Khamis, Januari 29, 2009

Saman...saman...saman...

Aku baru balik dari Sungai Siput selepas mengajar tuisyen Matematik Moden. Kelas mula pukul 8.30 malam sampai pukul 10.00 malam. Aku makan siap-siap pastu tengok cerita Puaka Niang Rapik baru balik ke Ipoh.

Apa yang menarik malam ini adalah aku hampir disaman oleh polis hanya kerana no plet aku WQH 7196 ada masalah. Apa masalahnya...no 7 aku patah tetapi masih lagi nampak bentuk nombor 7. Aku ditahan polis di Kanthan bebetul depan balai polis Kanthan dan aku tau tiap-tiap malam memang ada road block kat situ.

Aku pun dengan muka yakin lalu depan polis dan polis terus suruh aku berhenti tepi. Datang la sorang polis muda lagi dari aku. Dari slang cakap aku agak orang Terengganu. Dia minta leseng aku hehehe..aku bagi dengan yakin (walaupun aku tau dia akan tahan aku pasal plet patah) sebab bulan 4 baru tamat tempoh lesen aku tu.

Kemudian dia minta aku turun kereta. Aku pun turun dengan yakinnya (sebab dah tau apa yang dia nak tegur hehehe) dan dia terus tunjuk kat plet aku pakai lampu suluh dia. Aku pun buat-buat macam tak paham. Pastu dia tanya nampak apa..aku selamba cakap ooo plet no 7 patah.

Pastu mamat tu cepat je cakap ni nak kena samang ni. Aku pun balas la "Erm..nak kena saman ke? Kalau nak saman, saman jela nak buat camne!" (nada baik) Lepas tu mamat tu terus mati idea nak cakap apa lagi. Aku pun tunggu la kot-kot nak keluar surat saman. Tetiba mamat tu cakap "Erm esok tolong betulkan plet ye". Dalam pikiran aku ada 2 je, positif dan negatif (hehehe).

Positifnya dia memang tak mau saman tetapi nak bagitau aku plet aku patah. Negatifnya dia tak dapat duit sebab aku tak mau bagi rasuah disebabkan ayat baik aku "Kalau nak saman, saman jela nak buat camne!". Tetapi hati dia Allah je yang tau. Jadi aku amik yang positif.

Dalam dunia ni bagi aku apa saja kesalahan yang aku lakukan, aku cuba untuk mengaku dan tak mau lari dari tidak mengaku. Kalau aku nak kena saman atas kesalahan lalulintas, saman jela sebab nak buat macam mana dah memang kita salah. Bukan jenis aku untuk bagi duit ke apa ke untuk lepas.

Kalau aku bagi duit apa beza aku dengan pemberi rasuah yang lain. Aku cikgu tetapi aku tunjukkan benda yang tak elok dengan merasuah polis. Jadi ingatlah kalau kita salah dan nak disaman jangan sesekali kita merasuah. Walaupun nilainya RM10 ia tetap rasuah. Biarlah orang lain merasuah jangan kita terlibat sama. Aku jadi cikgu pun disebabkan aku nak lari dari perkara yang melibatkan rasuah masa aku kerja sebagai kontraktor elektrik dulu.

Kita pikirkan apa yang kita bagi anak isteri makan itulah yang akan jadi darah daging mereka. Kalau kotor duit yang kita bagi kotorlah darah daging mereka.


"JAUHILAH RASUAH"

Rabu, Januari 28, 2009

Marissa seronok bermain air di ...

Seronok bebenar aku tengok Marissa bermain air di Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) hari Isnin lepas. Kami pergi seramai 6 orang terdiri dari aku dan anak beranak, mak aku, adik aku 2 orang. Kami bertolak dari rumah ke BMLR pukul 9.30 pagi dan sampai di sana dalam pukul 10.30. Masa kami sampai pun dah ramai orang terus aku pergi ke kaunter tiket. Disebabkan anak aku comel jadi dia tak kena bayar hehehe...

Tiket yang aku bayar sorang RM10 je pasal ada kupon BMLR yang aku dapat dari sekolah. PROMOSI jadi aku pun layankan je. Ingat dapat less RM10 dan kena bayar lagi RM12 sebab nak masuk waterpark kena bayar RM22. Rupa-rupanya memang dapat tiket harga RM10. Jadi dapatla masuk ke waterpark dengan bayaran RM50 je.

Masuk kat dalam je Ayu terus minta aku beli pelampung untuk Marissa harga RM29.90 memang gile punya mahal. Tapi nak buat camne dah harga macam tu bayar jela. Marissa macam seronok bila aku cuba pakaikan pelampung tu kat dia. Budak-budak mana tau apa yang dia ingat mainan je hehe dan dia tak tau sebentar lagi dia lagi seronok.

Lepas beli pelampung terus kami pergi ke tempat mandi untuk bebudak. Tapi pelik aku tengok orang dewasa plak yang main kat situ hehehe sebab dia macam bentuk sungai jadi org suka hanyutkan pelampung kat dalam tu sambil tido hehehe...

Tukar pakaian Marissa terus aku dan Ayu pi layan air. Mak aku tolong jaga barang sebab dia tak mau mandi-manda. Adik-adik aku pi sewa pelampung pastu suruh diorang pi main apa yang diorang nak hehehe aku layan Marissa dengan Ayu lagi best. Tetempat camni memang seronok dengan anak kecil sebab diorang yang akan main lelebih pun hehe..

Marissa punya seronok sampai masuk je air terus tak sabar-sabar nak berenang-renang. Dia tepuk-tepuk air lepas gian sebab masa pergi mandi kat kolam air panas di Taiping tak bagi mandi lama-lama.

Dekat 2 jam jugak kami berendam sampai kulit Marissa kecut dan jadi biru tapi tu pun dia masih nak main lagi. Seronok tengok Marissa main air tak dapat digambarkan. Kami pun bersiap-siap balik dan dalam pukul 1.30 tengahari kami pun balik tetapi singgah dulu di R&R Gunung Semanggul untuk makan tengahari dan terus balik ke rumah selepas kenyang.

Macam-macam perasaan kami dapat sepanjang hari. Dan apa jadi pada Marissa....dia punya penat sampai tidur banyak kali dalam satu hari. Sampaikan hari esoknya pun dia masih penat. Baru tau betapa penatnya main-main air...