Ahad, November 30, 2008

Kenangan bersama Isteri dan Anakku di Cameron Highland

Semalam...
Percutian yang tidak dirancang telah membawa kami bercuti di Cameron Highland. Satu kenangan yang indah dan tak pernah alami sebelum ini kerana pergi bersama insan yang tersayang iaitu isteri dan anakku. Perjalanan seawal 8 pagi dari rumah dan berhenti untuk mendapatkan sarapan pagi dan mula bertolak dari Simpang Pulai seawal 8.30 pagi. Perjalanan ke Cameron Highland yang mengambil masa 1 jam 30 minit telah membawa kami ke destinasi singgahan kami yang pertama di Butterfly Farm. Di sini kami melihat pelbagai spesis rama-rama yang cantik dan menarik.


Kami meneruskan pejalanan ke ladang teh BOH yang terletak lebih kurang 3 km dari tempat persinggahan kami yang pertama. Perjalanan amat mencabar dan menggerunkan kerana jalan yang kami lalui amat sempit dan silap sikit akan masuk ke gaung yang dipenuhi dengan pokok teh. Di sana kami rehat-rehat sambil menikmati teh dan makanan ringan selepas kami membeli belah produk teh keluaran kilang BOH yang ada diantaranya tidak terdapat di pasaran pasaraya tempatan. Lebih kurang 1 jam kami di sana kami mula bergerak untuk ke destinasi yang memerlukan ongkos yang banyak.

Perjalanan turun dari ladang teh kurang mendebarkan sedikit kerana tiada bas seperti perjalanan sebelum kami tiba di ladang teh tadi. Sampai di bawah kami meneruskan perjalanan ke tempat untuk kami membeli belah. Setiba kami disana terlihat suatu tempat yang menarik berdekatan tempat kami berhenti. Rose Valley itu tempatnya. Sempat kami melihat-lihat pelbagai ros yang menarik dan cantik-cantik. Terpikat dengan satu jenis ros yang berbau harum seperti sirap yang kita minum. Terfikir untuk mendapatkannya di dalam pasu tetapi selepas kami keluar dari tempat tersebut pencarian gagal mungkin kerana ia adalah limited edition. Perjalanan terus ke tempat untuk membeli-belah. Sempat membeli topi strawberi untuk anak tersayang Marissa. Comel dengan topi tersebut. Sedang berjalan-jalan terserempak dengan kawan UTM, Iskandar Mahpar dari Johor. Sembang lebih kurang kami meneruskan perjalanan untuk pulang ke rumah.



Dalam perjalanan tiba-tiba kami terlihat 1 perhentian yang menanam sayuran menggunakan kaedah hidroponik. Memang berbeza sedikit berbanding yang pernah dilihat sebelum ini dan menyebabkan terfikir kenapa kita tak boleh buat macam tu di rumah. Tanaman hidroponik termasuklah dengan pokok strawberi. Menarik dan tidak terfikir sebelum ini. Kami pun meneruskan perjalanan. Tidak sampai 3 minit memandu ternampak 1 hentian yang dikatakan terakhir (memang terakhir pun).



Menariknya tempat ini ialah pelanggan boleh membeli strawberi yang dipetik sendiri oleh pelanggan dengan harga RM35 sekilo. Sayur-sayuran pun ada tetapi tak dinyatakan berapa harganya. Memang agak mahal tetapi berbaloi kerana kepuasan memetik sendiri strawberi lebih mahal dari harganya. Disebabkan kami telah ada stok strawberi jadi kami hanya melihat orang lain memetik. Mungkin di lain masa kami akan datang ke sini untuk memetiknya sendiri. Sempat kami membeli sayuran segar dari ladang yang boleh dikatakan murah 3 bungkus RM5. Selepas beberapa ketika di sana kami mula bergerak untuk pulang.
Perjalanan kali ini agak perlahan kerana jarak penglihatan yang dekat disebabkan kami melanggar awan dan menyebabkan gerimis melekat di cermin kereta. Setelah beberapa km hujan renyai turun dan kami memandu secara perlahan untuk tiba ke bawah. Perjalanan mengambil masa 1 jam untuk kami tiba di tempat permulaan ekspedisi kami Simpang Pulai. Setiba kami di bawah terus perut terasa lapar dan bergegas mencari makanan. Setelah perut kenyang kami terus ke rumah untuk berehat.

3 ulasan:

bunga-bunga cinta berkata...

bro....mmg standard cikgulah ekk...mengarang macam budak spm...hahahaha

Tanpa Nama berkata...

ye la.. karangan macam budak sekolah. ko nak jadikan karangan ko ni skima utk students ko ke? hehe..

GT Maarof berkata...

Jangan jeles pasal karangan aku best hahaha...setakat ni aku perasan blog aku ni best hehehe.