Selasa, Februari 17, 2009

Politik Perak makin menjadi-jadi dimana kesudahannya...

Isu ini panas diperkatakan sekarang. Malah orang macam aku pegawai kerajaan pun teragak-agak untuk membincangkannya secara terbuka kerana kami tahu silap kata dan langkah ada yang akan mengambil kesempatan. Tetapi Malaysia membenarkan hak bersuara jadi tak salah untuk membincangkannya.

Bukan apa dari mula saat kerajaan "Haram" Perak diperkatakan masing-masing mengatakan pihak lawan salah tetapi kita lupa untuk mencari akar umbi yang menyebabkan masalah ini terjadi. Rasionalnya kenapa perkara ini terjadi adalah disebabkan oleh ketamakan dan kerakusan sesetengah pihak untuk berkuasa dan yang penting bagi mereka berjaya di dunia kerana mencapai apa yang mereka ingini. Hakikatnya mereka sendiri takut dengan bayang-bayang mereka sendiri. Sampaikan nak bergerak kemana-mana di dalam Perak terpaksa di kawal rapi oleh polis kerana takut diapa-apakan oleh orang awam. Kalau tak salah buat apa nak takut.

Aku kurang berminat dengan politik kotor yang digunapakai oleh pihak tertentu kerana ingin mencapai kehendak yang bukan hak mereka. Ingatlah sekiranya Allah menjadikan sesuatu kepada kita itu adalah ujian dan hak kita. Jadi sebagai manusia kena pandai pilih mana yang baik dan mana yang buruk. Tak guna salahkan orang lain sekiranya kita tidak melihat diri kita sendiri. Kena berfikiran secara waras dan rasional.

Aku naik menyampah dengan "Pemimpin" yang rasa diri mereka bagus sangat. Kalau bagus kenapa nak buat pekara yang tak elok. Media sekarang pun berat sebelah. Kenapa tidak boleh menjadi seperti media antarabangsa bebas suarakan yang benar dan kalau ianya berita palsu pihak yang berkenaan boleh menyaman mereka dengan undang-undang sivil negara masing-masing. Itu lebih baik dari keadaan media Malaysia sekarang yang tak tau mana yang patut diberitakan kerana jaga poket masing-masing tanpa fikir halal dan haram.

Keadaan sekarang masih kritikal dan aku tertunggu-tunggu apa akan jadi dalam tahun 2009 dan aku tak sabar nak tau pihak mana yang akan menang dan kalah. Yang penting kita banyak bersabar.

Tiada ulasan: