Memaparkan catatan dengan label Percutian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Percutian. Papar semua catatan

Ahad, Jun 14, 2009

Jenjalan di Teluk Batik

Semalam lepas aku, Ayu dan Marissa pi kenduri kahwin di Bota Kiri singgah la kejap kat Teluk Batik. Kali terakhir aku pi masa tahun 2004 dengan kawan-kawan siap tido kat sana lagi.

Sempat la Marissa nak main pasir dengan air laut. Marissa takut skit dengan ombak laut sampai kasut dia basah kena air.

Aku seronok tengok telatah dia dengan ada tocang kat atas kepala. Orang-orang yang lalu lalang kat situ mesti cubit-cubit dia sebab nampak comel.

Kami kat sana tak lama 30 minit je sekadar nak tengok apa ada. Ramai betul orang yela minggu ni minggu terakhir cuti sekolah tu yang bawa keluarga pi mandi laut.

Aku ni tunggu Marissa dan Alisya besar skit baru boleh bawak. Marissa ni pantang skit dapat main air laut. Tunggu la nanti diorang dah besar aku akan bawak diorang pi jalan-jalan. Kesian kat Alisya sebab tak bawak bukan apa takut demam jenuh kami. Kena tinggal la dia ngan makcik dan mak ngah dia kat rumah.

Aku sampai rumah je Alisya terus macam mengada-ngada mungkin rindula kot dari pagi tinggalkan dia hehehe...

Bawah ni ada la gambar skit-skit masa aku pi teluk batik...





Rabu, Januari 28, 2009

Marissa seronok bermain air di ...

Seronok bebenar aku tengok Marissa bermain air di Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) hari Isnin lepas. Kami pergi seramai 6 orang terdiri dari aku dan anak beranak, mak aku, adik aku 2 orang. Kami bertolak dari rumah ke BMLR pukul 9.30 pagi dan sampai di sana dalam pukul 10.30. Masa kami sampai pun dah ramai orang terus aku pergi ke kaunter tiket. Disebabkan anak aku comel jadi dia tak kena bayar hehehe...

Tiket yang aku bayar sorang RM10 je pasal ada kupon BMLR yang aku dapat dari sekolah. PROMOSI jadi aku pun layankan je. Ingat dapat less RM10 dan kena bayar lagi RM12 sebab nak masuk waterpark kena bayar RM22. Rupa-rupanya memang dapat tiket harga RM10. Jadi dapatla masuk ke waterpark dengan bayaran RM50 je.

Masuk kat dalam je Ayu terus minta aku beli pelampung untuk Marissa harga RM29.90 memang gile punya mahal. Tapi nak buat camne dah harga macam tu bayar jela. Marissa macam seronok bila aku cuba pakaikan pelampung tu kat dia. Budak-budak mana tau apa yang dia ingat mainan je hehe dan dia tak tau sebentar lagi dia lagi seronok.

Lepas beli pelampung terus kami pergi ke tempat mandi untuk bebudak. Tapi pelik aku tengok orang dewasa plak yang main kat situ hehehe sebab dia macam bentuk sungai jadi org suka hanyutkan pelampung kat dalam tu sambil tido hehehe...

Tukar pakaian Marissa terus aku dan Ayu pi layan air. Mak aku tolong jaga barang sebab dia tak mau mandi-manda. Adik-adik aku pi sewa pelampung pastu suruh diorang pi main apa yang diorang nak hehehe aku layan Marissa dengan Ayu lagi best. Tetempat camni memang seronok dengan anak kecil sebab diorang yang akan main lelebih pun hehe..

Marissa punya seronok sampai masuk je air terus tak sabar-sabar nak berenang-renang. Dia tepuk-tepuk air lepas gian sebab masa pergi mandi kat kolam air panas di Taiping tak bagi mandi lama-lama.

Dekat 2 jam jugak kami berendam sampai kulit Marissa kecut dan jadi biru tapi tu pun dia masih nak main lagi. Seronok tengok Marissa main air tak dapat digambarkan. Kami pun bersiap-siap balik dan dalam pukul 1.30 tengahari kami pun balik tetapi singgah dulu di R&R Gunung Semanggul untuk makan tengahari dan terus balik ke rumah selepas kenyang.

Macam-macam perasaan kami dapat sepanjang hari. Dan apa jadi pada Marissa....dia punya penat sampai tidur banyak kali dalam satu hari. Sampaikan hari esoknya pun dia masih penat. Baru tau betapa penatnya main-main air...




Selasa, Disember 09, 2008

Jalan-jalan di Aquaria @ KLCC

Bulan ini dapat jugak berjalan-jalan bersama keluarga kecil tercinta aku. Biasalah 3 orang sekeluarga. Tapi kurang ump sikit pasal Marissa demam kejap ok kejap panas sangat. Risau tapi memandangkan Ayu nak pi berjalan-jalan jadi kami pun pergi juga walaupun kami risau keadaan Marissa.


Destinasi kami kali ini adalah Aquaria KLCC. Mahal jugak nak masuk. Yuran masuk dah memerlukan duit RM28 seorang. Pengembaraan yang tidak kurang menarik dapat melihat kehidupan di dalam air yang tak pernah dilihat. Bermacam-macam jenis ikan ada. Ikan Piranha pun ada. Tengok macam tak bahaya tapi hakikatnya memang ikan tu membahayakan sekiranya ia lapar.





Pengembaraan di dalam aquaria masih menarik disebabkan ada pameran haiwan berkaki lapan dan haiwan yang melekap-lekap kat dinding..rasanya tau kot apa benda tu. Yang paling menarik ada seekor haiwan macam monyet tapi paling kecil di dunia. Sangat comel dan kalau dapat bela mesti best.


Pengambaraan diteruskan ke kawasan yang penuh dengan ikan di lautan yang kalau ikutkan hati kita takkan berani nak masuk ke dalam laut. Macam-macam jenis termasuklah spesis pari dengan jerung. Dalam pameran tu semua ikan hidup dari sekecil-kecil ikan sehinggalah sebesar-besar ikan yang lebih besar dari manusia. Sepanjang pengembaraan ini Marissa kurang aktif sebab demam jadi tak berapa sangat keaktifan dia. Cuma sekali sekala dia terlihat ikan yang besar dia akan peluk papa dan mama dia kuat-kuat sebab takut. Memang comel Marissa walaupun takut nak jugak tengok-tengok.


Berjalan di dalam aquaria tidak sah kalau tiada gambar kenangan kami bertiga bersama. Di satu kawasan di dalam aquaria terdapat gerai yang mengambil gambar bersama haiwan yang di panggil "Skunk" yang busuk kalau di kacau. Sempatlah kami bergambar bersama-sama dengan benda tu hehe bau dia busuk skit tapi comel. Marissa suka pegang haiwan tu sampai dia tarik-tarik bulu skunk tu. Bulunya kasar skit dari kucing. Ayu yang teringin jadi aku layankan. Kenalah RM15 tapi memikirkan kenangan tu yang penting berapa sangatlah RM15 tu. Selepas bergambar teruskan juga ke jalan keluar.


Sebelum keluar kami melalui satu terowong air dimana kami boleh melihat pergerakan pelbagai ikan-ikan laut yang besar. Menarik tetapi kesian Marissa dia takut-takut tengok. Punya kuat dia pengang mama dan papa bila dukung dia. Dekat 2 jam juga kami berjalan dalam aquaria dan tibalah masa untuk pulang. Sakit kaki dan pinggang berjalan lama-lama. Tapi pikir-pikir dah sampai KLCC kami pun berjalan-jalan di dalam Suria KLCC. Bila lagi nak jalan-jalan sekeluarga.



Lebih kurang pukul 3.30 baru kami pulang ke Putrajaya untuk berehat. Waktu ni badan Marissa mula panas balik. Risau sebab tak bagi dia makan ubat. Sampai di rumah terus kami bagi ubat demam. Kesian dia walaupun demam papa dan mama tetap bawa dia berjalan-jalan. Bagi kami kalau berjalan-jalan tiada Marissa tiada maknala nampaknya.

Ahad, November 30, 2008

Kenangan bersama Isteri dan Anakku di Cameron Highland

Semalam...
Percutian yang tidak dirancang telah membawa kami bercuti di Cameron Highland. Satu kenangan yang indah dan tak pernah alami sebelum ini kerana pergi bersama insan yang tersayang iaitu isteri dan anakku. Perjalanan seawal 8 pagi dari rumah dan berhenti untuk mendapatkan sarapan pagi dan mula bertolak dari Simpang Pulai seawal 8.30 pagi. Perjalanan ke Cameron Highland yang mengambil masa 1 jam 30 minit telah membawa kami ke destinasi singgahan kami yang pertama di Butterfly Farm. Di sini kami melihat pelbagai spesis rama-rama yang cantik dan menarik.


Kami meneruskan pejalanan ke ladang teh BOH yang terletak lebih kurang 3 km dari tempat persinggahan kami yang pertama. Perjalanan amat mencabar dan menggerunkan kerana jalan yang kami lalui amat sempit dan silap sikit akan masuk ke gaung yang dipenuhi dengan pokok teh. Di sana kami rehat-rehat sambil menikmati teh dan makanan ringan selepas kami membeli belah produk teh keluaran kilang BOH yang ada diantaranya tidak terdapat di pasaran pasaraya tempatan. Lebih kurang 1 jam kami di sana kami mula bergerak untuk ke destinasi yang memerlukan ongkos yang banyak.

Perjalanan turun dari ladang teh kurang mendebarkan sedikit kerana tiada bas seperti perjalanan sebelum kami tiba di ladang teh tadi. Sampai di bawah kami meneruskan perjalanan ke tempat untuk kami membeli belah. Setiba kami disana terlihat suatu tempat yang menarik berdekatan tempat kami berhenti. Rose Valley itu tempatnya. Sempat kami melihat-lihat pelbagai ros yang menarik dan cantik-cantik. Terpikat dengan satu jenis ros yang berbau harum seperti sirap yang kita minum. Terfikir untuk mendapatkannya di dalam pasu tetapi selepas kami keluar dari tempat tersebut pencarian gagal mungkin kerana ia adalah limited edition. Perjalanan terus ke tempat untuk membeli-belah. Sempat membeli topi strawberi untuk anak tersayang Marissa. Comel dengan topi tersebut. Sedang berjalan-jalan terserempak dengan kawan UTM, Iskandar Mahpar dari Johor. Sembang lebih kurang kami meneruskan perjalanan untuk pulang ke rumah.



Dalam perjalanan tiba-tiba kami terlihat 1 perhentian yang menanam sayuran menggunakan kaedah hidroponik. Memang berbeza sedikit berbanding yang pernah dilihat sebelum ini dan menyebabkan terfikir kenapa kita tak boleh buat macam tu di rumah. Tanaman hidroponik termasuklah dengan pokok strawberi. Menarik dan tidak terfikir sebelum ini. Kami pun meneruskan perjalanan. Tidak sampai 3 minit memandu ternampak 1 hentian yang dikatakan terakhir (memang terakhir pun).



Menariknya tempat ini ialah pelanggan boleh membeli strawberi yang dipetik sendiri oleh pelanggan dengan harga RM35 sekilo. Sayur-sayuran pun ada tetapi tak dinyatakan berapa harganya. Memang agak mahal tetapi berbaloi kerana kepuasan memetik sendiri strawberi lebih mahal dari harganya. Disebabkan kami telah ada stok strawberi jadi kami hanya melihat orang lain memetik. Mungkin di lain masa kami akan datang ke sini untuk memetiknya sendiri. Sempat kami membeli sayuran segar dari ladang yang boleh dikatakan murah 3 bungkus RM5. Selepas beberapa ketika di sana kami mula bergerak untuk pulang.
Perjalanan kali ini agak perlahan kerana jarak penglihatan yang dekat disebabkan kami melanggar awan dan menyebabkan gerimis melekat di cermin kereta. Setelah beberapa km hujan renyai turun dan kami memandu secara perlahan untuk tiba ke bawah. Perjalanan mengambil masa 1 jam untuk kami tiba di tempat permulaan ekspedisi kami Simpang Pulai. Setiba kami di bawah terus perut terasa lapar dan bergegas mencari makanan. Setelah perut kenyang kami terus ke rumah untuk berehat.