Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan

Ahad, Disember 01, 2013

Pizza Panas..

Hari ni menambah lagi satu aktiviti mengarut di petang hari..mulanya jalan-jalan kat Tesco je nak beli susu anak tapi disebabkan dah hari ketiga promosi semuanya dah abis so jenjalan beli barang lain. Ntah kenapa otak dah short kot terus rancang nak buat pizza. Selambe je aku beli bahan-bahan pizza kat Tesco Extra Ipoh.

Hasilnya balik rumah je terus uruskan anak-anak dan solat. Habis solat barulah membancuh doh pizza. Mulanya rasa macam renyah tapi ianya mudah dari yang disangkakan. Kita tengok resepinya yang aku songlap dari internet tapi ada ubahsuai skit.

Resepi

Doh Pizza

220 gm Tepung Roti (Hi Protein)
20 gm   Minyak Sayuran
22 gm   Yis
5 gm     Gula Halus
3 gm     Garam
1/2 cawan Air Suam ( Letak skit-skit sampai jadi doh )

Topping

Keju Mozarela
Keju Cheddar
Sos Preggo / Tomato Puree
Bawang potong bulat-bulat
Sosej (potong nipis-nipis)
Isi Ketam (Potong dadu)
(lain-lain isi boleh je)

(Resepi takde sayur sebab kononnya nak masak untuk anak)

Cara-cara

1. Masukkan tepung, yis, gula dan garam.
2. Gaul sebentar sampai nampak macam dah bercampur.
3. Masukkan minyak dan sedikit air suam.
4. Uli sampai sebati. Campurkan air suam sedikit demi sedikit sampai doh tak melekat.
5. Bulat-bulatkan doh dan perap selama 60 minit menggunakan penutup plastik wrapper atau tutup dengan kain lembap sehingga menjadi dua kali saiz asal.
6. Selepas 60 minit uli sekali lagi dan perap dalam 10 minit.
7. Panaskan oven dengan suhu 200C selama 10 minit.
8. Bentukkan doh atas loyang yang telah disapu dengan pan grease / mentega / minyak sayur.
9. Boleh bakar dulu doh selama 10 minit baru letak topping atau letak topping sekali dan bakar.
10. Letakkan sos preggo atau paling simple tomato puree atas doh.
11. Koyak-koyakkan cheddar cheese atau parutkan cheddar cheese atas tomato puree.
12. Letaklah segala bahan yang nak letak atas cheese tu (bawang, sosej, isi ketam, dan sayur-sayur lain kalau nak)
13. Dah puas letak segala bahan baru taburkan Mozarela cheese yang diparut atas semua topping tu. Lagi banyak lagi sedap rasanya..
14. Bakar Pizza dalam oven selama 20 - 30 minit.
15. Wallaaaa siap untuk dimakan..

Memang terbaik untuk cubaan yang pertama. Cuma kena improve tekstur roti. Nak kena cari resepi yang lain pulak. Rotinya okla sebab ala itali tapi nak buat roti ala malaysia plak. 

Kalau berani cubalah!!!


Sabtu, November 30, 2013

Bahulu gebu..

Wah..hari ni tercapai cita-cita nak bako bahulu untuk anak-anak. Selalu beli kat kedai je. Hari ni bakar sendiri dari jam 6.30 sampai pukul 8.00 baru habis bako. Senang je nak buat cuma renyah sebab nak kena bako banyak kali. Oven kecik je, walaupun ada oven yang besar tapi malas nak guna sebab loyangnye tak banyak ada 6 set je so pakai oven kecik bakar pakai 4 loyang jelah.

Hari ni aku share resepi ye sebab aku dapat pun dari internet tapi aku ubah suai. Biasalah jiwa tukang buat kek walaupun penyakit malas tu sentiasa ada. Mana taknye kalau nak buat sesaja ntah bila-bila. Resepi asal memang aku ubah, walaupun tak secara total dan aku cuba buat ubah suai lain kendian.

Resepinya...

Bahan-bahan

5 biji Telur Gred A
190 gm Gula Pasir Halus ( Bukan kaster atau kasar )
100 gm Tepung Gandum ( Bakar sat dalam oven lebih kurang 10 minit )
Sedikit perasa (Ros / Pisang /Pandan)

Kaedahnye

1. Panaskan oven dengan suhu 220C selama 10 minit. Api atas bawah perlu pasang.
2. Sapukan loyang dengan Pan Grease / Minyak Masak dan bakarkan dalam 10 minit.
3. Sambil buat 1 & 2 campurkan telur dan gula dalam mixer dan putar sampai bertukar jadi warna putih dan kembang.
4. Bila telur dan gula dah kembang dan berwarna seakan putih dan gebu masukkan perasa dan putar balik sekejap.
5. Masukkan tepung dalam bancuhan dan pukul sehingga nampak sebati.
6. Loyang yang dah siap bakar dikeluarkan dan dibuang lebihan minyak agar bahulu tak rosak.
7. Masukkan bancuhan bahulu menggunakan sudu sehingga 3/4 penuh acuan (Bancuhan akan kembang)
8. Bakarkan bahulu selama 10-15 minit sehingga betul-betul nampak kuning keemasan. Pastikan api atas bawah dipasang dan acuan bahulu diletakkan dekat dengan api bawah supaya permukaan bawah bahulu pun masak.
9. Bila dah masak lepas keluarkan bahulu yang dah siap letakkan lagi sedikit grease atau minyak masak (untuk elak melekat)

Pastikan selalu tengok-tengok bahulu yang pertama kali bakar sebab nak bajet masa jangan sampai hangus.

Sape yang rajin cubalah. Loyang boleh macam-macam bentuk. Aku buat bentuk ikan sebab boleh masuk sekali 4 loyang. Nak cari loyang bunga kemboja ntah mana-mana nak kena selongkar stor. Lain kalilah bako pakai yang tu.

Selamat mencuba!!