Rabu, Disember 17, 2008

Marissa dah pandai merangkak dan memanjat

Dah dekat dua minggu sejak Marissa mula cuba-cuba untuk merangkak...at last semalam dia dah pandai skit-skit. Mula-mula ingat dia tak boleh tetiba jauh jugak dia merangkak sebelum dia menjulur balik. Satu peningkatan yang sangat memberangsangkan.

Paling seronok Marissa pun belajar memanjat. Selalunya budak-budak merangkak dulu baru memanjat ni sekali jalan ke memang budak-budak camtu. Mungkin belum cukup 1 tahun Marissa dah boleh berjalan. Cepat jugak anak aku yang comel tu berjalan.

Makin hari tengok dia makin sayang dan seronok. Perkembangan seorang anak dari baru lahir sampai la dia boleh berjalan seterusnya besar. Harap-harap anak aku semua menjadi dan tak buat perkara-perkara yang tak seronok dari pandangan kami berdua.

Sekarang menanti detik untuk anak kedua, dapat tengok lagi perkembangan seorang baby comel dari kecil sampai la dia boleh berjalan. Waktu ini memang paling-paling menyeronokkan sebab kita nampak dari hari ke hari. Kalau tak caya tanya sesapa kengkawan yang dah ada anak. Benda tu la yang paling menyeronokkan.

Sekarang waktu rehat 30 minit dari menanda kertas soalan. Tinggal lagi 100 lebih keping untuk dihabiskan dalam masa 2 hari ni. Hari jumaat nak semak semula sekiranya ada kesalahan menanda. Kesian pelajar yang aku tanda kertas diorang kalau patut dapat markah tapi tak dapat. Aku dapat bayangkan kalau anak murid aku mesti kerugian sebab mungkin 1 markah yang terlepas menyebabkan dia tak boleh dapat gred yang baik.

Ingat minggu lepas Krismas nak pi berjalan-jalan di negeri orang tapi tengok la dulu.Kalau ada rezeki baik punya layan kalau takde dok kat rumah jela. Pengumuman untuk semua kawan-kawan yang bekerja dengan kerajaan, semi kerajaan dan yang ada kaitan dengan kerajaan...


"ESOK HARI GAJI + BONUS KE 2"

2 ulasan:

karem berkata...

pakcik kayo.

Aku terharu membaca blog melayu ni. ko mmg pandai berbahasa selain mencarut, tidak seperti aku yang lebih bijak bersukan tetapi bahasa melayu SPM ku C6. Sungguh pilu rasanya...

GT Maarof berkata...

Haha..tula yang paling ko tak tau tentang aku hahaha walaupun ia mencarut tapi aku dapat bahasa melayu A2 dalam SPM hahahaah. Yang penting pakcik kayoooooo...