Sabtu, Disember 20, 2008

Kenduri Kahwin

Hari ini aku pi kenduri kawan aku di Kepala Batas Pulau Pinang...pukul 11.30 bertolak sampai rumah dia pukul 2.30 sebab sesat salah masuk jalan. Dahla kat tempat tu kedekut signboard pi masuk Butterworth cari signboard ke Kepala Batas haram takde. Bengong betul...aku bazir masa dan minyak serta topup t&g aku mencari jalan ke Kepala Batas..rupanya kepala lain aku jumpa hahaha....

Rupa-rupanya rumah kawan aku dekat bebeno dengan pekan Kepala Batas ingat jauh sangat laa. Aku beria tgk pelan rasa macam jauh padahal tak sampai 500 meter pun dari pekan. Yang menariknya aku dah banyak kali pi tapi sesat jugak nak cari pekan Kepala Batas...kepala hang betoi...(marah ni)!!

Sampai kat rumah kawan aku bernama Abd Basidh (ustat ni) heheh kawan yang banyak tolong aku tumpang rumah dia masa bujang dulu takde bayar 1 sen pun mula aku praktikal kat sana sampai la aku posting kat SMK Seri Ampang dan sebelum aku kahwin. Kawan yang tak berkira dengan aku. Ustat la katakan...hehehe...

Syok pi kenduri dia pasal aku teringat masa aku baru kahwin dengan Ayu dulu-dulu. Tetiba ada 1 perasaan yang mengembalikan nostalgia tu dan rasa macam nak rasa lagi balik perasaan tu.(Bukan tambah bini aaaa...) Tapi hakikatnya perasaan tu akan datang sekali je seumur hidup aku. Perasaan yang hanya menjadi kenangan dan kekal dalam ingatan aku. Nak ceritakan perasaan ni memang tak boleh ungkapkan dengan kata-kata sebabkan kepuasan dapat menikahi seorang perempuan tu rasa macam dunia ni aku dah dapat semuanya (lebih kurang tapi tak sama pasal tak boleh diungkapkan dengan kata-kata hanya diri aku dan Allah je tau).

Memang gembira dapat kahwin ni nak pulak direstui oleh keluarga. Ntahla memalam ni aku nak menceritakan perasaan aku yang mengembalikan nostalgia tapi tak tau nak ungkapkan macam mana. Jadi cerita jela..Basidh ni orang Pulau Pinang dan isteri dia orang Johor Bahru. Jauh betul jodoh dia tapi bagusla. Aku ni dok Ipoh kampung/bandar kat Putrajaya pun jenuh nak balik, kawan aku sorang ni tak tau la camne hehehe..penat kemain nanti.

Aku berharap Basidh dan isteri akan bahagia sampai akhirat. Aku pun mendoakan agar aku sekeluarga pun bahagia hingga akhirat. (Ramai kata sampai akhir hayat kat akhirat tak bahagia hehehe pandangan aku lee) Kepada Basidh buat anak cecepat boleh join korum aku and the gang.

Sebelum terlupa minggu lepas aku pi kenduri kawan aku kat Kati Perak. Ahmad Zabidi namanya. Kahwin dengan orang Penang gak anak mami aku tengok. Keluarga dia pakai kete besau mesti besau-besau belaka. Betul-betul teringat kisah-kisah lama dimana aku pi honeymoon tapi duit tak banyak tapi sebab nak pi honeymoon korban jugak laa semua tu. Bila tengok kengkawan kahwin ni memang aku teringat masa-masa lalu aku bersama dengan isteriku pada hari pertama kami nikah sampai la sekarang. Banyak dah berubah masa bujang dengan lepas ada tanggungjawab.

Kenangan dimana aku berulang alik dari Taiping ke Ipoh tiap-tiap hari kerana mengajar sampai la aku dah menetap di Ipoh. Memang pengalaman yang betul-betul menarik dan tak ramai dapat rasa pengalaman macam aku. Kenapa...kenapa..memalam ni aku teringat semuanya sekali...rasa seronok, gembira, sebak dan macam-macam lagi. Kepada kengkawan yang belum kahwin lagi...seruan untuk semua kahwin cecepat...bukan senang nak dapat pengalaman macam ni. Kalau boleh kenduri tu buat bebetul sebab kalau korang buat kenduri nikah je (save budget) korang akan menyesal sebab takde pengalaman yang best....

Teringat lagi satu perkara...kawan aku bernama Mohd Rizal Arham juga melangsungkan majlis perkahwinan dia pada hari ini di rumah pihak lelaki. Tetiba pepagi aku dapat mesej suruh datang kenduri kahwin dia. Aku pun cecepat mengucapkan tahniah pada dia walaupun baru tau pagi hari kenduri dan tak dapat hadir pasal menghadiri kenduri kawan di Penang. Seronok kengkawan dah ramai join korum. Kepada Rizal semoga berbahagia bersama isteri tercinta. Kawan yang banyak bantu aku masa kat U dulu..dialah tempat aku pinjam kete nak bawak Ayu berjalan tukar dengan motor buruk aku dapat pakai kete dia dengan takde bayaran tapi aku topup minyak kete dia penuh-penuh.(Penuh ke...heheh kengkadang tu ngelat jugak tapi dia baik)

Semua dah mengakhiri zaman bujang. Seronok bercampur-campur perasaan sekarang. Aku pulak bakal mendapat anak ke-2 tak lama lagi. Tu lagi seronok tapi masih tak boleh kalahkan seronok masa hari akad nikah dan mula-mula memegang jawatan Suami sepenuh masa.


Kepada kengkawan yang melangsungkan perkahwinan sepanjang bulan Disember ni...
SELAMAT PENGANTIN BARU
SEMOGA BAHAGIA HINGGA AKHIRAT

Tiada ulasan: