Sabtu, April 04, 2009

Kronologi 1 April 2009

31 Mac 2009

9.00 am
Kami bertiga ke Pusat Perubatan Ar-Ridzuan Ipoh kerana Ayu digigit serangga dan menyebabkan dia gatal-gatal seluruh badan dan menyebabkan bengkak-bengkak. Marissa pula selsema dan susah nak buang air besar sejak beberapa minggu.

1.00 pm
Kami sekeluarga singgah membeli makanan tengahari di Taman Cempaka selepas aku singgah di sekolah untuk menghantar surat Buang Sekolah seorang pelajar.

2.00 pm
Kami sekeluarga rehat dan tidur dengan nyenyaknya walaupun panas tak ingat dunia.

4.00 pm
Aku keluar mencari makanan untuk makan petang tapi takde yang menarik.

8.00 pm
Aku keluar membeli makan malam aku dan Ayu. Aku teringin makan nasik goreng ayam dan ayu nak makan beger daging special cheese kegemarannya.

9.00 pm
Aku makan bersama Ayu tapi dia kurang berselera.

10.00 pm
Ayu tidur dan aku masih melayan televisyen. Marissa dah lama tidur kepenatan betul dia.

1 April 2009

12.00 am
Aku mula mengantuk dan terus tidur dengan bangganya.

1.00 am
Ayu kejut aku cakap perut dia dah sakit-sakit dan aku tanya dah nak bersalin ke? Kemudian dia reda aku pun sambung tido balik.

2.00 am
Ayu kejut aku lagi dan kali ini dia rasa sakit setiap 5 minit. Aku nak kompemkan dan tengok memang betul.

2.30 am
Aku bersiap-siap packing barang Ayu. Barang baby dah siap lama dah sebab takut bersalin awal. Aku pun solat isya dan terus cepat-cepat siapkan barang-barang. Ayu dah telefon mak dia dan bagitau nak bersalin. Keadaan menjadi kaget sekejap yela tengah malam. Nasib baik dah tidur siang tak la mengantuk sangat. Aku suruh Ayu siap-siap dan solat isya.

2.50 am
Kejutkan Marissa dan nak bawak dia ke rumah pengasuh tetengah malam. Terjerit-jeritla aku kat luar rumah dia sampai jiran-jiran pun terbangun (hehehe).

3.00 am
Bertolak ke Pusat Perubatan Ar-Ridzuan dengan keadaan yang steady sebab takut Ayu sakit kalau terhentak.

3.20 am
Tiba di Pusat Perubatan Ar-Ridzuan dan aku terus Check In (macam hotel plak). Aku tengok ada 3 orang lelaki dok tidur kat atas kerusi. Aku ingatkan ada lagi orang lain yang bersalin malam tu. Saje tanya Nurse dia cakap diorang bukan tunggu isteri bersalin tapi Bodyguard anak MB Perak (Dato Seri Muhammad Nizar) takut-takutla orang BN buat pape. Anak Nizar baru je lepas bersalin petang semalam.

3.30 am
Aku lepak-lepak dalam kete pasal nak tunggu Ayu buat check up. Dan la layan lagu-lagu Retro Sinar FM. Dok mesej-mesej dengan Ayu dan mak dia bagitau keadaan semasa.

3.40 am
Ayu mesej aku dia diberi ubat supaya berak. Dia pun pila berak.(Hehe sensored skit).

4.00 am
Ayu tepon aku suruh bawak baju baby masuk dalam. Aku pun bawak la masuk kat labour room. Tengok-tengok Ayu dah atas katil tahan sakit. Aku pun pi kat dia bagi semangat. Waktu ni kritikal sebab tengah tunggu doktor datang. Ayu dah tak tahan sakit sangat-sangat.

4.10 am
Ayu cakap dah tak tahan nak keluar dah baby tu. Dia asyik cakap nak teran je. Aku tenangkan dia skit. Cakap kat dia bawak bersabar. Nurse pun pesan baca pape supaya dapat tahan sampai doktor datang

4.15 am
Doktor Raoofah sampai (doktor yang selalu merawat Ayu). Doktor pun siap-siap untuk menyambut baby. Doktor bagi arahan kat nurse aku pun tak paham amenda hehehe..
Aku pegang tangan Ayu dan usap-usap dahi dia suruh tenang skit. Doktor pun suruh teran pada waktu ini. Aku pun tengok jugak takut-takutla darah tersembur-sembur ke risau gak aku kot-kot jadi camtu mau pengsan jugak aku hehehehe..Ayu meneran dengan sekuat hati..

4.20 am
Puteri ke-2 aku lahir ke dunia nyata. Alhamdulillah berjaya juga Ayu melahirkan seorang anak yang sangat comel tetapi ada keistimewaannya. Muka macam anak mami hehehe (aku agak sebab banyak makan kat kedai mamak kot hehehe) Baby sihat dan tiada masalah. Aku tengok anak aku comel. Berat 2.8kg besar skit dari Marissa dulu 2.3kg. Doktor pun mula menjahit luka Ayu. Aku tenangkan Ayu dan waktu ini dia memang tenang sebab dah lepas melahirkan anak yang sihat dan comel.

4.30 am
Doktor suruh aku pi iqamah anak aku yang comel tu. Aku pun pila azan dan iqamah kat telinga anak aku. Tengok dia rileks je.. tenang je anak aku. Terkejut jugak anak aku muka macam anak mami tapi kulit cerah.

5.00 am
Aku pi jenguk Ayu kat dalam wad dan tengok keadaan dia macam mana. Aku tengok dia pun tenang je aku bagitau aku nak balik tidur kejap walaupun aku tak mengantuk. Segan nak tidur kat situ sebab bilik semua penuh tinggal wad je. Kalau dapat bilik boleh aku tidur kat situ je tunggu Ayu.

5.30 am
Aku sampai rumah dan berangan skit-skit aku tertidur.

6.15 am
Ayu mesej tanya mana baju-baju dia. Aku cakap aku bawak balik ada dalam kete. Pukul 7.30 baru aku pi sana tengok dia dan hantar baju. Dah tak boleh tidur aku pun pi solat subuh pastu bersiap-siap untuk pi tengok anak aku Marissa kat rumah pengasuh dia.

7.30 am
Aku pi rumah pengasuh Marissa dan tengok dia masih tidur. Tengok dia kesian je sebab tinggal kat rumah pengasuh pepagi buta. Nak cium pun pikir 2-3 kali takut bangun nak ikut aku plak. Pengasuh dia cakap tengah pening sampai tak larat nak buat keje pape pun. Aku pesan nanti dalam pukul 10 siap-siap aku bawak pi klinik.

8.00 am
Aku sampai di Pusat Perubatan Ar-Ridzuan untuk tengok Ayu dan baby. Tengok-tengok diorang tengah mandikan baby. Ada 6 orang semua sekali. 4 orang lelaki 2 orang perempuan termasuk anak aku. Cucu Nizar pun pompuan. Nurse mandikan baby pastu siap-siap untuk letak kat mak diorang masing-masing. Alisya nama anak aku dihantar kepada Ayu dalam pukul 8.30 lepas semua baby doktor dah check. Tak sangka kawan Ayu masa kat sekolah pun bersalin kat tempat yang sama sedangkan diorang dah tak jumpa lama dan baru-baru ni diorang terjumpa di ujian M-Test tengok-tengok jumpa lagi tapi masing-masing bersalin hehehe. Aku pun bagitau Ayu nak balik rumah jap sebab dah janji dengan tuan rumah nak repair tangki air yang ada bangkai tikus kat dalamnya dan menyebabkan air bau busuk.

9.00 am
Aku singgah kedai makan nasik lemak wak kat stadium untuk makan nasik lemak sotong. Tetiba tuan rumah tepon diorang dah ada kat depan rumah aku cakap tunggu sat aku on the way. Aku pun makan kelam kabut macam nak termuntah hehe..

9.20 am
Sampai kat rumah tengok-tengok tuan rumah dengan staf-staf pembersihan dah panjat bumbung bilik air. Aku pun bantula pape yang patut untuk bantu.

10.00 am
Aku minta keluar jap nak hantar pengasuh Marissa pi klinik untuk amik ubat. Aku pun pi hantar pengasuh Marissa pi klinik.

10.30 am
Tuan rumah cakap dah siap keje dan nak balik. Aku pun hantar balik pengasuh anak aku dan aku bawak balik Marissa untuk mandikan dan bagi makan. Lepas aku mandikan Marissa dia mengamuk-mengamuk dan aku tidurkan dia terus tidur tak dan nak bagi makan kanji.

11.30 am
Ayu dah mesej bagitau dia tak mandi lagi sebab aku takde jadi aku pun kejutla Marissa dan bawak makanan dia kat rumah pengasuh.

12.00 pm
Aku sampai di wad terus tengok anak aku yang comel tengah tidur. Terus aku minta Ayu cepat-cepat mandi. Senang cerita aku jaga Alisya tengok dia comel sangat tapi kesian kat dia takut sejuk. Masa mandi pagi tadi semua baby menangis takut air. Marissa dulu mandi je punya la seronok takde nangis-nangis hehe..

2.00 pm
Aku nak pi beli barang-barang baby untuk buat stok. Jalan-jalan dekat sejam jugak cari barang-barang pastu perut aku macam berbunyi menyanyi lagu lapar hehehe.

4.00 pm
Aku singgah kat kedai makan. Ikut hati nak makan Mc D tapi aku pikir-pikir duit pun sengkek pi makan roti canai 3 keping terus. Tengah makan Ayu tepon kata dah boleh balik so nak kemas-kemas.

4.45 pm
Aku pi cecepat ke Pusat Rawatan Ar-Ridzuan untuk bawak balik Ayu dan Alisya ke rumah. Kemas-kemas lebih kurang sampai tuala pun tertinggal tak amik-amik sampai sekarang.(hehe). Masa aku sampai nurse tengah bagi penerangan kat Ayu tentang ubat-ubat yang kena makan.

5.00 pm
Aku bawak balik Ayu dan Alisya dan bermulalah kehidupan aku berempat bermula hari ini....






4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam.
maarof! tahniah, dah masuk anak ke-2...

-miji-

GT Maarof berkata...

Terima kasih atas ucapan tahniah ko miji, ko bila pulak!!

Byxura The Great berkata...

Tahniah Maarof! baby girl gak eh? Comel!

GT Maarof berkata...

Terima kasih Baizura..anak pompuan jugak dan best pasal anak sulung aku akan ada geng main masak-masak nanti hehehe.