Jumaat, November 22, 2013

Mudahnya kumpul pahala

Kenapa mudahnya dapat pahala, ini adalah perkongsian dari penceramah untuk kursus persediaan HLP aku hari ni. Seorang pemegang dokterat PhD tapi tak pernah makan diluar walaupun mampu untuk makan diluar hanya memasak untuk 9 orang anak dan seorang suami. Memegang kata pesan mak beliau, walau apapun terjadi kena masak dirumah apabila semua ahli keluarga ada dirumah.

Beliau berkongsi, bila suami habis makan, langsung tak benarkan suami basuh pinggan kerana dia minta tugasnya sebagai isteri mendapat pahala dengan membantu suami sebagai bekalan di akhirat nanti. Ada betulnya dia cakap, selagi kita menganggap apa yang dilakukan untuk suami / isteri sebagai satu sedekah, maka ianya menjadi satu pahala untuk kita. Beliau siap share minta dalam hati agar suami yang balik kerja campak je stokin ke baju ke merata-rata tempat supaya dapat dikutipnya sendiri dan dengan harapan suami redha dan anggap ia pertolongan dari isteri menguruskan hidup si suami.

Berbalik kepada tajuk diatas, aku pun terfikir apa yang boleh buat isteri aku gembira, dahla hari ni dia punya birthday, aku plak dengan ada kursus balik pun dah lambat, jadi aku dok pikir beli kek la kat secret recipe. Aku pun beli lepas ambik anak-anak kat pusat jagaan. Suruh anak-anak pilih kek, siap rancang dengan anak-anak camne nak surprise mama diorang. Seronok jugak dengar cadangan anak-anak, baru terasa diorang dah ada idea. Kak yong siap cadangkan nyorok kat dalam rumah lepas tu kalau mama balik je terus jerit "mama ada kejutan" hehehe..

Anak-anak siap berlatih menyanyi lagi macam diorang buat kat sekolah, lawak pun ada hehe..anak-anak aku memang kreatif jugak mungkin dapat idea dari teacher kat sekolah diorang. Bagus jugak bagi diorang masuk tadika awal, otak bergeliga dalam beri idea yang buat diorang gembira. Bagi aku bila isteri aku dapat tersenyum sebab sambut birthday dia pun dah cukup seronok. Yela bukan senang jadi isteri ni macam-macam kena fikir dan buat.

Malam ni aku bawak isteri dan anak-anak makan malam kononya nak makan kat restoran malaysia raya rupanya dah tutup. Kedai yang terbaik dah tutup, lepas ni nak kena cari kedai makan yang best yang lain plak..yang penting aku dapat gembirakan diorang semua so terpaksalah makan kat Taman Kanak-Kanak Ipoh, dekat dengan gerbang malam, makan kat situ pun ok jugak janji kenyang hehe tu untung ada isteri dan anak-anak.

Teringat kisah salah seorang kawan yang menyertai kursus HLP bersama, dia sembang hampir kehilangan seorang isteri yang koma selama 3 bulan kerana menghidapi penyakit denggi berdarah. Bayangkan dalam masa 3 bulan terpaksa menguruskan anak-anak dan rumah yang sebelum ini hanya isteri dia yang uruskan walaupun isteri dia pun bekerja. Doktor siap maklumkan kepada ahli keluarga untuk bersiap-siap kerana tiada harapan untuk meneruskan hidup. Harapan untuk hidup memang sangat tipis. Aku sendiri bertanya macam mana tetiba boleh selamat, dia cakap beberapa hari dia buat bacaan yassin, solat hajat bersama pelajar tahfiz dan macam-macam lagi. Memanglah kalau bukan ajal kita Allah akan biarkan kita sembuh, jadi nak jadi cerita sehari selepas doktor maklumkan bahawa isteri dia takde harapan nak hidup, kuasa Allah semua mesin berfungsi dan terus membantu untuk isteri dia sembuh. Selepas 2 minggu isteri dia pulih tapi masih tak dapat kawal diri dari segi kawalan otot. Tu cerita dia 2 tahun lepas. Kalau jadi kat aku, pilihan antara hidup dan mati mesti aku tak tenteram dan mesti semua benda tak jadi.

Nak tambah lagi 2 tahun sebelum isteri dia koma, ibu dia meninggal disebabkan dilanggar lari, ibu dia selepas kena langgar memang takde apa luka dan kecederaan serius siap boleh maklumkan orang ramai mana rumah dia dan mintak orang panggil dia. Mak dia dibawa naik ambulans dan doktor scan tiada kecederaan. Tetapi tiba-tiba mak dia nazak, rupa-rupanya mak dia masa kemalangan tu kena gilis bahagian perut dan doktor kesan pundi kencing mak dia dah pecah, dan tak lama lepas tu selepas mak dia mengucap kalimah syahadah banyak kali terus meninggal didepan dia sendiri. Kalau aku la tak tau camne dan apa yang aku akan buat.

Nak tambah lagi, 2 tahun sebelum mak dia meninggal, bapak dia meninggal selepas beri salam pada jemaah surau kat area rumah sebelum nak solat. Tetiba bapak dia rebah dan terus meninggal. Ya Allah bila aku dengar cerita dia terus aku pikir memang kita patut hargai orang yang kita sayang selagi diorang masih berada disekeliling kita. Bila kita dah kehilangan diorang baru kita rasa sesak.

Berbalik semula kepada tajuk, kita nak dapat banyak pahala senang sangat, gembirakan orang sekeliling kita terutamanya keluarga kita. Setiap yang kita lakukan untuk menggembirakan diorang Allah akan balas kat tempat lain. Jadi percayalah what goes aroung comes around..

Tiada ulasan: