Ahad, Januari 18, 2009

2 minggu telah berlalu...

Tanpa disangka....

2 minggu telah berlalu waktu persekolahan yang bermula pada 5 Januari 2009. Tahun ini sampainya seorang guru Fizik dari sekolah lain dan dengan bangganya mengganti aku mengajar tingkatan 6. Aku yang bangga pasal dapat lari dari penyiksaan mengajar budak tingkatan 6. Apa yang tersiksa...persediaan mengajar tu yang paling tersiksa...aku merupakan guru yang melibatkan diri dengan 3 bidang dalam sekolah. Pada mulanya aku terlibat dengan kokurikulum, kemudian disiplin pelajar dan tahun lepas terlibat dengan kurikulum sekolah. Tahun ini bertambah lagi satu pengurusan maklumat murid haha..boleh jadi gila kalau tahun pertama aku pegang bebenda macam ni.

Alhamdulillah aku hanya mengajar pelajar tingkatan 4 dan 5 sahaja. Senang skit persediaan kerana ambil masa dalam 5 minit kemudian terus mengajar tapi kalau tingkatan 6, 5 minit punya persediaan untuk mengajar 2 minit hahaha..sekarang dah lega tetapi pening dengan pengurusan maklumat pelajar dan disiplin tapi takpe janji aku seronok bekerja.

Aku merupakan seorang guru yang garang tapi dalam kelas mesra. Pelajar pun kadang-kadang kecut bila terserempak dengan aku tapi kadang-kadang diorang ok dengan aku tengok pelajar la. Kalau memang dia seorang yang bermasalah disiplin memang takut la jumpa aku. Sejak memegang jawatan dalam disiplin banyak telah aku belajar dalam pengurusan manusia. Bukan senang nak mengawal anak remaja. Ada yang baik dan ada yang nakal. Setakat ini aku belum jumpa dengan pelajar yang jahat.

Mengawal anak remaja banyak cabarannya terutamanya yang jenis degil-degil. Pelajar sekarang rasanya tidak jauh beza dari pelajar dulu cuma sekarang ini banyak pendedahan dari segi informasi. Banyak teknologi yang menyebabkan pelajar sekarang terlalu terdedah dengan perkara yang negatif.

Macam-macam perkara telah berlaku dalam masa 2 minggu sehingga aku sendiri tak dapat buat blog setelah sekian lama. Mana nak buatnya balik dari sekolah pun paling awal pukul 4 sejak minggu lepas pukul 6 baru balik kerana menyiapkan maklumat pelajar yang berterabur. Harap-harap minggu depan selesai tentang pendaftaran pelajar.

Tahun ini aku terpaksa membuat persediaan untuk mengajar MPV Pendawaian Domestik yang dijangka akan bermula pada awal tahun depan. Mungkin terpaksa pi kursus 2-3 minggu harap-harap buat kat ipoh jela tak payah aku tinggalkan anak-anak dan isteri aku sebab boleh ulang alik dari rumah je.

Bangunan bengkel sudah 90% siap dan hanya tinggal barangan perabot sahaja untuk dimasukkan ke dalam bengkel. Selepas ini aku ada port baru nak lepak jadi senang skit nak buat kerja-kerja yang melibatkan disiplin atau pengurusan pelajar. Lebih baik macam itu dari tempat sekarang ini.

Sekarang dah bulan Januari. Tak lama lagi akan cuti tahun baru cina. Kemudian masuk bulan Februari dan ada pertandingan petanque peringkat negeri. Dah mula latih pelajar dan aku berharap tahun ini dapat sekurang-kurangnya masuk ke peringkat separuh akhir. Tahun lepas nyaris untuk sekolah kami masuk ke peringkat separuh akhir tetapi disebabkan aku merasakan kami perlu banyak lagi berlatih aku menyuruh pelajar mengundur diri tetapi dengan memberikan saingan yang sengit kepada lawan kami. Mereka tersentak kerana sekolah yang julung-julung kalinya menyertai pertandingan ini memberikan saingan yang sengit. Tengokla sape jurulatihnya hehe...

Tahun ini aku harap dapat menjalankan tugas dengan lebih baik. Yelah lagi 7 tahun aku boleh dinaikkan pangkat ke gred DG44 dan sekiranya prestasi tidak memberangsangkan susah untuk aku naik pangkat. Apa yang aku perlukan sekarang adalah pengurusan kerja yang teratur dan berharap perkara yang dirancang berjalan dengan lancar tanpa ada masalah yang rumit untuk diselesaikan.

Rasanya dah banyak sangat berceloteh pepetang ni. Papehalpun kepada semua kakitangan kerajaan selamat menerima gaji esok 19 Januari 2009. Gaji pertama pada tahun ini berbelanjalah mengikut keperluan bukan kehendak yang tak munasabah atau munasarawak hahaha....



"SELAMAT HARI GAJI JANUARI 2009"

Tiada ulasan: