Sabtu, November 23, 2013

Kelas bahasa..

Petang-petang ni dok bosan nak buat pape keje. Layan anak-anak tengok TV jela. Isteri pulak buat tempahan cookies buat sesama mak, adik dan sepupu dia nasib baik dapat balik oven besar kami jadi bolehla guna untuk siapkan tempahan. Anak-anak pun nampak macam bosan je tapi nak bawak pi mandi kolam macam dah lambat sangat walaupun ada sesi pukul 6-9 nanti. Malam malas nak bawak sebab sejuk.

Minggu depan aku sambung balik kursus seminggu, semakin hari semakin banyak dapat belajar walaupun pada awalnya memang aku langsung tak paham apa yang disampaikan. Memanglah bila kita belajar kena tanya soalan walaupun soalan tu soalan yang mudah sebab perkara yang mudah pun dah tak paham camne nak buat benda yang susah. Lepas minggu depan kami semua akan berpisah dan mungkin jumpa balik selepas 2 tahun sebab mungkin dikumpulkan semua sekali selepas tamat belajar.

Walaupun aku nak sambung belajar pada bulan 2, tapi disebabkan USM dan kebanyakan universiti lain tidak menawarkan program mixed mode bulan 2 nanti terpaksa mendaftar untuk bulan 9 nanti. Aku redha dan rupanya ada kebaikan. Yela aku terfikir selama 9 bulan aku tunggu untuk masuk universiti aku perlu ambil kelas Bahasa Inggeris untuk perbualan dan mungkin aku akan ambil kelas intensif yang mungkin memerlukan aku hadir kelas setiap hari. Aku dah survey tempat nak belajar bahasa tu, alhamdulillah ada kat Ipoh je. Jadi lepas habis sekolah aku kena pi kelas sehingga aku mahir untuk berbahasa inggeris.

Mana tau nak masuk USM nanti nak kena interview plak payah kalau tak bersedia. Walaupun aku rasa takdela interview heheh tapi dah tentula kelas aku bercampur dengan pelajar foreigner dari macam-macam negara. 9 bulan kena baca kamus la gamaknye. Kalau tak memang aku tak boleh nak cakap bahasa inggeris sampai bila-bila. Lagipun untuk ke peringkat PhD nanti dah tentu kena present menggunakan sepenuhnya bahasa inggeris. Lagipun aku memang ambil bidang kejuruteraan jadi mana ada rujukan bahasa melayu yang paling baik. Semuanya dalam bahasa inggeris.

Berangan plak nak sambung PhD walaupun tau bukan senang. Kawan-kawan yang sebaya yang dah tamat PhD memang aku salute. Bukan senang nak tamatkan PhD kalau tak betul cara dan gaya. Kalau malas lagi la jangan mimpi nak habis PhD. Kalau tak caya cuba tanya kawan-kawan korang yang dah ada title Dr. Boleh beza sikap dengan orang yang biasa.

Apa yang aku paham tentang MASTER DAN PhD ni adalah perubahan sikap yang amat ketara. Master merupakan stu platform perubahan dari malas ke sedikit rajin dan bila dah sampai peringkat PhD dah tentu kena memanjang rajin. Kalau kita malas je tentu masalah bagi menamatkan pengajian. Jadi peringatan untuk diri aku sendiri, jangan MALAS dan buat kerja mesti berstruktur dan tepat pada masa. Jangan bertangguh.

Kelas bahasa inggeris yang aku nak ambik belum tau berapa yurannya. Kalau berpatutan boleh bawak 2 orang anak-anak aku pi belajar hujung minggu. Kurang-kurang bolehla speaking dengan diorang dua. Mesti macam ayam dan itik bercakap haha..takpela janji boleh speaking. Sebab tengah mampu nak belajar kena jugak blajo, esok-esok kalau dah sakit bila nak belajonye..

Sembang pasal gigih baru teringat cerita penceramah semalam tentang seorang kawan dia yang berbangsa singh yang sambung belajar peringkat PhD. 3 hari sebelum konvokesyen dia meninggal dunia akibat penyakit kanser. Bayangkan lagi beberapa hari lagi nak konvo. Umur dia pun masa tu dah dekat 60 tahun dan dai dah tau bila-bila masa saje dia akan mati tapi tetap gigih nak habiskan PhD. Kalau korangla dah tau nak mati baik berhenti belajar betul tak? Tapi moral dari cerita ni walaupun dia dah nak mati tetapi dengan azam nak sumbangkan 1 kajian yang boleh digunakan oleh orang selepas ini tu yang paling nobel. Sebab tu orang putih berfikir akan menyumbang sesuatu kepada masyarakat walaupun dia tau esok dia akan mati. Cara berfikir kita memang lain dengan orang yang belajar tinggi-tinggi. Sekurang-kurangnya nama dia boleh disematkan dalam mana-mana kajian orang lain sebagai rujukan untuk mengembangkan ilmu kepada dunia.

Papehal pun yang penting jangan mudah putus asa. Selalunya untuk elak putus asa kita kena bergaul dengan ramai orang yang berjaya. Kita bokeh mengambil contoh yang baik dari orang-orang yang berjaya.

Tiada ulasan: