Ahad, Disember 01, 2013

Pizza Panas..

Hari ni menambah lagi satu aktiviti mengarut di petang hari..mulanya jalan-jalan kat Tesco je nak beli susu anak tapi disebabkan dah hari ketiga promosi semuanya dah abis so jenjalan beli barang lain. Ntah kenapa otak dah short kot terus rancang nak buat pizza. Selambe je aku beli bahan-bahan pizza kat Tesco Extra Ipoh.

Hasilnya balik rumah je terus uruskan anak-anak dan solat. Habis solat barulah membancuh doh pizza. Mulanya rasa macam renyah tapi ianya mudah dari yang disangkakan. Kita tengok resepinya yang aku songlap dari internet tapi ada ubahsuai skit.

Resepi

Doh Pizza

220 gm Tepung Roti (Hi Protein)
20 gm   Minyak Sayuran
22 gm   Yis
5 gm     Gula Halus
3 gm     Garam
1/2 cawan Air Suam ( Letak skit-skit sampai jadi doh )

Topping

Keju Mozarela
Keju Cheddar
Sos Preggo / Tomato Puree
Bawang potong bulat-bulat
Sosej (potong nipis-nipis)
Isi Ketam (Potong dadu)
(lain-lain isi boleh je)

(Resepi takde sayur sebab kononnya nak masak untuk anak)

Cara-cara

1. Masukkan tepung, yis, gula dan garam.
2. Gaul sebentar sampai nampak macam dah bercampur.
3. Masukkan minyak dan sedikit air suam.
4. Uli sampai sebati. Campurkan air suam sedikit demi sedikit sampai doh tak melekat.
5. Bulat-bulatkan doh dan perap selama 60 minit menggunakan penutup plastik wrapper atau tutup dengan kain lembap sehingga menjadi dua kali saiz asal.
6. Selepas 60 minit uli sekali lagi dan perap dalam 10 minit.
7. Panaskan oven dengan suhu 200C selama 10 minit.
8. Bentukkan doh atas loyang yang telah disapu dengan pan grease / mentega / minyak sayur.
9. Boleh bakar dulu doh selama 10 minit baru letak topping atau letak topping sekali dan bakar.
10. Letakkan sos preggo atau paling simple tomato puree atas doh.
11. Koyak-koyakkan cheddar cheese atau parutkan cheddar cheese atas tomato puree.
12. Letaklah segala bahan yang nak letak atas cheese tu (bawang, sosej, isi ketam, dan sayur-sayur lain kalau nak)
13. Dah puas letak segala bahan baru taburkan Mozarela cheese yang diparut atas semua topping tu. Lagi banyak lagi sedap rasanya..
14. Bakar Pizza dalam oven selama 20 - 30 minit.
15. Wallaaaa siap untuk dimakan..

Memang terbaik untuk cubaan yang pertama. Cuma kena improve tekstur roti. Nak kena cari resepi yang lain pulak. Rotinya okla sebab ala itali tapi nak buat roti ala malaysia plak. 

Kalau berani cubalah!!!


Tiada ulasan: