Selasa, November 05, 2013

Kena pi kursus HLP...

Minggu lepas keputusan HLP dan CBBPTB dah keluar 31 hb yang lepas. Keputusannya aku lulus dan dapat HLP untuk sambung MASTER di IPTA sahaja dengan Mod Campuran (Akademik dan Projek).

Bukan senang kalau nak sambung belajar Sarjana Kejuruteraan kalau ambil separuh masa. Allah beri peluang untuk aku sambung. So keputusannya minggu cuti sekolah untuk dua minggu yang pertama aku kena menghadiri kursus dari 17hb sampai 29 hb. Perancangan untuk bercuti bersama anak-anak terpaksa ditangguhkan ke pertengahan bulan 12 nanti sehari selepas aku habis mesyuarat tanda kertas SPM Sains pulak.

Apa yang nak share pada kali ini adalah aku kena pi kursus dua minggu dan sedikit kenangan sebelum aku pi  temuduga yang aku hadiri dulu. Ada beberapa faktor yang aku fikirkan punca kenapa aku dapat HLP ni. Pada pendapat aku sahajalah apa-apahal pun benda ni merupakan rezeki, kalau ianya bukan untuk aku memang tak dapat pun.

Kita sembang pasal kursus HLP dulu, dalam surat panggilan kursus, aku kena hadiri selama dua minggu. Tempat tinggal dan makan minum diberi secara percuma. Hari pendaftaran hari Ahad, memang terbaik!! Yang bestnye aku kena hadir ke kursus di Pusat Latihan UiTM di Batu Gajah. Rezeki lagi memang dekat dengan rumah. Kalau dia suruh tinggal kat sana malam balik la rumah kecuali kalau program habis sampai tengah malam, harap-harap tak la hehehe..

Pada fikiran aku mesti kursusnya di buat sehingga malam sebab dengar-dengar dan baca entri blog lain kursus tu sebulan tapi time aku jadi dua minggu mesti dia akan buat sampai malam. Sesiapa yang dari jauh kalau pi Batu Gajah memang takde ke mana la, kecuali diorang berjalan kat Ipoh. Harap-harap bebas la dari program malam sebab boleh balik rumah hehehe..

Mengimbau kenangan sebelum temuduga hari tu, aku dah bersedia sebelum isi borang permohonan lagi, mana taknye nak try minta kejuruteraan elektrik kuasa tapi tak disenaraikan dalam pemilihan kos yang ditawarkan, yang ada elektrik elektronik sahaja. Melilau cari no telefon Bahagian Tajaan KPM dan tanya macam mana nak apply dan nak tanya apa projek yang boleh aku buat.

Lepas dapat call dan bertanya kepada Bahagian Tajaan tentang tesis yang perlu aku buat, pegawai yang dapat aku bercakap tu cadangkan semua proposal mesti melibatkan pengajaran dan pembelajaran sahaja untuk diterima. Memang otak sangkutla nak kaitkan kejuruteraan elektronik dengan sekolah, nak pulak sekolah menengah biasa sahaja. Dalam keadaan aku tak tau nak buat projek apa apply dengan hati yang kering, lepas isi borang aku terus cuba cari pensyarah yang boleh membantu di USM. Sebab pemilihan USM sebagai tempat aku nak sambung belajar ialah kerana ianya dekat dan kalau dapat sambung belajar nanti sekejap sahaja boleh tetapkan temujanji untuk berbincang dengan pensyarah.

Minggu cuti sekolah terus aku pi jumpa pensyarah dan bertanya tentang projek yang boleh dibuat bersama dengan dia. Alhamdulillah pada mulanya aku langsung tak dapat nak pikir projek apa tapi selepas jumpa dia aku dapat idea untuk kaitkan P&P terus aku terfikir tentang subjek REKACIPTA yang memang ada tajuk elektronik dan ianya boleh dinaiktarafkan kepada sistem elektronik yang lebih berkesan di dalam P&P.

Memang sepanjang masa selepas memohon secara online sehingga aku periksa keputusan temuduga, aku tak ada idea nak mulakan kertas cadangan yang boleh dihantar untuk temuduga. Yang terbaik dalam masa aku nak sediakan kertas cadangan projek masa tu pulak sibuk dengan latihan PSKPP, dan benda-benda lain yang aku sendiri pun dah tak ingat. Kalau dikirakan aku hanya ada 2 hari yang lengkap sahaja sempat aku nak siapkan kertas cadangan tu. Sempat lagi sehari sebelum aku nak pi temuduga aku ubah suai sedikit isi kandungan yang aku rasa dapat membantu menguatkan lagi kertas cadangan tu.

Malam sebelum temuduga aku terpaksa memandu sendiri ke Kuala Lumpur sebab kena ambil anak-anak dulu sebelum balik ke KL. Nak naik bas tak tentu pukul berapa baru sampai. Hari temuduga tu pun terpaksa ambil CRK kerana tak dapat cuti tanpa rekod. Malam tu baca balik kertas cadangan dan terasa macam apa je. Dahla nipis je ada la dalam 9 muka surat tu pun selepas aku ubah-ubah bagi banyak. Memang banyak kelemahan pada proposal. Tapi hati dok pujuk, boleh la dari takde hehehe..

Hari temuduga tu memang aku kecut perut, nak plak sampai pukul 7.30 lebih kurang daftar nama dapat giliran ke empat, kira ada orang yang awal datang dari aku, senarai nama beberapa orang je lelaki, yang lain semua perempuan. Masa temuduga yang paling syok sebab pada mulanya aku gagap sebab suruh bercakap dalam bahasa inggeris, boleh la cakap tapi dalam keadaan tertekan habis keras lidah.

Bila disuruh bercerita tentang proposal terus aku bantai bahasa melayu, sampai tak sempat diorang nak tanya apa-apa sebab memang macam bertih jagung aku cakap huahuahua...


Jadi semua tu rezeki nak cerita lelebih pun banyak dah lupa cuma yang penting nak berkongsi tentang beberapa TIPS yang mungkin kawan-kawan lain boleh ambil sebagai satu cara yang menguatkan lagi korang dapatkan HLP ini.

TIPS-TIPS

  1. Borang permohonan dilengkap seawal yang boleh dan diposkan ke bahagian tajaan segera. Kalau boleh 3 atau 4 hari sebelum tarikh tamat. Ataupun buat macam aku, hantar pada hari tarikh tutup secara by hand dan dapatkan cop pengesahan terima (ini kos sikit, rezeki aku masa ni tak perlu ambil cuti sebab memang cuti sekolah)
  2. Pastikan semua checklist yang perlu dilengkapkan mesti telah disiapkan dan ditanda sebelum hantar ke bahagian tajaan.
  3. Borang tu pastikan korang tidak tinggalkan apa-apa maklumat kosong bagi elakkan korang ditolak bulat-bulat semasa permohonan.
  4. Kalau korang berjaya untuk temuduga, pastikan korang buat beberapa perkara dibawah
    1. Proposal mesti kaitkan dengan P&P walau apa cara pun sekali.
    2. Proposal mesti kaitkan dengan perkembangan pelajar setelah anda siapkan projek
    3. Proposal mesti untuk menaik taraf sub topik atau keseluruhan topik dalam mana-mana subjek.
  5. Cari pensyarah yang boleh membantu selepas korang buat permohonan untuk dijadikan sebagai reference dan memang ianya membantu aku semasa temuduga hari tu.
  6. Bincang dengan pensyarah yang boleh membantu supaya bila temuduga boleh maklumkan korang memang dah berbincang tentang projek yang boleh digunakan kepada penemuduga.
  7. Semasa temuduga pastikan  korang dah siapkan proposal sebanyak empat set, rasionalnya ada masanya penemuduga ada seramai tiga orang, maka kena bagi sorang satu, manakala satu lagi untuk korang pegang agar kalau diorang bertanya boleh terus rujuk dan terangkan. (Masa aku hari tu nasib baik dua orang saje, so aku bawak masuk tiga sahaja)
  8. Sepanjang masa temuduga pastikan korang terangkan apa yang dia nak dan ceritakan asas kenapa korang mahu buat proposal ni tanpa rasa gagap dan gugup (kalau gagap dan gugup mesti korang tak paham apa projek yang korang nak buat)
  9. Terangkan kepada temuduga macam mana korang dapat idea untuk buat projek ini dari P&P yang korang kaji (konon-konon la kaji, tapi memang aku kaji skit hehehe)
  10. Bercakap dan terangkan sampai diorang tak tau nak tanya apa. (Rezeki aku memang diorang tak tanya pape sebab aku terangkan agak detail sampai hampir nak cerita tentang programming hehehe)
  11. Yang paling penting buat rileks sahaja sebab kadang-kadang diorang bukan paham pun cuma diorang nak dengar kita menaiktarafkan P&P yang ada. (maklumat ni pun pegawai dari Bahagian Tajaan yang mintak aku buat sebab sembang dalam telefon dalam 15 minit untuk penerangan)
  12. Jangan dengar proposal dari rakan-rakan temuduga yang lain sebab buat tambah nervous je baik korang sembang dengan diorang tentang sekolah ke, budak-budak sekolah ke yang takde kena mengena dengan proposal.
  13. Proposal tak perlu tebal sebab diorang tak sempat baca pun pasal masa yang diberi 15 minit seorang je kalau lama nanti yang belakang-belakang akan balik lambat sebab ramai sekali. Cukup sekadar info-info penting yang korang rasa perlu ada dalam proposal dan jangan sampai melalut.
  14. Berdoalah sepanjang masa dan mengharapkan yang terbaik dari ALLAH.
Kalau sesiapa yang nak minta idea atau pendapat aku yang tak seberapa boleh la call @ SMS di 012-5919015. Kalau tak dapat call SMS je dulu dan bagitau la nama sebab kalau takde nama malas skit nak layan hehehe.. papehal semoga Allah permudahkan perjalanan aku sebagai PELAJAR universiti lepas ni dan aku berharap nak dapatkan GOLD MEDAL kali ini. Jeles tengok orang lain dapat kita tengok je sebab masa Degree dulu malas hehehe!!!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam ckg.. boleh cerita sket pasal HLP ni tak? dari segi tempoh blaja, univertsiti yang yg menawarkan cource mixed mode dan dari segi elaun yang diberikan..