Khamis, Januari 29, 2009

Saman...saman...saman...

Aku baru balik dari Sungai Siput selepas mengajar tuisyen Matematik Moden. Kelas mula pukul 8.30 malam sampai pukul 10.00 malam. Aku makan siap-siap pastu tengok cerita Puaka Niang Rapik baru balik ke Ipoh.

Apa yang menarik malam ini adalah aku hampir disaman oleh polis hanya kerana no plet aku WQH 7196 ada masalah. Apa masalahnya...no 7 aku patah tetapi masih lagi nampak bentuk nombor 7. Aku ditahan polis di Kanthan bebetul depan balai polis Kanthan dan aku tau tiap-tiap malam memang ada road block kat situ.

Aku pun dengan muka yakin lalu depan polis dan polis terus suruh aku berhenti tepi. Datang la sorang polis muda lagi dari aku. Dari slang cakap aku agak orang Terengganu. Dia minta leseng aku hehehe..aku bagi dengan yakin (walaupun aku tau dia akan tahan aku pasal plet patah) sebab bulan 4 baru tamat tempoh lesen aku tu.

Kemudian dia minta aku turun kereta. Aku pun turun dengan yakinnya (sebab dah tau apa yang dia nak tegur hehehe) dan dia terus tunjuk kat plet aku pakai lampu suluh dia. Aku pun buat-buat macam tak paham. Pastu dia tanya nampak apa..aku selamba cakap ooo plet no 7 patah.

Pastu mamat tu cepat je cakap ni nak kena samang ni. Aku pun balas la "Erm..nak kena saman ke? Kalau nak saman, saman jela nak buat camne!" (nada baik) Lepas tu mamat tu terus mati idea nak cakap apa lagi. Aku pun tunggu la kot-kot nak keluar surat saman. Tetiba mamat tu cakap "Erm esok tolong betulkan plet ye". Dalam pikiran aku ada 2 je, positif dan negatif (hehehe).

Positifnya dia memang tak mau saman tetapi nak bagitau aku plet aku patah. Negatifnya dia tak dapat duit sebab aku tak mau bagi rasuah disebabkan ayat baik aku "Kalau nak saman, saman jela nak buat camne!". Tetapi hati dia Allah je yang tau. Jadi aku amik yang positif.

Dalam dunia ni bagi aku apa saja kesalahan yang aku lakukan, aku cuba untuk mengaku dan tak mau lari dari tidak mengaku. Kalau aku nak kena saman atas kesalahan lalulintas, saman jela sebab nak buat macam mana dah memang kita salah. Bukan jenis aku untuk bagi duit ke apa ke untuk lepas.

Kalau aku bagi duit apa beza aku dengan pemberi rasuah yang lain. Aku cikgu tetapi aku tunjukkan benda yang tak elok dengan merasuah polis. Jadi ingatlah kalau kita salah dan nak disaman jangan sesekali kita merasuah. Walaupun nilainya RM10 ia tetap rasuah. Biarlah orang lain merasuah jangan kita terlibat sama. Aku jadi cikgu pun disebabkan aku nak lari dari perkara yang melibatkan rasuah masa aku kerja sebagai kontraktor elektrik dulu.

Kita pikirkan apa yang kita bagi anak isteri makan itulah yang akan jadi darah daging mereka. Kalau kotor duit yang kita bagi kotorlah darah daging mereka.


"JAUHILAH RASUAH"

Tiada ulasan: