Isnin, April 06, 2009

Alangkah gembiranya aku....

Beberapa hari selepas Nur Alisya Humaira lahir, kakaknya yang akan dipanggil KAK YONG telah berasa yakin untuk berjalan walaupun sebelum ini dia dah boleh berjalan cuma perlu orang pimpin.

Bila tengok anak aku yang pertama dan kedua baru terasa Marissa dah besar rupanya. Bagi aku anak aku comel-comel belaka (orang lain tak tau la..). Senang hati bila tengok anak-anak yang kian membesar.

Kali ini aku menunggu apakah rezeki yang akan kami dapat sempena kelahiran Alisya. Tahun lepas sesudah kelahiran Marissa kami dapat pindah Ipoh sebab Ayu dapat kerja baru di Carsem. Tahun ini harap-harap Ayu dapatla masuk KPLI jadi cikgu.

Senang 2-2 jadi cikgu sebab kalau cuti ada banyak masa dengan keluarga kami berdua. Boleh balik kampung lama skit.

Bila memikirkan keluarga semakin besar, hati aku tak sabar nak tau apa akan jadi. Cabaran silih berganti dan hidup kini lebih bermakna. Tak tau la apa akan jadi kalau mereka-mereka di sekeliling aku (keluarga-keluarga aku) tiada disamping untuk menguatkan lagi suasana hidup yang semakin hari semakin mencabar dan menarik.

Esok hari terakhir aku cuti sempena kelahiran anak aku. Dah pakai 1x cuti bersalin tinggal lagi 4 kali je lagi. Ayu kalau masuk jadi cikgu ada 5x lagi la cuti bersalin bergaji penuh. Ada harapan dapan 3-4 orang anak lagi la ni hehehe...

Aku harap anak-anak aku membesar dengan sihat dan ceria. Kawan-kawan dan keluarga doakan la kami sekeluarga...

2 ulasan:

Byxura The Great berkata...

Macamana reaksi Marissa dapat adik?

GT Maarof berkata...

Dia tak paham lagi tapi dia macam seronok je ada adik. Kadang-kadang nampak dia jeles sebab kami layan adik dia terpaksala aku layan semua sekali. Penat tapi seronok.