Sabtu, November 02, 2013

Keputusan HLP 2014 KPM..

Alhamdulillah akhirnya aku berjaya mendapatkan HLP di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Perasaan yang sangat tidak terkira gembiranya. Sebab aku takut tak dapat mesti aku kecewa yang melampau. Tapi Allah Maha Pemberi Rezeki dan dialah yang memperkenankan doa aku untuk dapat sambung belajar.

Dari hari selepas temuduga HLP aku dah rasa was-was boleh dapat ke tak? Memang hati yakin akan dapat tapi sejak akhir-akhir ni rasa macam tak dapat. Yelah lepas macam-macam yang berlaku hati menjadi bertambah was-was. Tapi Alhamdulillah dapat jugak.

Memang keputusan yang aku berharap sangat ianya positif. Tak sangka pertama kali memohon terus dapat. Padahal hanya bawak proposal berapa muka surat je. Lepas tu isi kandungan pun main hentam je tapi bila Allah kata itu REZEKI aku, tiada siapa boleh menafikannya lagi.

Lepas ni nak kena sediakan dokumen-dokumen untuk dihantar semasa mendaftar untuk menghadiri kursus selama 2 minggu dari 17 November 2013 hingga 29 November 2013 di Pusat Latihan UiTM Kg Gajah. Selamat aku sebab dekat dengan rumah dan aku boleh ulang alik dari rumah, yela tiap-tiap pagi nak kena hantar anak-anak ke sekolah tadika sampai hujung bulan pulak.

Habis dari kursus tu nanti sambung plak dengan bawak anak-anak pi bercuti dan kemudian sambung pula menanda kertas SPM kertas Sains. Memang aturan Allah itu sempurna. Aku dapat menyelesaikan semua kerja-kerja mengikut perancangan.

Tahun depan berharap dapat sambung MASTER bulan 2 dan kalau tak kena sambung bulan 9 terasa lama la plak. Harap USM buka pendaftaran untuk pelajar baru bulan dua nanti. Takdela tunggu lama sangat.

Dengan ini aku terpaksa melepaskan semua jawatan-jawatan utama di sekolah aku kepada orang lain. Alhamdulillah aturan Allah tetap terbaik. Aku pun telah ada pelapis-pelapis yang boleh menggantikan aku tahun depan dan seterusnya. Setelah banyak yang berlaku, Allah bagi ganjaran untuk aku sambung belajar.

Tahun depan anak-anak murid MPV aku akan mendapat guru baru, jadi tahun ini kena selesaikan semua fail pentaksiran pelajar tingkatan 4 untuk aku serahkan kepada kawan aku yang bakal ditukarkan tahun hadapan  ke sekolah aku. Memang sibuk sikitlah hujung tahun ni kena siapkan semua tugas supaya semua orang tak terasa kehilangan sementara aku dari sekolah.

Macam sedih plak! Patutnya aku gembira huhu..tapi apa-apa hal pun terima kasih yang tak terhingga kepada ALLAH, mak, abah, isteri, anak-anak, adik-adik, rakan-rakan dan semua yang terlibat secara langsung dan tak langsung dalam membantu aku untuk mendapatkan HLP 2014. Semoga Allah membalas jasa anda semua dengan sesuatu yang terbaik.

Ingatlah bukan semua yang kita mahu kita akan dapat tapi Allah menyuruh kita BERUSAHA supaya kita akan menghargai apa yang kita dapat. Tahun depan aku akan bergelar PELAJAR kembali setelah tamat Ijazah Sarjana Muda tahun 2005 dan Diploma Pendidikan 2006.

Aku akan berusaha untuk dapakan GOLD MEDAL masa KONVOKESYEN nanti. Semoga ALLAH Perkenankan Doa aku ini. Sekurang-kurangnya aku tak dapat GOLD Medal masa ISM dulu aku boleh dapat masa MASTER ni pulak.

Semangat sungguh. Malam ni tidur dalam keadaan tersenyum. Esok tak tau lagi sebab mungkin Allah bagi aku ujian lain pulak untuk menguatkan lagi diri aku ini..Wassalam...

Anda boleh semak keputusan di sini : -->> http://apps.moe.gov.my/ehlp/cbbptb/scbbptb/index.cfm




1 ulasan:

celotehz berkata...

Salam
Boleh kongsi tajuk apa yg dicadangkan utk masters tu.blh bg tips utk pemilihan kursus dan tajuk tesis.dah 3 kali minta tp tak pernah dapat