Selamat tahun baru diucapkan kepada semua kawan-kawan. Ramai yang terfikir tahun baru kena ada azam baru tetapi aku tiada apa-apa azam pun untuk tahun ini. Sebab rasanya sepanjang tahun aku telah menetapkan azam baru. Kita selalunya dikongkong dengan ketibaan tahun baru mesti ada azam baru. Kalau tahun depan tiba pun kena buat azam baru.
Sebenarnya pemikiran macam itu boleh dikatakan sebagai salah (bagi aku laa) kenapa...bagi aku setiap azam tu merupakan satu cita-cita dan cita-cita atau kehendak mesti diimpikan setiap hari sampai ianya tercapai dan terlaksana dan terus menetapkan azam yang lain untuk kita capai jadi tak perlu tunggu tahun baru untuk kita tetapkan azam yang baru.
Manusia memang penuh dengan kehendak yang tidak pernah puas dengan apa yang ada dan itu adalah fitrah manusia. Kalau seseorang tu merasa puas dengan apa yang telah dia ada sekarang dan merasa tidak ada apa lagi yang diingininya maknanya dia menunggu masa untuk dipanggil oleh penciptanya.
Sedang ramai orang keluar untuk menyambut kehadiran tahun baru di luar aku dan keluarga dirumah tido sepuas-puasnya. Aku rasa lebih baik duduk dirumah dari menyertai program yang mengarut di luar. Bukan apa bila tengok anak bangsa yang lupa apa yang lebih penting dari bebenda macam itu. Bangsa apa yang teruk bangsa melayu juga.
Semalam aku keluar makan dengan anak dan isteri dan ternampak sekumpulan budak-budak sekolah berbasikal ditengah-tengah bandar ipoh @ kita kadang-kadang sebut mat rempit junior berlegar-legar kononnya nak meraikan tahun baru. Pelik tapi benar kenapa ibubapa dengan sewenang-wenangnya membenarkan anak mereka merayau di kawasan bandar ipoh yang kadang-kadang merbahaya sebab terdedah dengan aktiviti jenayah yang mungkin berlaku pada mereka.
Institusi kekeluargaan sekarang ni dah mencapai tahap lemah apabila anak sendiri sudah tidak boleh dikawal. Kenapa sayangkan anak sampai semua kehendak anak kita nak turuti. Kalau benda itu baik takpe ni kalau budak-budak tu merayau-rayau tak tentu hala dan ada perkara buruk yang terjadi siapa perlu disalahkan. Mereka ini semua dibawah umur jadi apa-apahal pun memang ibubapa akan disalahkan.
Walaupun aku risau tengok anak bangsa sekarang tetapi aku bangga dengan beberapa bekas anak murid aku walaupun aku tak mengajar mereka di dalam kelas, mereka menjadi manusia dan tidak menjadi tak tentu hala walaupun masa sekolah mereka nakal dan aku percaya ramai yang akan jadi macam itu apabila telah mencapai tahap kematangan dan tau tanggungjawab sendiri. Aku risau pada anak murid aku yang tetap tak paham tentang kematangan walaupun tiada guru-guru nak tegur mereka tentang apa yang betul dan apa yang salah. Rasa bersalah akan terbit sekiranya aku tahu anak murid aku yang tidak menjadi manusia yang baik. Paling aku risau kalau anak murid aku menjadi penjenayah dan perosak anak bangsa.
Pelbagai perkara bermain didalam kepala aku. Banyak memikirkan masalah pelajar dan keluarga. Aku berdoa pada tahun-tahun akan datang aku berjaya membentuk banyak lagi insan-insan yang akan membuat negara dan agama bangga terhadap mereka. Itula tugas seorang guru. Biar jasa kami tidak dikenang tetapi yang penting hasil yang nampak.Menjadi satu kepuasan bagi aku yang bergelar "CIKGU".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan