Guru bukan lagi diibaratkan sebagai lilin. Lilin membakar diri dan akhirnya dirinya sendiri terkorban. Sekarang guru diibaratkan sebagai haruman bunga yang semakin lama semakin ingin didampingi dan semakin lama ditinggalkan semakin teringat kepada haruman itu.
Masa Dan Tarikh Hari Ini
Time & Date Widget
Album Foto Keluargaku
Tarikh Istimewa Bagiku
Komen Dari Rakan
Monetized Your Blog
Perkara yang menarik yang dah lama aku tunggu.....
Isnin, Jun 15, 2009
Semalam ada satu perkara yang baru aku tau tentang anak aku yang sulung...
Masa tu aku tengah bagi dia makan dengan menggunakan sudu besi. Tengah sibuk-sibuk bagi dia makan tetiba aku dengan macam ada benda berlanggar dengan besi sudu tu. Aku pun pelik setiap kali aku bagi dia makan ada bunyi tu.
Last-last aku tengok bebetul..rupa-rupanya gigi dia dah mula tumbuh...wahahaha seronok betul aku dengan isteri aku. Dah lama kami tunggu akhirnya tumbuh jugak gigi dia. Tapi yang peliknya tumbuh kat bahagian gusi dia yang luka minggu lepas. Kami dah risau takut-takut gigi tak tumbuh kat bahagian tu tengok-tengok tumbuh yang pertama kat situ.
Aku dengan terujanya tangkap gambar gigi anak aku secara paksa hehehe..gambar tak berapa jelas tapi aku akan tunjukkan jugak kat dalam blog ini....
Kalau tengok gambar ni tengok kat area jari ada warna putih situla gigi baru dia hehehe....
Aik.. baru tumbuh gigi ke???