk aku beraksi. Ketuk pintu 3 kali lepas tu buka pintu ternampak dua panel, bagi ucapan selamat pagi dan salam kepada panel. Aku terus serahkan fail dan kertas cadangan aku. Menggelabah jugakla aku, minta kebenaran untuk duduk dan dia benarkan.

Soalan pertama.

Introduce your self in English and tell us all about your work experience.

Pergh....kantoi pepagi nak cakap bahasa omputih, aku pun bergebangla dalam bahasa omputih, malu nak taip bahasa hampeh, tapi masa cakap tu aku bagitaula aku ni ada sorang isteri dan tiga orang anak, boleh panel tu tanya "only one wife?", aku pun terkejut jugak dia dah sengeh sengeh kat aku, aku pun nak tergelak pun ada siap balas lagi "one is enough sir" hehhee..

Lepas aku dah tergagap-gagap nak cakap omputih sebab tak tau nak cakap apa dia terus tanya kat aku soalan ke dua?

Soalan Kedua

Tell us what is you kertas cadangan and explain?

Masa ni aku dah tak kira aku bantai Bahasa Melayu terus, kalau tak tentu aku tergagap sampai ke sudah, nak memikirkan grammar lagi, words dan sebagainya.

Aku terus terangkan apa aku nak buat dengan kertas cadangan aku. Memang cerita sepenuhnya untuk digunakan di dalam P&P dan membantu pelajar dalam meningkatkan prestasi akademik bagai..memang macam peluru aku cakap tak berhenti, terpaksa plak panel mencelah sebab takut tak dapat tanya soalan lain tentang aku punya kertas cadangan.

Memang sepanjang aku bercakap terus kepada kaedah yang aku boleh terapkan dalam P&P menggunakan kejuruteraan elektronik yang bakal aku belajar nanti. Yang menariknya tiada soalan-soalan pembunuh tentang proposal aku sebab mungkin itu yang dia nak, proposal terus menerus ke P&P dan cara kita nak terapkan.

Aku pun sembanglah tentang aku adalah salah seorang guru pembimbing Robotik sekolah dan murid kami pernah ke peringkat antarabangsa untuk bertanding. Bagitau pada panel asas yang ada pada projek aku ni dah dilakukan di sekolah cuma hanya melibatkan pelajar tertentu dan kosnya terlalu mahal untuk pelajar. Proposal aku ini lebih murah dan lebih berguna malah ianya boleh digunakan kepada lebih ramai pelajar.

Soalan ketiga

Terangkan apa sumbangan anda, tak kira di sekolah, masyarakat, dan sebagainya/

Masa ni lagi gelabah, banyak sumbangan tapi terkeluar skit je sebab otak dah jem sembang pasal proposal je yang ambil masa agak lama.

Masa ni kena tegur, cikgu banya sumbangan tetapi tiada bukti cikgu yang mengatakan itu sumbangan cikgu, ahh sudah, memang pun sebab segala sijil yang aku ada semuanya kat sekolah dan jawatan-jawatan aku kat sekolah aku tak bawak plak takwim pun tertinggal. (so kalau sesapa nak pi interview lain kali bawak je segala bapak sijil dia nak tengok ke tak lantak le)

Soalan keempat

Kalau cikgu dapat HLP di mana cikgu nak sambung belajar?

Aku dengan spontan menjawab, USM Transkerian. Panel tu pun masa ni dah santai sebab dah habis tanya pasal proposal yang mungkin bagi dia tu yang paling penting, Dia tanya, USM dekat Perak tu ke? Aku jawab bukan, USM tu dekat sempadan Pulau Pinang dan Perak tapi memang dah masuk Pulau Pinang. Lagipun saya dah berjumpa dengan pensyarah di sana untuk program Master saya ini dan semua ini pun idea dari dia untuk saya gunakan nanti.

Panel bertanya lagi, siapa nama pensyarah tu? Aku pun ingat-ingat lupa tapi nasib baik kat kertas cadangan tu aku letak nama dia dan pada aku ada satu lagi kertas cadangan. Terus aku tengok nama pensyarah tu dan dalam masa yang sama panel pun periksa semula namanya.

Soalan kelima

Kalau cikgu tak dapat HLP ni macam mana?

Aku pun terus menjawab, "Kalau saya tak dapat HLP ini saya mohon supaya cuti belajar saya diluluskan walaupun saya tahu saya kena bayar semua  perbelanjaan. Saya mungkin susah skit tapi yang penting saya dapat belajar. Saya berharap cuti belajar saya diluluskan itu sahaja." Masa tu panel senyum kambing kat aku (Ohh adakah berita baik untuk aku)..

Sesi temuduga tamat

Memang rasa sekejap je masa dalam bilik interview tu, yang kat luar tak taula janji aku lepas. Pengalaman ini memang aku tak dapat lupakan malah aku rasa kepuasan yang maksimum macam baru lepas mengajar satu kelas yang susah nak diajar dan semuanya paham..hahhaa


Jadi Tips untuk sesiapa yang akan cuba untuk temuduga HLP KPM.


1. Sediakan kertas cadangan sekurang-kurangnya 3 salinan
    ( 2 untuk panel 1 untuk kita pegang masa temuduga)

2. Pastikan segala sijil yang berkaitan atau tidak berkaitan dibawa masuk tetapi letakkan di dalam fail yang
    lain (maknanya kena bawak 2 fail, 1 fail untuk dokumen yang diperlukan seperti dalam surat panggilan
    dan 1 fail untuk segala sijil)

3. Pastikan ada faham sepenuhnya kertas cadangan anda dan mesti cuba kaitkan dengan P&P
    (benda ni pun aku tau pasal aku call Bahagian Tajaan sebelum aku isi borang)

4. Jangan Berhenti bercakap semasa tengah ditemuduga (maknanya jangan bagi dia tanya soalan lain)

5. Bacalah apa-apa doa sebelum masuk ke dalam bilik temuduga.

6. Penampilan kena jaga jangan nampak serabut sangat.


Jadi itulah saje apa yang aku boleh coretkan, tengah teringat-ingat jadi boleh la share. Kalau dah lama-lama nanti lupa. Aku juga berharap aku akan dapat HLP ni sebab kalau tak dapat mesti aku sedih sangat-sangat ehehheheh. Sama-samlah berdoa...

Sabtu, September 21, 2013

Bersantai bersama anak anak dan isteri

Petang ni saje lepak lepak dengan keluarga kat Padang Polo Ipoh. Sekarang dah jadi rutin hujung minggu mesti melepak dengan diorang. Bukan senang nak bersama sama main lari lari.

Sempat jugak beli layang layang tapi apakan daya angin takde dan tali layang layang pendek jadi tak dapatla terbang tinggi...

Esok tak tau lagi nak ke sini atau tau..

Kursus FROG VLE

Pagi ni kena datang ke sekolah untuk kursus frog..memang terbaik untuk semua cikgu-cikgu..orang lain belajo aku ambik gambo hehehe..

Banyak jugak info yang boleh digunakan dan lebih kepada penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kalau ianya digunakan secara wajib mesti jimat kertas (kot). Sama-samalah kita tengok kebaikan dan kelebihan yang ada dengan sistem ini.

Ahad, Jun 21, 2009

Hadiah Hari Bapa 2009

Hari ini hari bapa dan untuk pengetahuan semua aku tak tau plak hari ini hari BAPA pasal aku ingat dah lepas hehehe...tapi ia tetap hari-hari yang biasa bagi aku.

Hadiah hari bapa tahun ini aku cukup puas hati dengan perkembangan anak sulung aku Marissa sebab gigi dia tumbuh lagi hehehe..lepas ni banyak lagi gigi akan tumbuh dan tak lama lagi dia boleh bercakap.

Harap-harap rahun depan dia dah boleh bercakap tak kisahla pelat tapi boleh sembang-sembang dengan dia. Sekarang pun dia anak yang paham apa yang kita cakapkan cuma kadang-kadang dia ikut hati dia je nak dengar atau tak.

Bijak memang bijak tapi kena kawal takut jadi anak yang tak dengar cakap. Mendidik anak bukan mudah. Ramai yang kecundang sebab salah didik. Tu la yang aku hadapi kat sekolah ibu bapa gagal didik anak dengan baik. Semua serah kat cikgu-cikgu kat sekolah. Kita rotan anak dia panggil orang politik sana orang politik sini. Tau dia je yang betul.

Kali ini tiada gambar hanya nukilan biasa sebelum aku nak tidur malam ni. Esok dah keje macam biasa. Keje banyak sampai tak terbuat. Apa keje cikgu... jangan anggap cikgu dok goyang kaki je kat rumah lepas keje.

Hujung minggu ni aku akan pi ke Pengkalan Hulu bawak budak 3 hari 2 malam ada Pertandingan Robotik. Harap-harap menangla dapat aku pi Korea walaupun sekarang tengah kecoh pasal H1N1 aku pedulik apa..janji dapat jalan hehehe (gile ko tak pedulik boleh mati oo kalau kene hehehe). Semasa pertandingan nanti nak amik gambar banyak-banyak aku akan upload kat blog ni. Okla itu je nak coretkan malam ini. Silalah lawati blog isteri aku..ada perkara menarik yang dia buat hujung minggu ini...Layan..... http://mummycuppies.blogspot.com

Ahad, Disember 28, 2008

Menu pepagi ahad "ROTI CANAI" sendiri buat..

Pagi-pagi bangun terus teringat tepung yang dah aku uli malam tadi. Rancangannya nak buat roti canai sendiri. Tepung 1/2 kilo dapatla dalam 9 keping roti canai yang besar-besar. Kalau kira-kira patutla mamak roti tu untung. Kuah roti canai tak jadi buat kari jadi masak sardin jela tu pun kira sedap jugak.

Bangun pagi terus cuba untuk menebar roti. Tak tebar pun hanya tarik-tarik bagi dia nipis. Nak tebar pun tak cukup tempat hehehe..macam biasa roti pertama tak jadi hahahaha..pastu dah tau senang je yang kendian-kendian tu jadi plak. Cuma satu je faul...pakai kuali bulat bukan yang leper hehehe mana ada yang leper. Sebelum ni dok cari kat kedai tak jual plak hehehe....

Roti yang berjaya digoreng sebanyak 6 lagi 3 simpan tak tau bila nak masaknya hehe..tu pun jenuh nak makan pasal tawar skit. Aku makan je dah 3 keping. Masuk yang ke 3 dah pening-pening makan.

Tetiba ayu tanya camne nak buat capati plak. Huh nak kena cari resepi capati pulak lepas ni tapi kena buat kari laaa takkan dengan sardin lagi kot dan kena beli kuali leper kalau tak susah nak masak capati hehehe..

Papehal pun hari ni hari cuti esok patut cuti tapi ayu keje plak nak buat camne yang penting hati gembira. Hari ni tak tau lagi rancangan nak kemana-mana. Duit pun dah sengkek gaji awal sangat hutang pun banyak lepas bayar hutang terus tak tau kemana duit tu hehehe...

Papehal pun sekarang ni kena jimat dengan apa saja yang nak beli. Kalau tak berjimat memang teruklaa. Gaji lambat lagi jadi memang kena berjimat cermat walauapapun aktiviti yang nak dilakukan. Dah tak tau la nak celoteh apa lagi papehal pun " SEMOGA HIDUP BERJALAN DENGAN SEMPURNA"