Sabtu, April 11, 2009

Ibubapa dan anak murid

Hari ni aku telah berjumpa dengan 2 orang ibubapa budak yang aku tangkap merokok dalam tandas pelajar. Beginilah yang terjadi...

Pelajar 1

Bapak dia yang datang. Sampai je aku sambut dengan salam. Baik bapaknya pakai kopiah. Aku pun mulakan bicara dengan menyatakan anak dia aku telah tangkap merokok dalam tandas bersama lagi seorang pelajar. Bapa dia dah tak tengok muka anak dia. Dengan lemah dia cakap dah berbuih mak bapak marah kat rumah tapi masih tak nak berubah. Rupa-rupanya 2 hari lepas dia dah dikantoikan 1 kotak rokok oleh mak dia. Mak berjawatan baik dalam sektor kerajaan tetapi kesian anak buat masalah. Aku sebagai cikgu paham anak muda sekarang macam-macam perangai. Anak dia menyatakan dia nak berhenti merokok tapi dengan alasan slow-slow..dengan selamba aku tibai kalau slow-slow pun tetap merokok jadi bila nak berhentinya..tapi bapaknya mengatakan dah teruk dah kena marah kat rumah tapi tetap tak berubah. Bincang dalam 20 minit dan bapak dia dah malas nak cakap tentang anak dia. Aku cuma bagitau kesalahan ini akan direkod dan selepas ini kalau ada lagi jangan terkejut dia akan digantung persekolahan dan bapak dia cakap terpulang pada pihak sekolah nak buat keputusan dia dan keluarga ikut sahaja.

Pelajar 2

Maknya datang membawa adik-adik dia. Tak menyempat aku habiskan perbincangan bersama bapak pelajar 1 tadi. Aku minta dia tunggu sekejap untuk selesaikan perbincangan. Kemudian diorang masuk ke dalam bilik PK Hem tempat aku berbincang untuk selesaikan kes. Diorang minta tunggu nak suruh bapak dia masuk sekali. Aku pun menyediakan la 1 lagi kerusi untuk diorang duduk. Muka pelajar ni agak sombong dan boleh aku katakan macam berlagak dan ini disahkan sendiri bapak dia. Aku mulakan bicara yang aku telah tangkap anak dia merokok di dalam tandas. Bapak dia diam je tapi aku tengok bapak dia dah resah macam tahan marah. Aku dok pikir jugak kot-kot aku plak dia pukul tak pasal-pasal plak hehhe.. pada mulanya mak dia yang banyak bercakap aku pun layan jela.

Bila bapak dia mula cakap je terus tak berhenti. Mula-mula dia cakap cikgu saya nak cikgu rotan anak saya 3x sekarang jugak. Aku balas la kenapa nak rotan sebab kalau aku rotan aku dah tak boleh amik tindakan lain. Bapak dia cakap anak macam dia ni kurang ajar, berlagak, besar kepala dan macam-macam lagi heheh aku pun layan jela. Tapi memang dia nak anak dia di rotan 3x sekarang jugak. Aku dah jem otak. Bapak camni pun ada jugak ke. Aku cakap anak dia ni aku mungkin akan amik tindakan gantung sekolah sebab dah 2x kena tangkap merokok. Dengan pantas bapak dia cakap saya tak mau anak saya digantung sekolah. Pulak aku jem lagi. Pastu dia mencecehla ntah pape aku dengar je. Tapi secara umumnya aku nampak dia tak dapat kawal anak dia pastu salah pihak sekolah sebab tak buat sesuatu kat anak dia. Aku pikir ingat kami ni nursery ke? Nursery pun takkan buat macam tu. Dia mengiakan tanggungjawab mendidik anak tanggungjawab dia tapi pihak sekolah pun kena buat sesuatu. Aku dalam otak pikir 1 je..dia nak letakkan kesalahan dia kat orang lain. Nampak sangat dari pemikiran mak bapak dia masing-masing tak mau mengaku mereka silap. Dekat sejam jugak aku berbincang dan selama itu ayat dia tetap nak salahkan pihak sekolah, siap bagi cadangan supaya tiap-tiap hari anak dia di check keseluruhan...aku pikir bukan tu patut tanggungjawab dia ke? Takkan aku ni orang luar tetiba nak pi check sampai dalam2 hari2 macam la aku ni takde keje lain.

Aku masa tu dah angin dah sebab semuanya salah pihak sekolah. Cara nak tutup kesalahan sendiri. Last-last aku dah malas aku cakap camnila lepas ni aku mintak anak dia jumpa aku hari-hari pada awal pagi dan sebelum balik rumah untuk lapor diri. Dan aku tekankan kat dia tu tanggungjawab anak dia. Kalau dia tak datang jumpa aku, tetap aku akan kumpulkan dan amik tindakan dan dia pun mungkin dah malas pikir terus setuju. Masa tu aku pikir 1 lagi beban keje aku terpaksa buat. Macam la aku ni takde keje lain. Pelik betul la. Tapi masa tengah bising-bising anak dia meninggi suara kat mak bapak dia aku pun menyampukla kamu cakap dengan mak bapak kamu elok-elok jangan jadi kurang ajar. Aku rasa mungkin ada silap yang mak bapak dia sebelum ini menyebabkan anak dia jadi macam itu. Aku cuba untuk paham dan mungkin aku akan rujuk balik ke kaunselor lepas ini. Aku bincang dah lama sangat sampai dah menyampah nak bincang sebab sikap anak, bapak dan maknya hahaha. Dah rasa macam aku ni PK Hem plak hehehe..

Itula 2 orang pelajar yang aku jumpa mak bapak dia hari ini. Dan aku terpikir 1 hari nanti mintak anak aku dijauhkan dari buat perangai macam ini. Aku tau kalau aku cakap banyak sangat nanti anak aku pun jadi macam itu. Mintak dijauhkan la perangai anak-anak aku macam tu. Amin ya rabbal al amin....ini satu iktibar dan aku tau ini baru permulaan bagi aku untuk menjadi cikgu yang cemerlang.....

Tiada ulasan: