Rabu, Disember 10, 2008

Marissa cuba-cuba untuk merangkak

Sekarang anak aku dah mula nak merangkak-rangkak walaupun masih takut-takut. Seronok dari kecil sampai sekarang dapat tengok anak membesar. Pengalaman ini tak ramai yang ada. Masing-masing ada pengalaman tersendiri bergantung kepada anak masing-masing.



Pagi tadi lagi menarik sebab dengan tak disangka-sangka Marissa cuba panjat aku yang sedang duduk bersila dan dia terus berdiri. Takkan anak aku ni terus berjalan tanpa merangkak. Sekarang dia dah pandai mengada-ngada sebab nak bermanjalah katakan.


Tak lama lagi dia ada adik jadi tak dapatlah nak bermanja sangat. Tapi insyaallah aku akan layan sama je takde kurang takde lebih. Terlalu banyak perkara yang akan berlaku dan kehidupan mesti diteruskan. Marissa semakin besar dan adiknya akan bakal lahir ke dunia ini.


Makin bertambahlah rezeki dan ahli keluarga kami. Seronok dan makin tak sabar untuk menjadikan keluarga ini keluarga yang bahagia.

1 ulasan:

Unknown berkata...

salam cikgu,
anak aku dah 14 bulan usianya
seperi ko juga, anak edua aku akan lahir pada ogos 2009...
Terima kasih sudi lawat blog aku..

ridwanto