Memaparkan catatan dengan label Kursus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kursus. Papar semua catatan

Sabtu, November 23, 2013

Kelas bahasa..

Petang-petang ni dok bosan nak buat pape keje. Layan anak-anak tengok TV jela. Isteri pulak buat tempahan cookies buat sesama mak, adik dan sepupu dia nasib baik dapat balik oven besar kami jadi bolehla guna untuk siapkan tempahan. Anak-anak pun nampak macam bosan je tapi nak bawak pi mandi kolam macam dah lambat sangat walaupun ada sesi pukul 6-9 nanti. Malam malas nak bawak sebab sejuk.

Minggu depan aku sambung balik kursus seminggu, semakin hari semakin banyak dapat belajar walaupun pada awalnya memang aku langsung tak paham apa yang disampaikan. Memanglah bila kita belajar kena tanya soalan walaupun soalan tu soalan yang mudah sebab perkara yang mudah pun dah tak paham camne nak buat benda yang susah. Lepas minggu depan kami semua akan berpisah dan mungkin jumpa balik selepas 2 tahun sebab mungkin dikumpulkan semua sekali selepas tamat belajar.

Walaupun aku nak sambung belajar pada bulan 2, tapi disebabkan USM dan kebanyakan universiti lain tidak menawarkan program mixed mode bulan 2 nanti terpaksa mendaftar untuk bulan 9 nanti. Aku redha dan rupanya ada kebaikan. Yela aku terfikir selama 9 bulan aku tunggu untuk masuk universiti aku perlu ambil kelas Bahasa Inggeris untuk perbualan dan mungkin aku akan ambil kelas intensif yang mungkin memerlukan aku hadir kelas setiap hari. Aku dah survey tempat nak belajar bahasa tu, alhamdulillah ada kat Ipoh je. Jadi lepas habis sekolah aku kena pi kelas sehingga aku mahir untuk berbahasa inggeris.

Mana tau nak masuk USM nanti nak kena interview plak payah kalau tak bersedia. Walaupun aku rasa takdela interview heheh tapi dah tentula kelas aku bercampur dengan pelajar foreigner dari macam-macam negara. 9 bulan kena baca kamus la gamaknye. Kalau tak memang aku tak boleh nak cakap bahasa inggeris sampai bila-bila. Lagipun untuk ke peringkat PhD nanti dah tentu kena present menggunakan sepenuhnya bahasa inggeris. Lagipun aku memang ambil bidang kejuruteraan jadi mana ada rujukan bahasa melayu yang paling baik. Semuanya dalam bahasa inggeris.

Berangan plak nak sambung PhD walaupun tau bukan senang. Kawan-kawan yang sebaya yang dah tamat PhD memang aku salute. Bukan senang nak tamatkan PhD kalau tak betul cara dan gaya. Kalau malas lagi la jangan mimpi nak habis PhD. Kalau tak caya cuba tanya kawan-kawan korang yang dah ada title Dr. Boleh beza sikap dengan orang yang biasa.

Apa yang aku paham tentang MASTER DAN PhD ni adalah perubahan sikap yang amat ketara. Master merupakan stu platform perubahan dari malas ke sedikit rajin dan bila dah sampai peringkat PhD dah tentu kena memanjang rajin. Kalau kita malas je tentu masalah bagi menamatkan pengajian. Jadi peringatan untuk diri aku sendiri, jangan MALAS dan buat kerja mesti berstruktur dan tepat pada masa. Jangan bertangguh.

Kelas bahasa inggeris yang aku nak ambik belum tau berapa yurannya. Kalau berpatutan boleh bawak 2 orang anak-anak aku pi belajar hujung minggu. Kurang-kurang bolehla speaking dengan diorang dua. Mesti macam ayam dan itik bercakap haha..takpela janji boleh speaking. Sebab tengah mampu nak belajar kena jugak blajo, esok-esok kalau dah sakit bila nak belajonye..

Sembang pasal gigih baru teringat cerita penceramah semalam tentang seorang kawan dia yang berbangsa singh yang sambung belajar peringkat PhD. 3 hari sebelum konvokesyen dia meninggal dunia akibat penyakit kanser. Bayangkan lagi beberapa hari lagi nak konvo. Umur dia pun masa tu dah dekat 60 tahun dan dai dah tau bila-bila masa saje dia akan mati tapi tetap gigih nak habiskan PhD. Kalau korangla dah tau nak mati baik berhenti belajar betul tak? Tapi moral dari cerita ni walaupun dia dah nak mati tetapi dengan azam nak sumbangkan 1 kajian yang boleh digunakan oleh orang selepas ini tu yang paling nobel. Sebab tu orang putih berfikir akan menyumbang sesuatu kepada masyarakat walaupun dia tau esok dia akan mati. Cara berfikir kita memang lain dengan orang yang belajar tinggi-tinggi. Sekurang-kurangnya nama dia boleh disematkan dalam mana-mana kajian orang lain sebagai rujukan untuk mengembangkan ilmu kepada dunia.

Papehal pun yang penting jangan mudah putus asa. Selalunya untuk elak putus asa kita kena bergaul dengan ramai orang yang berjaya. Kita bokeh mengambil contoh yang baik dari orang-orang yang berjaya.

Khamis, November 21, 2013

Aku semakin...

Esok hari terakhir bagi kursus untuk minggu pertama..masing-masing kawan seperjuangan semasa dikursus semua otak dah tak center..baru 5 hari menuntut ilmu dah bengong masing-masing. Esok jugak dah kira 2 minggu terlibat dengan kerja luar yang dibagi makan dari pagi sampai malam.

Memang melampau naik berat badan, 2 minggu je 10 kelo..kena buat sebulan nak turun balik 10 kelo tu..esok mula balik misi menurunkan berat badan..kalau tak letihla nak maintain badan..

Korang bayangkanlah macam mana tak boleh tahan kalau tengok makanan, semalam je nasik beriani hari ni ada udang galah pergh memang tak dapatla nak diet..harap esok sehingga minggu depan semua menu tak sedap baru boleh diet hehehe..

Kadang-kadang tu bukan tak tau camne nak diet cuma rasa, makan je dulu nanti kendian boleh diet..tu yang badan macam baru lepas kena pam. Tensen jugak orang tegur dah... tapi sabo jela hehe..

Sekarang berjalan jauh skit pun dah rasa mengah. Padahal selalu je jalan-jalan. So pempaham sendirila badan dah naik dan stamina dah kurang. Papehal nekad..esok kena kawal makan, ada masa 2 minggu untuk turunkan sekurang-kurangnya 5 kelo..kalau dapat turun banyak syukur..

Harap boleh turunkan 15 kelo total lepas ni dan maintain berat tu sampai bila-bila..kalau lebih lagi bagus nampak le hensem bertambah-tambah hehe.. Masa belajo nanti pun rasanya berat boleh turun banyak sebab nak belajar banyakkan berjalan.

Bulan 12 ni banyak masa KOT, boleh la bawak anak-anak berjogging sat kat taman. Lepas tu ingat nak bawak diorang belajar berenang pulak. Bagi anak-anak tau dulu pastu baru mak bapaknye plak hehehe..

Bulan 1 dah mula bertugas balik sampai bulan 8, Alahai rasa macam tak cukup masa je. Macam banyak benda nak kena buat dan selesaikan. Ni pun ada banyak keje yang kena selesaikan sebelum buka tahun baru. Harap dipermudahkan menyiapkan semua kerja tersebut..

Ops..terlupa tadi kami disajikan dengan DURIAN KAMPUNG, kami geng-geng HLP Master dan PhD kongsi duit beli dan makan. Memang terbaik, dapatlah makan sampai rasa tak lalu dah. Bila makan banyak-banyak baru dapat bezakan buah ikut pokok. Petang tadi aku dapat makan buah dari 3 pokok memang rasa sepesyen je kalau dari pokok yang sama. Sebelum ni tak tau nak beza sebab makan sorang skit tapi tadi makan sepuas-puasnya baru dapat rasa memang lain pokok lain rasa buahnya.

Suasana kursus dah rasa macam family walaupun semuanya baru kenal. Harap dapat berjumpa lagi berkumpul sesama satu hari nanti lepas kami berpecah membawa haluan masing-masing untuk menggapai segulung sarjana minggu depan. Walaupun kami berpecah kami tetap akan berkongsi maklumat dan idea untuk pastikan kami semua dapat habiskan Master bersama-sama dalam masa 2 tahun,

Semoga Allah permudahkan kami semua...

Rabu, November 20, 2013

Kursus Persediaan Master

Hari ni hari ketiga aku menghadiri Kursus Persediaan Master. Banyak sangat maklumat untuk aku gunakan sebagai salah satu persediaan untuk membuat tesis secara penyelidikan. Kepala pun dah naik pening nak fahamkan macam mana nak buat tesis. Kebanyakan maklumat lebih kepada kajian sains sosial. Yelah cikgu punya penyelidikan memang lebih kepada kajian sains sosial.

Banyak yang boleh dikongsi sepanjang aku menghadiri kursus ini. Semalam ada satu slot bersama dengan seorang penceramah tentang bagaimana mereka memilih calon untuk menerima biasiswa tahun ini. Dengar penerangan dia, aku merasa sepatutnya aku tak patut dapat, tetapi diorang pilih yang terbaik dari calon-calon yang ada untuk penuhkan koata yang telah disediakan. Rupanya memang pemilihan sangat sengit antara calon-calon. Aku merupakan orang yang bernasib baik kerana menerima biasiswa.

Bayangkanlah masa temuduga kalau korang tak tau tentang asas untuk buat penyelidikan memang kena reject terus. Melalui penceritaan penceramah tentang pengalaman dia menemuduga, dia akan tanya kaedah apa calon nak gunakan untuk buat penyelidikan, dan kalau calon teragak-agak atau langsung tak menjawab dengan betul terus dia akan minta tamatkan temuduga dan diminta keluar dari bilik temuduga. Aku memang bernasib baik sebab masa aku ditemuduga memang aku langsung tak tahu asas penyelidikan.

Kertas cadangan aku pula boleh dikatakan lemah sesangat selepas mendengar penerangan dari penceramah. Aku memang bernasib baik bila fikir-fikir dari maklumat yang aku terima.

Faktor-faktor yang penting untuk calon-calon temuduga ialah PROPOSAL yang lengkap dengan asas penyelidikan yang hendak dilakukan, TEKNIK menjawab semasa sesi temuduga, PENGETAHUAN & PERSONALITI sepanjang proses temuduga, dan MARKAH PRESTASI 3 tahun kebelakang.

Secara umumnya, proposal yang calon kena sediakan mesti ada pernyataan masalah yang jelas, literature review, kaedah penyelidikan, rujukan-rujukan untuk membuat penyelidikan, rancangan penyelidikan yang jelas dan beberapa lagi faktor. Sepanjang tiga hari aku mengikuti kursus ni baru tau benda-benda yang aku nyatakan tadi cuma aku belum faham sepenuhnya.

Hari ni je belajar tentang apa itu literature review. Dari tak tau langsung kepada nampak sedikit gambaran untuk aku bersedia bila dah mula penyelidikan walaupun mini penyelidikan. Walaupun mini tetap sama prosedur dari mula sampai akhir ada caranya. Semalam penerangan tentang apa itu penyelidikan, apa yang perlu ada, apa yang tidak patut ada, jenis-jenis penyelidikan dan beberapa perkara yang amat penting dalam menyiapkan tesis.

Teknik menjawab temuduga pun dilihat oleh penemuduga, sefaham aku setiap calon akan diuji dari sudut mental dahulu, semua penemuduga akan provok sampai dia dapat lihat kita langsung tak boleh jawab. Kalau kita sampai tahap tak boleh jawab memang menjadi faktor gagal temuduga. Diorang lihat kita bersedia dari segi mental dan fizikal. Selain dari proposal yang mantap cara menjawap untuk mempertahankan proposal juga akan dinilai. Kalau kita pertahankan proposal tapi fakta dan nilai takde pun tak guna. Hanya pandai jawab tapi tak berlapik dengan fakta dan maklumat yang betul pun faktor gagal. So jangan ingat apa yang diorang tanya kita dapat jawab menjadi faktor kita akan berjaya. Sebab tu kalau aku fikir-fikir balik, aku bernasib baik sebab boleh katakan aku takde pun kriteria tu semua. Hanya aku paham apa aku nak buat untuk master aku saje. Aku pertahankan projek aku untuk digunakan dalam P&P sebagai alat untuk murid-murid boleh guna untuk projek SPM je.

Faktor yang ketiga plak markah prestasi kita tiga tahun sebelum mesti lebih dari 85 markah..kalau ada salah satu bawah dari 85 memang susah nak dapat panggilan temuduga dan seterusnya ditawarkan HLP. Cara pengiraannya senang je..markah tiga tahun prestasi dicampurkan dan diambil purata kemudian diambil peratus ke 50 markah. Contoh markah prestasi kita 3 tahun dapat purata 88 markah...88/100 dapatlah 0.88 darab dengan 50 maka dapatlah 44 markah. Jadi kita dah ada markah permulaan 44 dari 100 untuk dibawa semasa temuduga. Lagi 50 bergantung kepada masa interview. Proposal je dah bawak 30 markah, yang lain-lain 20 markah. Memang agak ketat pemilihan. Aku ingat mudah je tapi bila dapat penerangan macam tu barulah terasa diri tu kecil sangat.

40 markah yang melibatkan personaliti ada berkait dengan cara menjawab, pengetahuan asas tentang dasar pendidikan, dan sumbangan-sumbangan luar bilik darjah. Jadi kalau nak dapat 40 markah ni memang kena ada elemen tambahan seperti yang dinyatakan. So lepas ni kawan-kawan yang nak sambung belajar ke peringkat Master dan PhD sila pastikan semua ni ada.

Posting ni pun untuk aku jugak sebab untuk peringatkan aku lepas ni. Aku nak sambung sampai PhD sebab aku dah nampak apa yang perlu aku buat, cuma mungkin terpaksa buat 2 PhD..satu dalam bidang Kejuruteraan dan satu lagi bidang Pendidikan dengan menggunakan elemen kejuruteraan yang aku dah buat. Cakap macam mudah je tapi sebenarnya peratus untuk berjaya dalam PhD adalah 10% je. Kalau tak disertakan dengan pengorbanan yang banyak memang kita tergolong dalam golongan 90% yang gagal.

Banyak ilmu yang aku dapat, betul lah sangkaan aku, seronok dapat HLP sekejap je, bila dah kursus baru tau ianya bukan semudah dan segembira yang disangkakan pada awalnya. Walaupun aku ambil mixed mode program dan memang pensyarah cakap ianya mudah dari full research tapi cabarannya pada peringkat PhD nanti, sebab pendedahan untuk PhD amat kurang dalam program mixed mode ni. Sebab tu pihak Bahagian Tajaan buat kursus macam ni kepada semua penerima biasiswa supaya boleh bersedia secara umum dan tak rasa terkejut dengan suasana belajar yang baru.

Banyak jugak yang berkongsi maklumat dan pengalaman sepanjang kami berkursus. Geng-geng berkursus pun dah macam kawan yang dah lama kenal. Seronok bercampur dengan orang baru. Kami pun didedahkan untuk sentiasa berkongsi pelbagai maklumat kepada semua peserta supaya ianya menjadi budaya kami semasa kami sambung belajar. Apa yang paling penting adalah sentiasa baca-baca-baca. Semua penceramah cakap benda yang sama jadi mesti menjadi perkara yang paling penting untuk master dan PhD ni.

Mungkin selepas ni kami akan tubuhkan group facebook, whatsapp dan apa-apa medium yang memudahkan kami berkongsi maklumat walaupun kami berbeza bidang kajian. Kalau dah ada nanti aku akan share jugak dalam blog ni bagi semua boleh dapat maklumat yang kami ada. Sekurang-kurangnya orang lain pun boleh mendapat maklumat. Jangan kedekut ilmu, tu yang paling ditekankan dalam kursus ni. Lagi banyak yang diluahkan dan dikongsi dengan ramai orang lagi banyak kita akan dapat.

Mungkin lepas ni dah ada group yang interaktif boleh la buat sesuatu untuk tesis dan terus kongsi dengan kawan-kawan yang lain untuk dikomen dan ditambah baik. Hanya dengan macam tu kita boleh dapat yang terbaik. Semoga ALLAH  memudahkan kami semua!!